SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Penting, perhatian segera mengenai AWASAssalamualaikum Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,segala puji dan syukur hanya bagiNya Tuhan sekelian alam. Tuan Webmaster, Saya Mohd Rajab bin Razali (di sebut selepas ini sebagai 'penulis') penulis bagi artikel 'Awas Lelaki Ini' (di sebut selepas ini Artikel A) ingin memohon jasa baik pihak webmaster utk menarik balik artikel A itu seberapa segara kerana ternyata selama ini penulis telah menerima maklumat yang salah dan mengakibatkan salah faham di antara penulis dan tuan punya kad pengenalan Mohd Rodhi bin Ibrahim (yg selepas ini di sebut 'pemunya kad') Segala salah faham ini telah dapat di selesaikan di antara penulis dan pemunya kad secara bersemuka dan telah berakhir dgn persetujuan menarik balik artikel A dan memohon maaf secara terbuka. Penulis juga ingin membetulkan fakta bahawa pemunya kad adalah seorang yang baik dan boleh dipercayai, jujur serta pemaaf. Penulis dengan ini memohon maaf kepada pemunya kad dan org2 yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dlm artikel A tersebut.Izinkan juga penulis utk mewakili permohonan maaf ini bagi org2 yg menelefon pemunya kad dan org2 yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dldm artikel A tersebut. Penulis juga memohon maaf kepada Webmaster dan pengunjung2 laman web Tranungkite di atas kesilapan ini.Penulis mengakui ini adalah kelemahan penulis yang gagal mendapatkan maklumat yg terperinci kerana kesilapan teknikal. Di harap laman web ini akan terus maju dlm menyampaikan maklumat dan panduan yang berguna utk pengunjung2nya. Sekian terima kasih di sudahi dgn Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Diterbitkan oleh : |