Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Teguran kepada kepimpinan dan sikap kita

Tulisan saya semalam nampaknya mengheret untuk untuk saya menulis lagi kerana ada sebahagian daripada persoalan-persoalan yang timbul masih tidak terjawab sepenuhnya. Insya Allah saya akan mencuba sebaik mungkin menjelaskan, bukan untuk menimbulkan kekusutan. Saya juga tidak berhasrat untuk menjadikannya medan perbincangan kerana tanggungjawab saya sebagai webmaster adalah lebih utama dan tidak manis saya menggunakan laman ini dan kesempatan saya sebagai webmaster untuk menolak hujah lawan.

Laman Haprakdaily

Dalam kesempatan ini juga saya selaku webmaster Tranung Kite ingin meminta maaf kepada saudara Hj Haprak, Webmaster Haprakdaily atas artikal "Dari Mekkah". Walaupun saya bercuti tetapi saya masih lagi memegang jawatan webmaster pada masa itu dan saya masih berbertanggungjawab dengan penyiaran artikal berkaitan.

Sebenarnya itu bukanlah artikal, tetapi email peribadi kami (Webmaster Mimbar Masjid Rusila) kepada saudara Linux Pro untuk menyiasat khabar angin yang mengatakan Hj Haprak telah kembali kepada UMNO.

Bila saya bertanyakan kepada saudara Linux Pro, dia menjawab penyiaran email peribadi itu pun cara untuk mengetahui cerita sebenar dan menunjukkan bahawa kami prihatin dan mengikut perkembangan walaupun berada di Mekkah. Wallahualam.

Lambang Kejumudan dan Autokrasi

Ada yang berpendapat bahawa membuat teguran dalam halaqat, usrah, usrah gambungan, syura rakyat dan muktamar merosakan imej parti dan menunjukkan sikap tidak toleran kepada kritikan. Kritikan ini juga dianggap seolah-olah menyembunyikan segala kepincangan di dalam kelambu.

Saya ingin menjelaskan lagi, seperti apa yang saya jelas semalam. Jika kita benar-benar memahami parti kita, mengikuti dan menghayati perjuangannya, kita tahu cara dan bagaimana untuk menegur parti. Kita tahu cara untuk mengkritik kepimpinan, kita tahu bagaimana kita nak membuat islah.

Dalam parti ada dua organisasi, satu yang termaktud dan satu lagi yang agak syiri'. Jangan kita terbawa-bawa dengan organisasi luaran yang tidak tahu apa sebenarnya "Jamaah Islamiah PAS". Cara kita pun tak sama dengan Ikhwan Malaysia, ABIM Perlis, IRC atau JIM. Jamaah-jamaah yang saya sebut itu mempunyai tanzimnya sendiri, cara mereka bergerak pun berbeza dengan PAS.

Saya ulang sakali lagi, cara membuat reform dalam PAS itu sebenarnya bukan cara parti kita dan bukan daripada orang yang memahami parti kita dengan ertikata sebenarnya. Saya ingin bertanya apakah ini cara yang dibenarkan. Siapa yang membenarkannya, kalau tidak ada kebenaran? Apakah kita membuat sesuatu diluar daripada Jamaah? Adakah itu tindakan yang wajar?

Teguran Kepada Pemimpin

Bila mana saya mengatakan itu bukan cara kita, tidak bermakna saya mengatakan kepimpinan tidak boleh ditegur dalam bentuk umum. Persoalan kita ialah persoalan keadah. Kita boleh menegur kepimpinan dan saya rasa tidak ada siapapun yang akan menghalang jika kita membuat teguran membina. Membina laman mengatakan itu adalah Pas Reform, Islah Pas, bukan cara kita dan kaedah itu adalah salah. Binalah apa-apa laman kritiklah kepimpinan, Insya Allah niat baik kita akan mendapat ganjaran disisi Allah. Persoalan sekarang ialah persoalan kaedah bukan persoalan mengkritik kepimpinan.

