Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

SPR, “Hilang Kelayakan” dan Mykad he..he..UMno Boleh! (menang)

Baru-baru ini saya telah pergi ketempat cawangan pendaftaran negara (tempat dirahsiakan). Bertujuan untuk menukarkan kad pengenalan lama kepada Mykad. Saudara WM, semasa disana diterangkan kepada saya bahawa Mykad boleh dibuat dimana-mana cawangan diseluruh Malaysia tanpa ada masalah.

Saudara WM tahu apa yang bermain dalam kepala saya, selepas saya membuat sedikit kajian dan perbandingan. Saya mengandaikan pertukaran Mykad sengaja dibuat sedemikian rupa dan secara tergesa-gesa oleh kerajaan kerana ada beberapa faktor.

Mykad menggunakan alamat semasa (current address) untuk pemegang kad pengenalan lama. Sebagai contoh, seseorang yang beralamat di Kajang misalnya tetapi bekerja dan menetap di Kota Tinggi, membuat pertukaran IC lama kepada Mykad diKota Tinggi. Didalam Mykad akan menyatakan alamat Kota Tinggi walaupun ia bukan alamat tetap (eg. Rumah sewa). Masalah tidak timbul jika seseorang itu mendaftarkan tempat mengundi mengikut alamat semasa (eg. Kota Tinggi). Tetapi jika tempat mengundinya berlainan (eg.Kajang).

Baru-baru ini SPR (Suruhan? BeEnd Pilihan Raya) membuat cadangan untuk meggunakan alamat seseorang pengundi dikawasan asal seperti yang tertera didalam kad pengenalan.(IC lama/Mykad). Jika didapati alamat di IC/Mykad tidak sama dengan tempat mengundi secara automatik seseorang pengundi “hilang kelayakan” untuk mengundi.

Saya boleh mengganggarkan betapa ramainya bakal pengundi yang menukarkan IC lama kepada Mykad yang pada masa yang sama tidak menukarkan tempat mengundi berdasarkan alamat Mykad. Jika pun seseorang pengundi itu mengemaskini tempat mengundi baru yang sama dengan Mykad, SPR belum tentu menggunakan database yang terbaru dengan alasan tidak diwartakan. SPR mungkin menggunakan database pengundi yang sudah diwartakan bertahun-tahun dahulu.

Apa terjadi kepada bakal-bakal pengundi yang bekerja di Kuala Lumpur, Johor Bahru yang membuat pertukaran Mykad dialamat semasa tetapi alamat mengundi dinegeri asal (eg. Kelantan, Terengganu, Kedah). Bila tiba hari mengundi secara automatik “hilang kelayakan”. Majoriti kawasan pembangkang biasanya hanya berjumlah beberapa ratus berbanding pihak BN. Beberapa ratus atau seribu-dua bakal pengundi pembangkang yang “hilang kelayakan” sudah cukup untuk menawan kerusi tersebut.

# website jarang dikemaskini akibat PC rosak. Inilah akibat apabila sering berkasar dgn alatan bernama “komputer”.

WM Laman matDrug






______________________
Terbitan : 14 Mac 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com