SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Islam sebenar MahadirAPAKAH ISLAM SEBENAR DR. MAHADIR Seringkali kita mendengar ucapan Dr. Mahadir dalam perhimpunan politik seperti perhimpunan agung UMNO atau pun perhimpunan bersama rakyat kununnya mahu pun perhimpunan perayaan umat islam seperti Malidurrasul atau Maal Hijrah beliau selalu mengatakan masalah kemunduran dan kelemahan yang melanda umat islam sama ada di Malaysia mau pun di seluruh dunia adalah “……. Kerana tidak mengamalkan Islam yang sebenar” “…..bukan mengajar Islam yang sebenar” “….melaksanakan tindakan bukan ajaran Islam sebenar”. Ucapan seperti ini ditujukan kepada pihak yang tidak sebulu dan menjadi seteru beliau khususnya parti pembangkang PAS. Adakah betul umat islam di negara ini tidak melaksanakan ajaran Islam sebenar. Apakah alim ulama tidak mengajar ilmu Islam yang sebenar. Apakah tindakan menghalang perkara-perkara mungkar dan maksiat itu bukan ajaran Islam sebenar. Rukun Islam telah mengariskan lima perkara pokok yang menjadi syarat keIslaman seseorang. Manakala rukun Iman pula menjadi teras kepercayaan yang menunjangkan aqidah seorang yang beriman. Dalam menghambakan diri kepada Allah dilingkungi dengan Ehsan yang menjadi pelengkap kepada rukun beragama. Ketiga-tiga perkara ini merupakan perkara yang wajib di amal dan dipegang oleh setiap orang yang mengaku Islam dan beriman kepada Allah s.w.t. Tiba-tiba muncul wira dari negara ketiga mengatakan kelemahan dan kemunduran umat Islam di negara Malaysia ini kerana tidak berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar. Alim ulamak tidak mengajar Islam yang sebenar. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu bukan ajaran Islam yang sebenar. Maka mengajarlah Mamak Tua ini akan ajaran kununnya Islam yang sebenar. Semua orang Islam mesti bersyukur kepada kerajaan. Tidak boleh melaksanakan hukum hudud kerana ia kejam dan zalim dan dan sekiranya dipotong tangan akan kudunglah semua orang Islam. Kalau hukum rejam habislah batu dan tak boleh nak buat jalan raya dan bangunan tinggi-tinggi. Sebab itulah negara Islam Malaysia banyak bangunan yang tertinggi, jambatan terpanjang dan lebuh-lebuh raya bertol kerana banyak batu yang boleh digunakan. Tindakan mengharamkan pelaksanaan hukum hudud telah berjaya menjimatkan batu-batu dan kerajaan tidak perlu mengeluarkan peruntukan tambahan. Berkata lagi Mamak Tua… Assalamualaikum sama dengan selamat pagi. Maka hendaklah orang Islam ucapkah selamat pagi semasa sembahyang subuh. Maka muncullah Selamat Pagi Mahadir di RTMahadir. Berkata Mamak Tua lagi dalam kuliahnya kepada menteri-menteri dan mufti-mufti. Zaman Nabi tak ada pisau cukur, sebab tu nabi tak cukur janggut dan kita pun tak tahu janggut nabi macam mana. Dalam perhimpunan SEMARAK di Semerak, Pasir Puteh Kelantan tak lama dulu selepas pilihanraya kecil yang disiarkan secara langsung oleh RTM, Mamak Tua ni berkata… “ada satu golongan yang kununnya mengajak orang ke Syurga… Tapi tak ada pun orang yang mati balik beritahu kita masuk Syurga ke Neraka….” KALAU ADA ORANG RTM YANG BACA ARTIKEL NI CUBA CARI BALIK RAKAMAN BERKENAAN. Mamak Tua ni mengajar lagi… perang jihad tidak perlu kerana ia adalah tindakan ganas. Kita perlu berjihad dengan tandatangan sahaja. Kita perlu mengadakan banyak perhimpunan dan konsert untuk berhibur kerana ia akan melupakan kesusahan kita dan dapat menghiburkan mangsa-mansa perang yang menderita dan kebuluran. Berkata Mamak Tua lagi.. Kerajaan tindak menutup sekolah agama rakyat kerana ia adalah sekolah rakyat. Kita memberi bantuan kerana kita mengharap sekolah agama rakyat dapat melahirkan penyokong-penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi hari ini terdapat sekolah agama rakyat yang TIDAK MENGAJAR AJARAN ISLAM YANG SEBENAR seperti mengajar orang Islam benci kepada orang Islam yang lain… KALAU ORANG ISLAM MACAM HANG MAHADIR…. ORANG ISLAM MANA YANG TAK BENCI MELAINKAN PENCACAI DAN PENJILAT… TU PUN TARA HANG DOK ADA…TAK PAYAH TUNGGU LAMA, KITA TENGOKLAH BILA DOLAH NAIK NANTI.. TU PUN KALAU REZEKI HANG DOLAH. Kerana itu bantuan kepada SAR di hentikan DAN KITA AKAN TERUS MEMBERI BANTUAN DAN BILOUT KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT ANAK-ANAK DAN KRONI-KRONI KU BERJUMLAH BERBILLION RINGGIT…. TAK PA…KWSP DEKAT JE.. TAK PA..TABUNG HAJI DEKAT JE…. TAK APA.. PETRONAS DEKAT JE… TAK CUKUP DUIT TUNAI…KITA TERBITKAN BON Mengarah lagi Mamak Tua ni…. Kalau pergi haji kena melalui tabung haji, kalau tidak haji tak sempurna kerana tak guna paspot haji. Maka dengan fatwa ni kelam kabutlah Tabung Haji Mahadir menaikkan tambang kununnya untuk menampung kos haji yang meningkat dan untuk memberi KESEKSAAN kepada jemaah-jemaah sebelum, semasa dan selepas menunaikan haji. Ini adalah di antara perkara-perkara yang pernah diucapkan dan sedang diucapkan oleh Dr. Mahadir dalam usaha beliau mendakwah seluruh umat Islam di Malaysia melalui RTMahadir dan TV3suku. Apakah ini ISLAM SEBENAR YANG DI ANUTI OLEH DR. MAHADIR.
Diterbitkan oleh : |