SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun BOIKOT PRODUK SYARIKAT MINYAK AMERIKA DAN BRITISH SERTA-MERTAAssalamu 'alaikum wrt wbt
Rakyat Malaysia dikatakan membenci tindakan Bush dan sekutunya menyerang Iraq tetapi hanya menolong rakyat Iraq secara fizikal dengan berdansa bersuka ria sebagai tanda sokongan untuk rakyat Iraq. Di negara-negara lain termasuk AS, Britain, Korea Selatan, orang awam bukan Islam yang berdemonstrasi dan ada juga (termasuk bekas marin Amerika) yang hendak menjadi perisai manusia di Iraq bagi menghalang serangan ke atas Iraq. Kita diberitahu antara agenda sebenar Bush menyerang Iraq ialah penguasaan sumber minyak di Iraq (iaitu ekonomi). Sekurang-kurangnya kita patut tidak membantu Amerika dan Britain secara tidak langsung dari segi ekonomi untuk membiayai mekanisme perang mereka dengan serta-merta memboikot produk-produk syarikat minyak mereka iaitu petrol, diesel, minyak pelincir, gas-gas dan gas memasak. Kita tidak mati atau menjadi miskin jika tidak membeli produk Caltex, Esso, Mobil, Projet, BP, Castrol atau tidak berbelanja di stesen-stesen minyak mereka. Dapatkah rakyat Malaysia berhenti membeli produk-produk syarikat minyak dan berbelanja di stesen-stesen minyak Amerika dan British sebagai membantah kezaliman Bush dan Blair dan Howard serta sekutu-sekutu mereka ke atas rakyat Iraq? Sekian.
Diterbitkan oleh : |