SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Apa disebalik perjumpaan Astora Jabat dengan Khir Toyo?Oleh : TOK AYAH Beberapa hari lalu, saya telah mendapat panggilan telefon daripada seorang 'kawan special'. Katanya ada berita baik untuk mung (mu). Saya seperti biasa, kalau jumpa dengan dia ni, saya akan ke Taman Kosas, restoran tepi sungai. Di situ tenang sedikit. Tak macam puak-puak Khir kalau buat perjumpaan mesti hotel mewah atau di Danok. Aku nak jumpa mung ni pasal nama mung dah famous. Tersiar dalam akhbar. Katanya lagi ada dua perkara yang dia nak beritahu saya. Pertama mengenai puak-puak Khir Toyo sedang menyiasat siapa saya. Ramai kenalan Lutfi sedang didekati untuk mendapatkan maklumat mengenai saya. Saya mencelah, nak sihir akulah tu !! Kami gelak. Perkara yang kedua mengenai Astora Jabat ada berjumpa dengan Khir Toyo. Yang ini seronak juga. Kawan saya memberikan maklumat secara terperinci mengenai perjumpaan tersebut. Di mana? Bila? Siapa yang bersama? Apakah topik perbincangan mereka? Saya mencabar atas nama seorang manusia yang ada maruah Astora Jabat @ Hassan atau ese (nick Hassan mengikut panggilan Siam), seorang Melayu Patani yang pernah belajar di pondok di Jabat, Narathiwat (Dia ni belajar di SAR juga di Sekolah Menengah Agama dan Institut Pendidikan Islam di Wakaf Baru, Kelantan) untuk memberi keterangan umum bahawa dia tidak ada konspirasi dengan Khir Toyo untuk memburuk-buruk dan membuat memfitnah kepada Ahmad Lutfi Othman, seorang penulis kontraversi berani mendedahkan penyelewengan orang-orang besar. Saya menunggu tulisan dia. Jika dia tidak membuat apa-apa kenyataan, saya akan membuat pendedahan ini secara terperinci satu persatu secara bersiri-siri dengan fakta yang jelas dan nyata. Kita tunggu dan lihat !
Diterbitkan oleh : |