SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun 'Yayasan Terengganu punca dua MRSM ditutup'Datuk Nazri ni ada wayar short kot??? Beliau berkata, penutupan dua MRSM itu bukan kerana Terengganu diperintah pembangkang tetapi kerana Yayasan Terengganu meminta Mara mengosongkan bangunan MRSM yang dimiliki yayasan berkenaan. Mohamed Nazri berkata, keengganan Yayasan Terengganu menurunkan kuota 80 peratus dan kegagalan menyediakan peruntukan kewangan bagi kerja penyelenggaraan adalah punca dua MRSM itu ditutup. Cuba perhatikan petikan-petikan akhbar-akhbar berikut:
1) KUALA LUMPUR, Selasa: Kesediaan kerajaan negeri Terengganu menurunkan kuota anak negeri bagi kemasukan di dua Maktab Rendah Sains Mara Yayasan Terengganu (MRSM-YT), tidak akan mengubah keputusan kerajaan untuk menutup kedua-dua MRSM itu, tahun depan. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata kesanggupan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Hadi Awang, untuk berbincang mengenai kuota tidak akan memberi apa-apa makna kerana ia sudah terlewat.
2) Keputusan menutup MRSM Besut dan Dungun pada tahun ini adalah muktamad setelah kerajaan Terengganu enggan menurunkan kuota pengambilan pelajar dari negeri itu.
KOMEN: Dengan kesudian kerajaan negeri Terengganu berbincang dan menurunkan kuota anak negeri, tidakkah ini bermakna alasan keengganan kerajaan Terengganu menurunkan kuota sebagai punca penutupan 2 MRSM ditutup adalah ternyata MELESET??? Mengapa kerajaan pusat tidak mahu bertoleransi sedangkan kerajaan Terengganu sanggup bertoleransi dalam hal ini???
3) DUNGUN 21 Mac - Kerajaan Pusat memberi jaminan, dua buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) baru akan dibina di negeri ini jika Barisan Nasional (BN)berjaya menawan semula Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.
KOMEN: Jadi, inilah sebab sebenarnya... bermotifkan politik! Kalau BN tewas di Terengganu pun apa salahnya kalau kerajaan pusat membina MRSM tersebut! Mengapa mesti tunggu menang??? Bukankah ianya demi untuk anak melayu jugak (iaitu perjuangan utk bangsa sepert-mana yang diwar-warkan oleh pemimpin umno)??? Tidakkah ini membuktikan sikap kerajaan pusat yang menganaktirikan & menyekat pembangunan negeri yang dipimpin oleh pembangkang??? Ini jelas membuktikan kerajaan pusat boleh memberi pembangunan kepada negeri Terengganu kalau mereka mahu! Jadi betullah antara sebab negeri Kelantan & Terengganu mundur sebab kerajaan pusat sengaja menyekat pembangunan di negeri tersebut!
Diterbitkan oleh : |