SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Paman Saim ! Raden MaS (Makan Suap )Khir Perampok !Assalaamu`alikum wm ! Kehadapan Paman Saim yang mulia,semoga sampeyan seisi famili waras-waras dan selesa dalam menjalani rutin hidup seharian, Amiin!!! Sekali lagi warkah ini bertandang mengunjungi sampeyan untuk menyambung bicara rakyat jembel yang nggak pernah kompromi dengan polah tingkah (gelagat) makan suap ponak`an (anak saudara) sampeyan Raden MaS Dr Khir. Untuk kesekian kali lagi,kulo paparkan lirik lagu Zainuddin Mohd. Dom yang popular sekitar dekad enam puluhan dulu,sekira-kiranya berbunyi demikian:
Baiklah baik memilih teman, Pesanan yang disampaikan melalui lagu itu,usahlah dianggap enteng (ringan).Bila-bila masa ia bisa menjadi realiti bilamana hubungan manusiawi hanya digarap melalui kebendaan semata, bukan berdasarkan tuntutan agama.Sementelah pula gerombolan persis Umno BN yang asyik menghambat duniawi tanpa bates (batasan) tidak teragak-agak untuk menukar apa sahaja dengan wang ringgit,termasuklah akidah. Sejarah begitu lumrah merakami betapa para pemimpin yang berkuasa suatu ketika dikerumuni para pengikut 24 jam,tiba-tiba dimamah kesunyian sebaik-baik sahaja terlucut kuasa. Lihat sajalah bekas TPM Tun Abd.Ghaffar Baba,bukan setakat dijauhi pengikut yang dulu mati-matian bersumpah-sampah rela menggadai nyawa untuk mempertahankannya,malahan kini tiada siapa pun sanggup menghalangi kehinaan yang sengaja ditimpakan terhadapnya. Kata orang,kejadian yang menimpa Abd Ghaffar Baba itu,adalah sebagai balasan Allah swt kerana keterlanjurannya bertindak sebagai perasmi kepada sebaran fitnah yang dirancang Mahadhir Anak Aren (ke****) untuk menjatuhkan DS Anwar Ibrahim didalam satu rangkaian konspirasi paling terkutuk . Abd.Ghaffar berbuat begitu disebabkan dendamnya kepada Anwar yang telah mengambil jawatan TPM dan Timbalan Presiden Umno secara demokrasi pada tahun 1993. Begitu jua bekas Presiden Indonesia Suharto,yang dipuja bagai Dewa Kanjeng Romo (Seri Rama) dikala lebih tiga dekad mencengkam kuasa,kini dibiarkan begitu saja oleh para pemujanya persis ketek (monyet ) tua yang sakit tenat. Ya! hari ini tatkala Raden MaS (Makan Suap) Khirasuah,masih lagi punya kuasa menyuapi mulut-mulut antek-anteknya (dogol-dogolnya) yang sentiasa ternganga,maka dia terus-terusan digunggung (sanjung) dan ampu sampai kelangit biru. Esok pabila dia sudah tanggal taring ponak`an sampeyan itu akan dibiarkan mati kering sendirian. Kuasa dunia,hanya sauntoro (sementara) saja,kapan-kapan (bila-bila) bisa saja terlucut.Namun buat orang yang temen (jujur) ketika memikul kuasa yang diamanahi rakyat,dia nggak pernah bimbang ,sekalipun kuasa itu sudah nggak dimilikinya lagi. Perlu apa dia khuatir jika sedikit pun penyelewengan nggak pernah dibikinnya sepanjang temput dia berkuasa. Bukan sekadar didunia ini dia nggak membimbangi apa-apa, malahan di hari akhirat nanti tiada apa yang perlu dikhuatirinya ketika mengadap hadirat Allah swt,kerana dia telah menjalani kewajibannya sebaik mungkin. Begitulah kemurnian rasa yang tersemat dijiwa para pemimpin ummah terdahulu,dan kulo yakin rasa sedemikian jua dimiliki Kiayai Besar Nik Abd Aziz dan pemimpin BA yang lain. Lihat sajalah wira rakyat Anwar Ibrahim,walaupun jasadnya terkurung derita dan segala pangkatnya ditanggalkan,rakyat terus menyanjungi dan menyokonginya.Bukan sahaja ditanahair kita ,dunia pun turut merasai bahawa apa yang diperbuat oleh Mahadhir Anak Aren (ke****) terhadap Anwar adalah suatu kezaliman yang amat nyata.Semuanya itu adalah pernyataan kepada kebenaran perjuangan Anwar untuk melihat keadilan dan kebebasan tertegak . Apa pun, roso (rasa) murni itu tidak