Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Jangan minta pada Malaun - Dilemma SAR

Assalamualikum,

Menghadapi kemelut survival SAR memerlukan kebijaksanaan ,kewarasan, tindakan & tawakal. Secara peribadi itulah idea yang dapat menjadi kekuatan kepada umat Islam khususnya pendokong-pendokong gerakan Islam sedunia.

Masalah utama SAR ialah ringgit, oleh kerana kerajaan sekular sudah memberhentikan peruntukan per-kapita ,ini adalah kaedah yang halus untuk melumpuhkan pusat-pusat ilmu Islam dari beroperasi. Acapkali ayat ini digunakan oleh UMNO untuk menipu bangsa Melayu sekali lagi " Tidak ada satu keputusan dari MT untuk menutup SAR kami cuma hentikan bantuan per-kapita di atas alasan tertentu " Ahhhh pedih telinga aku mendengarnya......seolah-olah kita tak faham maksud yang tersirat disebalik ungkapan itu.

UMNO secara tidak langsung menghina mentaliti orang Melayu ,seolah-olah Melayu itu banggang,bahlol dan boleh dijual beli. Tapi memang tidak dapat dinafikan masih ramai Melayu berspesies ini dan kebanyakkannya menjadi penghuni pondok buruk UMNO.Tidak keterlaluan jika saya katakan hanya Melayu yang berpendidikan & kefahaman agama yang baik sahaja yang boleh dikategorikan sebagai cerdik.Untuk melenyapkan golongan Melayu jenis ini , SAR perlu dihapuskan untuk memenuhi impian UMNO untuk terus kelentong bangsa Melayu & mendaptkan sokongan mereka.

Berbalik semula kepada isu SAR, persoalannya adakah dengan adanya ringgit kita telah mampu untuk menghidupkannya semula ?????? Pada pandangan saya UMNO tidak akan mengembalikan bantuannya buat masa yang terdekat ini kerana keputusannya telah dibuat oleh si pedukang tua yang nyanyok itu .UMNO hanya akan mempertimbangkan pengembalian bantuan per-kapita setelah menganalisis kehilangan kerusi mereka ke tangan BA dalam pilihanraya ke- 11, itu pun jika mereka masih berkuasa .

Rasionalnya kita tidak mampu lagi untuk berunding , merintih & merayu kepada organisasi @ kerajaan yang memusuhi Islam untuk membantu institusi yang menjadi backbone gerakan Islam.Kita juga tidak mampu melihat SAR berkubur dan menjadi bahan muzium semata-mata kerana dikerat bantuan keewangan. Saya PASti ada jalan keluarnya.....yang perlu kita gerakkankan ialah mengumpulkan dana untuk menghidupkan kembali SAR.

Keperluan mewujudkan Majlis Amanah untuk mencari dana perlu ditubuhkan secepat mungkin & melibatkan seluruh pertubuhan Islam & ulama bagi merancang strategi ekonomi bagi merancakkan operasi SAR.Saya ingin mencadangkan supaya mufti-mufti juga mengambil peranan dalam aktiviti ini.

Mungkin buat permulaan dana perlu dikumpul secara roadshow keseluruh tanahair & insyaalah secara antarabangsa ke Timur tengah mencari penyumbang2 yang ingin menyumbangkan atas nama Islam.

Seterusnya dana yang dikumpulkan boleh dijadikan modal untuk menghasilkan produk-produk Islam yang akan dipasarkan secara meluas , secara tidak lanssung sesiapa yang membeli produk itu bermakna di membantu untuk menghidupkan SAR diseluruh negara Insyaalah .Banyak produk halal yang masih luas untuk diceburi & pasarannya ialah seluruh umat Islam yang cintakan agama & ingin membantu SAR.

Saya yakin Allah akan membantu usaha kita ini , kerana usaha itu lebih baik dari kita meminta-minta terutamanya minta kepada puak malaun UMNO.

Semoga idea ini mendapat pertimbangan kepimpinan Pas & seluruh pertubuhan Islam di negara ini.

Wasalam
Pencinta Islam
Pemuda Pas Jelutong






______________________
Terbitan : 6 Mac 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com