Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Salamat Dolah tuduh Hasan Ali munafik?

Pemimpin-pemimpin Umno Bahagian Tanjong Karang sekarang semakin gelisah dengan kewibawaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, yang juga Naib Presiden PAS.

Dalam sebuah wawancara yang dipetik dari Buletin Demokrasi bersama Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Salamat Dolah. Dia begitu asyik mengutuk Dr Hasan Ali dan menganggap Dr Hasan Ali sebagai seorang munafik kerana kononnya gagal menunaikan janji 100 harinya sebagai wakil rakyat Sungai Burong.

Dalam wawancara tersebut Salamat Dolah, telah menuduh dan menghentam Dr Hasan Ali dengan tuduhan-tuduhan yang tak masuk dek akal ia juga seolah-olah mengambarkan betapa ceteknya pemikiran seorang Setiausaha Sulit kepada seorang Menteri Besar yang hanya berkelulusan SPM.

Saya ambil beberapa petikan dalam wawancara tersebut dan lihatlah betapa ceteknya pemikiran yang ada pada Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang.

1) ‘‘Dr Hassan Ali yang dikatakan adalah seorang ulama sedangkan kita tahu bahawa Hassan Ali adalah seorang pakar motivasi sebelum ini. Dan beliau lulus PhD dalam pengajian JKKK bukannya sebagai ulama.’’

Dato’ Dr Hasan Ali tidak pernah mendakwa dirinya sebagai ulama’ seperti yang didakwa oleh Salamat Dolah dalam wawancara tersebut, beliau merupakan seorang pakar motivasi negara. Bekas kerani Bank Pertanian ini juga mendakwa Dr Hasan Ali lulus PhD dalam pengajian JKKK, tak tahulah kita sama ada Salamat Dolah bodoh atau dungu sehingga mendakwa PhD Dr Hasan Ali adalah dalam pengajian JKKK. Untuk pengetahuan anak Pak Dolah, Dr Hasan Ali mengambil PhD di University of Wisconsin, USA dalam pengajian Perancang Bandar dan Desa, bukannya pengajian JKKK. Apalah bodohnya anak Pak Dolah nie mana ada kat Wisconsin JKKK, orang sana pun tak tahu apa itu JKKK dan fungsi JKKK, bodoh betul !! tak tahulah kalau Salamat Dolah semasa ambil SPM dulu ambil mata pelajaran JKKK sebagai salah satu subjek. Bodohnyerlah Setiausaha Sulit Khir Toyo nie…. (rujuk biodata Dr Hasan Ali di hompage ini untuk penjelasan lanjut--> http://www.geocities.com/pas_batu9/hasan-ali.html)

2) ‘‘Saya amat kesal apabila dia (Hassan Ali) pernah mengatakan, kalau dia menang sebagai Adun, masjid di Tanjung Karang akan penuh, surau akan penuh.’’

Nie satu lagi kenyataan dungu Salamat Dolah…. Dr Hasan Ali semasa mula-mula memang di DUN Sungai Burong tahun 1999, telah membaca khutbah jumaat di Masjid Ar-Raudhah Tanjong Karang dan beberapa buah masjid disekitar Sungai Burong. Kemudian bilamana pemimpin-pemimpin Umno seperti Khir Toyo(+l) dan Salamat Dolah sendiri tak tahu baca khutbah macam yang dibuat oleh Dr Hasan Ali dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain, Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan arahan melarang beberapa orang penceramah dan Ulama’ termasuk wakil rakyat PAS membaca khutbah/ memberi tazkirah/ ceramah/ kuliah dan sebagainya di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Selangor. Bagaimana mungkin Dr Hasan Ali, boleh mengajak orang ramai, sama ada tua dan muda supaya pergi ke masjid dan surau sedangkan beliau sendiri dilarang memberikan ceramah, kuliah, tazkirah dan sebagainya kepada masayarakat di DUN Sungai Burong.

3) ‘‘Di manakah Hassan Ali apabila ramai pemuda-pemuda selepas bermain bola di padang mendengar azan tidak ke masjid ? Tanggungjawab siapa ? adalah tanggungjawab ketua pemuda bahagian Tanjong Karang atau Dr Hassan Ali, Adun Sungai Burong ? Saya duduk di DUN Sekincan.’’