pernah menjengah jiwa para pemimpin korup Umno BN. Jiwa mereka sentiasa resah gelisah di kiter (hambat) dosa penyelewengan dan makan suap. Keresahan yang nggak ada tepian itulah terus mendorong mereka mempertingkatkan kezaliman dan kerakusan saban waktu. Mereka yang nggak punya hujjah untuk menangkis dakwaan rakyat terhadap kebobrokan yang mereka lakukan,menggunakan senjata kezaliman untuk menutup mata,mulut dan telinga rakyat.Bermula dari pujukan,suapan,ugutan,tangkapan ISA,penafian hak,jel dan macam-macam lagi kerja keji,sedangkan semua itu bukanlah jaminan yang mereka tidak akan di singkirkan oleh rakyat. Didunia rakyat akan menghukum mereka,apatah lagi diakhirat nanti,nescaya mereka nggak bisa lari walau selangkah jua dari hukuman Ahkamil-Hakimin. Raden MaS (Makan Suap) Khirasuah bisa saja nuku (membeli) banglow bernilai berjuta pound Sterling ( puluhan Juta RM) di Kota London sebagai tempat istirehat untuk melarikan diri dari dihukum rakyat apabila sampai waktunya nanti Dia bisa saja memakan dan menikamati hasil sisa toksid wang makan suap sehingga akhir hayatnya disana,tetapi namanya sehingga tujuh turunan akan tetap tercemar sebagai manusia pengkhianat lagi pemakan suap. Itu pun ditakdirkan sempat bolos,jika nggak sempat…. lagi parah derita yang bakal dialaminya dan aib yang akan ditanggung oleh familinya. Ketika itu Kaji Sumadi,Selamat Dulah,Dato Dr Kar(asuah)im Mangsor,Pua Kim Ann,Jemingan,Dato Munit,Dato Shamsuddin dll rakan semalingan (serampokan) Raden MaS Khirasuah,bisa saja cabut dan cuci tangan.Atau setidak-tidaknya sanggup menjadi saksi pihak pendakwa dimahkamah untuk kes pendakwaan terhadap Raden MaS,demi inginkan keringanan hukum terhadap mereka.Yang melet (terjelir lidah) keseorangan hanyalah ponak`an sampeyan. Paman Saim yang kulo segani ! Apa yang kulo ,Wak Parman dan sekelian rakan taulan katakan ini bukanlah guyonan(gurauan) dan penghinaan atau pun ugutan. Nggak ada untungnya kulo,Parman dan sekelian rakan taulan berbuat begitu,apa yang kami coba khabarkan hanyalah agar sampeyan nggak kaget (terperanjat) dan panik bila peristiwa itu benar-benar berlaku nanti. Sekarang pun,Kaji Sumadi (salah seorang mastermind makan suap Raden MaS)melalui teman-teman rapatnya telah dapat dikesan nawaitunya melalui sembang-sembang sulit sesama dek`ey wong (dia otrang),begini bunyinya: " Kita anggap saja Dr Khir itu sebagai sapi (lembu) yang gemuk dan banyak susu…..inilah masa kita perah cukup-cukup susunya,setelah kurus kering dan nggak bisa lagi mengeluarkan susu,kelak kita sepak saja dia kedalam peceren (longkang) " Mungkin Raden MaS Dr Khirasuah sendiri nggak sedar tindak-tanduk maleng-maleng serampokannya itu,kerana diulit nyanyian yang mempersona.Tetapi dari bicara nyata sesama pimpinan Umno Selangor,jelas sekali kegelojohan dan tindakan Raden MaS Khirasuah didalam apa saja yang melibatkan politik dan pentadbiran adalah kebudak-budakan.Hal ini ditambahi pula dengan aksi para penasihat terutama Setpol dan Setiausaha Sulitnya yang selalu lebih sudu dari dhudhoh (kuah). Lihat saja langkah Raden MaS yang kini bersekongkol dengan TS Mohd Taib dan DS Najib untuk menghalang Dolah Badawi dari mencapai hasratnya jadi PM. Kalau pun Pak Lah diizinkan oleh Mahadhir Anak Aren (ke****) menggantikannya Oktober nanti,maka jawatannya itu nggak akan kekal lama,kerana Mat Taib,Najib dan Khirasuah telah menyiapkan bala tentera untuk menjatuhkannya ketika pemilihan MT nanti. Raden MaS begitu tinggi cita-cita politiknya,buat ponak`an sampeyan itu Selangor masih belum lagi cukup untuk dijadikan ladang buat mengumpul hartanya. Hanya dengan menguasai Malaysia dia merasai barulah kekayaan dunia yang dihimpun mencukupi