SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Perang Iraq: Kehadiran tentera Allah di Teluk.Askar Barat hadapi cuaca panas, binatang berbisa. BANDARAYA KUWAIT: Kira-kira 150,000 askar Amerika Syarikat dan Britain yang berada di gurun Kuwait ketika ini, bukan setakat diancam serangan bom dan peluru tetapi turut berdepan cuaca panas melampau mencecah 50 Darjah Selsius dan binatang berbisa. Perkhidmatan Islam Online melaporkan, pasukan perubatan Kor Marin yang berada di gurun di utara Kuwait ketika ini turut menganggarkan ancaman terbesar datangnya daripada persekitaran kawasan operasi mereka. Cesar Magana, anggota perubatan platun pasukan itu berkata, kehadiran askar Amerika itu 'disambut' musim binatang berbisa seperti ular dan kala jengking yang keluar apabila suhu mencecah 30 darjah selsius. Spesies tertentu binatang Iraq seperti ular, labah-labah, kala jengking, nyamuk pembawa kuman malaria yang boleh memberikan gigitan maut atau penyakit. ”Selain itu, lalat dan tikus yang turut membawa kuman wabak penyakit lain juga tidak kurang bahayanya," kata Magana yang juga ahli biologi. Antara yang paling bahaya termasuk sejenis ular kapak yang boleh menyebabkan mangsa lumpuh dan tidak dapat memberikan reaksi kepada rawatan sehingga mati. Menurut panduan Jabatan Pertahanan yang disediakan kepada askar yang bertugas, ular kapak jenis Levantine pula boleh menyebabkan kesakitan amat sangat kepada mangsa yang menderita sebelum meninggal dunia. Selain itu dokumen itu turut memberi amaran mengenai kehadiran kala jengking berekor besar, dianggap terbisa di dunia dan labah-labah black Widow. Magana, bagaimanapun menyifatkan ketakutan utama mereka adalah ancaman nyamuk pembawa malaria dan kutu yang menyebabkan demam berdarah dan boleh membawa maut. ”Dua binatang itu sememangnya tertarik dengan manusia, satu masalah yang mengancam kira-kira 150,000 askar Amerika dan Britain yang berada di gurun di utara Kuwait. "Kutu itu turut tertarik dengan bunyi gegaran di darat. Selain itu, lalat pasir yang tidak terbang tetapi melompat pula boleh menyebarkan kuman yang membawa masalah melepuh." Bagaimanapun, katanya, kemalangan jiwa juga bakal disebabkan cuaca panas melampau dan kehilangan air yang banyak, terutamanya apabila mengenakan pakaian anti serangan kimia. - Agensi ASSALAMUALAIKUM.., " UMAT ISLAM DI IRAQ SEDANG MENGHADAPI SAAT GENTING MENJADI SASARAN AMERIKA DAN SEKUTUNYA BRITAIN, BIARPUN APA ANGGAPAN KITA... MEREKA TETAP SAUDARA ISLAM. KITA SENDIRI PUN TAK MAMPU KALAU DIHANTAR KE IRAQ UNTUK BERPERANG, KERANA TAK TAHU GUNA SENJATA...JADI MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMBACA SURAH AL-FIIL SEBANYAK 3 KALI SETIAP KALI HABIS SEMBAHYANG FARDHU DAN NIATKAN DALAM HATI KITA MUDAH-MUDAHAN ALLAH SWT. AKAN MEMBALAS DAN MENGALAHKAN TENTERA KAFIR SEPERTI MANA ALLAH SWT. MENGALAHKAN TENTERA BERGAJAH KERAJAAN HABSYAH KETIKA MEREKA CUBA MENYERANG KAABAH. TENTU TUAN PUAN INGAT BAGAIMANA BAGAIMANA ALLAH SWT. MENGHANTAR RIBUAN BURUNG ABABIIL MENYERANG TENTERA TERSEBUT HINGGA MENJADI SEPERTI DAUN YANG DIMAMAH BINATANG. SURAH TESEBUT BUKANNYA PANJANG SANGAT, LEBIH KURANG LIMA ATAU ENAM AYAT SAHAJA" MAKA PANJANGKAN INGATAN INI KEPADA YANG LAIN SUPAYA KITA DAPAT SAMA-SAMA MEMBANTU SAUDARA ISLAM KITAYANG JAUH DARI KERAKUSAN TENTERA KAFIR. SEKIAN, WASSALAM Surah Al-Fil (Alam Tarokai Fafa Ala Robika bi-asha bil-Fil) sebanyak 3 kali setiap solat Fardhu serta diikuti doa "Ya Allah, KAU musnahkan tentera Amerika Syarikat dan sekutunya sepertimana KAU utuskan ABABIL memusnahkan ABRAHA dari muka bumiMU, Amin" Kita telah kesuntukan untuk membuat sesuatu. Harap luangkan masa sedikit dan melkan kepada sekalian muslimin/mat dalam alamat mel saudara/saudari. Was Salam mu. CT Payung
Diterbitkan oleh : |