Alah… sudahlah Salamat Dolah, janganlah nak bodoh2kan orang Tanjong Karang, dahlah diri sendiri tu bodoh, jangan ingat orang semua bodoh macam kau tuuu... Orang Sungai Burong bukan macam orang-orang melayu dalam umno yang cepat lupa. Jangan nak baling batu sembunyi tangan… sapa yang anjurkan pertandingan bola sepak di padang Balai Polis Tanjong Karang tahun lepas yang terletak hanya beberapa meter dari Masjid Tanjong Karang sehingga waktu azan maghrib tak berhenti ???? siapa ??? kalau bukan anjuran ‘‘Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang’’ yang dia menjadi Ketuanya, anjuran siapa Salamat Dolah ???? anjuran Pejabat ADUN Sungai Burong atau anjuran Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang ???. Inilah sikap tidak bertanggungjawab pemimpin-pemimpin Umno, di dunia pun dah nak mengelak dan tak bertanggungjawab terhadap apa yang di buat sendiri apa lagi di akhirat kelak ??? sebagai mana firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 165-167 yang bermaksud :

‘‘Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya (nescaya mereka menyesal). (Yaitu) ketika orang-orang yang diikuti (pemimpin) itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat siksa ; dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah orang-orang yang mengikutinya ; ‘‘Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami.’’ Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan ke luar dari api neraka”

Tabiat Salamat Dolah samalah dengan apa yang di sebut di dalam ayat di atas, iaitu melarikan diri dari tanggungjawab.’’

4) ‘‘Kami dah laksanakan penerapan nilai-nilai Islam dan menyeru umat Islam di seluruh negeri Selangor supaya menunaikan perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangannya.’’

Fuhhh !!! hebat betul Tuan Guru Salamat Dolah, berhujah, Ulama’ pelapis Umno…. Karaoke kanak-kanak, pertandingan menyanyi lagu 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an dan sebagainya yang diadakan di Dewan Dato’ Hormat, konsert di Dataran astaka bersebelahan dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang dan di belakang Pejabat Umno Bahagian Tanjong Karang itukah yang dikatakan sebagai penerapan nilai-nilai Islam? Dan untuk menunaikan perintah Allah s.w.t ?? Fuh!! Dahsyatnya hujah Tuan Guru Salamat Dolah. inilah AJARAN ISLAM YANG SEBENAR yang selalu dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin Umno dan selalu yang diucapkan oleh Amirul Mukmininnya Dr Mahathir Mohamad Iskandar Kutty. Tindakan JAIS merobohkan surau Jubli Perak di Bangi, melarang masjid-masjid membuat kuliah, tazkirah, ceramah dan sebagainya itu sebagai penerapan nilai-nilai Islam ???

5) “Baru-baru ini pada Hari Raya Aidiladha tidak nampak pun Hassan Ali mengadakan korban. Saya tak nampak dan tak dengar pun Hassan Ali beri lembu korban sepuluh ekor lembu atau kambing?”

yer ker Hassan Ali tak berkorban??? Hari Raya Aidiladha yang lepas Pejabat ADUN Sungai Burong telah berkorban sebanyak 4 ekor lembu. Kalau Salamat Dolah dan pemimpin-pemimpin Umno tak tahu pun kita tidak hairan sebab orang-orang PAS berkorban bukan macam pemimpin-pemimpin Umno yang berkorban untuk mencari publisiti. Salamat Dolah dan pemimpin-pemimpin Umno yang berkorban hanyalah mengharapkan publisiti, macam kenyataanya di dalam wawancara tersebut “Saya juga berkorban di Masjid Al-Raudhah Tanjong Karang…”. Yer ker berkorban nie??? Ker sumbangan dari PNSB??? Bukan kita tak tahu peristiwa yang berlaku di Masjid Tanjong Karang masa Hari Raya Aidiladha yang lalu… bila orang tanya bahagian-bahagian sapa (lembu yang hendak dikorbankan)… kemudian ada yang menyebut “tak payah sebut-sebut ini bukan korban…” .seluruh Selangor tahu kerajaan negeri Selangor & PNSB telah “menaja” lembu-lembu dan unta dari australia untuk dikorbankan.

Dan banyak lagi yang disentuh mengenai Dr Hasan Ali oleh Salamat Dolah yang sekarang tengah menggila untuk menjadi calon di DUN Sungai Burong menentang Dato’ Dr Hasan Mohd Ali. Kalau begini ceteklah pemikiran Salamat Dolah, dia hanya layak bertanding Pengerusi JKKK sahaja sesuai dengan kelulusannya. Alahai bekas Kerani Bank Pertanian nak jadi calon menentang Dato’ Dr Hasan Ali, jauh panggang dari apilah Salamat Dolah. Kisah Salamat Dolah menggila untuk menjadi calon bukan lagi rahsia bagi penduduk Sungai Burong, dia sekarang sedang active merasmikan mesyuarat-mesyuarat Umno Cawangan, nak melobilah tu… !!!!

Ukurlah baju di badan sendiri Salamat Dolah sebelum gila meroyan nak jadi calon menentang Dato’ Dr Hasan Ali…

Setiausaha sulit






______________________
Terbitan : 29 Mac 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com