kemahuan nafsu halobanya itu. Lantaran itu dia mesti pergi lebih jauh,tak memadai setakat MB dan MT Umno sahaja.Langkah awalnya kearah itu setelah mendapat nasihat dari pembodeknya dia mesti menduduki kerusi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.Dengan jawatan itu secara otomatik dia akan menduduki salah satu dari 5 kerusi Naib Presiden. Oleh kerana Pak Lah telah menerima Hishamudin Hussin Onn sebagai regunya,ponak`an sampeyan,terus saja menyeberang ke Kem Najib. Meskipun Mat Taib yang tidak digemari Raden MaS berada dikem Najib,Khirasuah tiada pilihan lagi.Bagi Khirasuah dan gang-gangnya Mat Taib bila-bila masa sahaja bisa disingkirkan pabila tiba waktu yang sesuai. Selama ini pun Mat Taib telah berjaya dipermainkan Khirasuah setelah sanggup menyerahkan kerusi Pengerusi Perhubungan Umno Selangor kepadanya,dengan janji Khirasuah akan melantik penyandang Naib Presiden Umno itu sebagai Senator untuk memudahkan laluan Mat Taib dilantik sebagai Menetri Kabinet. Hingga kesaat ini setelah Khirasuah menjawat Pengerusi BPU Selangor lebih dua tahun,Mat Taib sekadar menunggu dan menunggu ibarat ponggok rindukan bulan.Tak usahkan Senator,malahan peluang-peluang lain pun ditutup rapat oleh Khirasuah.Walau bagaimana pun kali ini kulo yakin,itu pun jika Umno masih berkuasa lagi,Mat Taib tidak mudah dicokot (gigit) begitu saja oleh Raden MaS yang pencak silat politiknya masih hijau mentah. Paman Saim yang kulo segani ! ketika ini Dewan Rakyat sedang bersidang.Kulo harap sampeyan rajin-rajinlah nonton TV atau baca koran,jika koran terbitan parti-parti didalam BA lagi baik,nescaya sampeyan akan dapati penyiasatan Badan Pencegah Rasuah terhadap kasus makan suap pemimpin Umno khususnya yang melibatkan Raden MaS akan dibangkitkan. Meskipun nanti Menteri berkenaan akan coba memutarbelitkan hasil penyiasatan tersebut,namun rakyat sudah begitu sebati dengan tanggapan bahawa Umno BN tetap mempertahankan penyelewengan para pemimpinnya. Hanya rakyat yang akan bertindak sebagai Hakim Negara untuk mengadili mereka.Rakyat tidak mengharapkan respon positif dari Pak Lah yang memangku jawatan PM.Jika dia respon…… bisa sekali dianggap sebagai suatu keajaiban. Sekarang mari kita berbalik kepada kasus makan suap Raden Mas Khirasuah Peruntuh Masjid yang kulo paparkan buat tatapan sampeyan tempuh hari. Kulo diberitahu oleh Wak Parman bahawa ada orang (?) yang mengelar dirinya anak kelapa Bali coba memutarbelitkan fakta untuk menutupi kasus makan suap tersebut. Pada mulanya kulo enggan menjawabinya,apa guna dilayani anak kelapa Bali……namun untuk mengelak kekeliruan dan mendedahkan penyelewengan Raden MaS memadai kulo catatkan disini sebahagian dari fakta kasus tersebut yang sudah dibikin repot oleh Dr Yusoff Abd.Wahab,Ketua Penerangan Pas kawasan Tanjong Karang pada 12 hb.Oktober 2002 dulu: 1.Kes penganugerahan tanah 400 ekar kepada pengarah-pengarah syarikat yang sama; 1.1 Nama-nama Ahli Lembaga Pengarah (ALP) terkini: 1.1.1 Layar Kekal Sdn Bhd. ( Samsuri Rahmat dan Hashim Mahfar) 1.1.2 Tirai Gemilang Sdn.Bhd. (Samsuri Rahmat dan Amran Abu Bakar) 1.1.3 Samasys Sdn Bhd. (Samsuri Rahmat dan Hashim Mahfar) 1.1.4 Usahasewa Sdn Bhd. (Samsuri Rahmat dan Amran Abu Bakar) 1.2 Setiap syarikat mendapat 100 ekar tanah di Bukit Cerakah Shah Alam. 1.3 Setiap syarikat telah dijual kepada U- Wood Berhad sebelum mendapat hak milik tanah dari Pejabat Tanah dan kemudiannya U Wood menggadai kepada Hong Leong Finance Bhd. 1.4 Sesungguhnya kempat-empat syarikat tersebut telah menerima kelulusan tanah ini pada Okt/Nov 1994 dengan jumlah bayaran premimum RM 68.166 juta. 1.5 Oleh kerana kempat-empat syarikat tidak mampu membayar premimunm tanah,maka tanah yang bukan milik syarikat tersebut telah dijual kepada U- Wood Bhd. (kenyataan MB di Sidang DUN/akhbar BH , 31.10.2001.) 