Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Hai ... peluru dan kereta kebal pun kena virus?

http://www.ladang.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=73

Untuk kali kedua dalam masa dua hari ini, bateri keselamatan Patriots Amerika dengan tiba-tiba terkunci dan mengalihkan sasarannya ke arah pesawat pejuang milik mereka sendiri, dan para pegawainya bimbang bahawa software sistem sasarannya telah diserang oleh sejenis virus yang merbahaya.

Pegawai Pertahanan AS berkata, Selasa lalu bahawa sistem Patriots yang berada pada 48 kilometer selatan Najaf telah mengunci sasarannya ke arah pesawat F-16 tentera Amerika dan bersedia untuk menembak. Pesawat F-16 tersebut kemudiannya menembak misile anti radiation ke arah bateri tersebut dan merosakkan disk radarnya. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Peristiwa tersebut berlaku sehari selepas Patriots menembak jatuh pesawat British Royal Air Force Tornado, membunuh dua juruterbangnya.

Beberapa jam kemudian dua lagi tentera British terbunuh, apabila kereta kebal mereka telah secara tidak sengaja ditembak oleh kereta kebal British yang lain semasa bertempur dengan tentera Iraq di barat Basrah.

Apa yang kita dapat pengajaran daripada berita ini ialah Allah akan menolong hambanya yang beriman dengan apa cara sekalipun walaupun kita kurang yakin dengannya.






______________________
Terbitan : 31 Mac 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com