1.6 Setelah melebehi enam tahun kemudian tepatnya Disember 2000,MB Selangor,Dato Seri Khir Toyo telah meluluskan penganugerahan dan penjualan tanah tersebut kepada U- Wood Berhad. 1.7 Oleh kerana itu MB Selangor telah bersubahat dalam perkara-perkara berikut: 1.7.1 Melanggar Kanun Tanah Seksyen 81 dan 82 Kanun Tanah Negara 1965. Lampiran 2/3/4. 1.7.2 Membenarkan penjualan tanah bukan milik keempat-empat syarikat yang tersebut diatas kepada U- Wood Bhd. 1.7.3 Melanggar peraturan tanah seperti yang tertera dalam "Kerajaan Prihatin".Lampiran 5 1.7.4 Pertukaran ALP kepada keempat syarikat pada tarikh hampir sama iaitu sama ada 3 September atau 6 Oktober 1999 dan 15 April 2002. 1.7.5 Merestui ALP Bahari Mohd Atan dan Rahmat Jamhari meninggalkan syarikat-syarikat Layar Kekal dan Samays Sdn.Bhd pada 15 April 2002 setelah mendapat tanah masing-masing 100 ekar pada Disember 2000. 1.7.6 Memberikan perhatian yang berlebihan kepada syarikat gergasi atau kroni tetapi menidakkan hak rakyat marhaen (dilampir kes tanah di Batang Berjuntai,K.Selangor 1994.) Lampiran 6. Begitulah sebahagian fakta yang telah diserahkan kepada BPR untuk siasatan lanjut.Statusnya rasmi bukan pembohongan. Hingga kini BPR masih membatu kerana diarahkan Mahadhir Anak Aren (ke****) berbuat demikian untuk melindungi Raden Mas Khirasuah. Sekiranya sampeyan kurang memahami maksud diatas,bila-bila saja sampeyan bisa mengunjungi Dr Yusof untuk mendapatkan penjelasan atau lapang-lapangkanlah masa ke Kompleks Pas (Kompas) Tanjong Karang atau kemana saja yang sesuai untuk mendengari ceramah BA. Kesimpulan tidak timbul,dari aspek apa pun Raden MaS Khirasuah hanya meluluskan rayuan permohonan ,ekoran dari permohonan yang gagal membayar premimum RM 68.100 juta pada tahun 1994. Jika alasan itu wajar mengapa MB terdahulu tidak berbuat demikian.Khususnya tatkala DS Abu Hassan menjawat MB. Kulo percaya sejahat-jahat DS Abu Hassan dia amat arif jika dia bertindak seperti Khirasuah,sudah tentu menyalahi peraturan dan perundangan kerana Abu Hassan sendiri adalah merupakan bekas PTD sebelum berkecimpung didalam dunia politik. Begitulah bejatnya,ponak`an sampeyan apa sahaja sanggup dilanggarinya asalkan habuan wang makan suap bisa saja dirembatnya tanpa mengenal halal haram dan peraturan rasmi. Apakah sampeyan masih lagi gumun (kagum) dengan nya atau terus bersekongkol membenarkan kebejatannya yang tidak berkesudahan itu……. Hati-hatilah Paman Saim,jangan biarkan diri sampeyan dan famili yang lain dituduh bersyubahat dan merestui kerja maksiat itu kerana hasilnya tak seberapa dan nggak berkekalan pula.Apa pun jika dari dulu sampai sekarang Paman Saim nggak pernah heran dengan pangkat dan harta ponak`an sampeyan itu,kulo kira itu sudah cukup bagus.Teruskanlah pendirian murni itu disamping berterusan memberitahu sanak saudara bahawa pemakan suap wajib disingkirkan untuk menyelamatkan negara. Sekali lagi kami mengulangi cabaran kepada Raden MaS,sekiranya dia nggak terlibat dalam kasus makan suap seperti yang didakwa rakyat melalui warkah seperti ini dan lain-lain siaran, silalah bersumpah dengan kalimah Wallahi,Wabillahi dan Watallahi. Jika dia ngak berani sampai bila pun rakyat tetap menganggapnya Pemakan Suap Terulung. Akhirnya sebelum kulo,Wak Parman dan sekelian rakan taulan berundur ,kami berdoa semoga sampeyan tetap berada dijalan yang Mustaqim………sehingga ketemu meneh (jumpa lagi) kami nyuwun ngapuro (kemaafan) sebanyak-banyaknya dan jangan lupa sampaikan salam takzim buat Lek Sujirah. Wassalam. Putu Mbah Rombiong.
Diterbitkan oleh : |