Saya juga ingin menyentuh tentang teguran oleh saudara Exarie bahawa kepimpinan berada dalam kepompong syok sendiri lataran teori Jamaah Islam yang tidak diterap dalam sistem Jamaah itu sendiri. Ya saya mengakui memang wujud dan agak sukar untuk mengingkis sikap ini, tetapi tidak semua kepimpinan bersikap demikian, hanya sebahagian yang merupakan tunggul-tunggul yang menunggu masa sahaja untuk tercabut.

Ada juga yang berpendapat kita perlu sama dengan UMNO, dengan memberi hujah bahawa ahli-ahli UMNO boleh mengkritik kepimpinan mereka secara terbuka. (betul ke UMNO boleh mengkritik kepimpinannya?). Sama seperti tadi, kita ditarbiyah dengan cara dan kaedah Islam. Kita ada cara kita sendiri. Itulah kita. Itulah membezakan kita dengan UMNO. Jangan terikut-ikut dengan UMNO. UMNO ada laman UMNO-Reform maka kita nak ada laman PAS-Reform.

Saya nak menyentuh sedikit mengenai saudara Fathi Aris (Orang Terengganu ada waris dekat kampung saya di Dungun), beliau dulunya berada dalam IRC dan tak laman kemudian dia keluar. Dia adalah individu yang tak memihak kepada mana-mana. Dia ada menulis bahawa jamaahnya ialah pena dan tulisan. Jadi jangan berhujah dengan apa yang terjadi dengan dia kalau kita pun tak arif tentang dia.

Teguran bukan hak ahli Pas Sahaja

Teguran kepada kepimpinan bukan hak eksklusif ahli usrah semata-mata, sesiapa sahaja boleh menegur. Laman ini sendiri pun banyak menegur kepimpinan Pas.

Misalnya kita pernah menyiarkan teguran kepada YB Dr Syed Azman Syed Nawawi. YB berhormat Dr Syed Azman adalah YB paling disukai oleh masyarakat setempat termasuk masyarakat bukan Islam. Kita membuat teguran bila dia memakai seluar Jean.

Adakah salah memakai seluar Jean? tetapi kita menyiarkan teguran itu untuk menunjukkan masyarakat dan orang ramai (ada yang bukan ahli Pas) cukup prihatin kepada YB berhormat dan semua YB lebih berhati-hati kerana setiap gerak gerinya diperhatikan.

Laman ini juga pernah menyiarkan kritikan kepada Ust Nasaruddin Mat Isa, bila beliau memakai songkok dalam pertemuan UMNO-PAS beberapa masa dahulu.

Laman ini juga menyiarkan kritikan kepada YAB Tuan Guru HJ Abdul Hadi oleh tulisan Dr AQ apabila Tuan Guru terlalu cepat menjawab kritikan Dr Mahathir dengan tajuk "Hadi menangkap bola terlalu cepat" sehingga saya sendiri pun disindir dalam satu majlis Pemuda di Kuala Terengganu oleh Setiausaha Pemuda Pas Negeri Terengganu.

Banyak lagi contoh-contoh yang boleh kita cari sendiri dalam arkib-arkib laman ini.

Jangan samapi kita tidak jelas dngan uslud dakwah dan kaedah Jamaah Islam kita menjerumuskan Jamaah kita kepada ruang untuk musuh mengambil kesempatan.

Bahasa Kasar dan Sikap Mencemuh

Saya bersetuju dan menerima teguran yang laman ini kurang prihatin kepada tulisan-tulisan yang mengggunakan bahasa yang kasar dan kurap sedap didengari. Saya telah memberikan sebabnya, tetapi nampaknya pengunjung tidak boleh menerima alasan itu.

Saya akur dan Insya Allah saya akan menapis artikal yang dihantar. Jika masih tidak berpuas hati, tegurlah. Jangan pula marah bila kami membalas teguran. Takkan saya sahaja dikritik! Laman ini adalah laman kita bersama, duit derma pengunjung yang digunakan untuk menyewa server. Saya hanyalah satu elemen daripada Tranung Kite.

Tok Penghulu
Webmaster,
Tranung Kite.

** Artikal saya sebelum ini:

  • Membina asas meniti perjalanan yang jauh
  • Konsep Islam mesti ditonjolkan
  • Teguran kepada Tranung Kite






    ______________________
    Terbitan : 13 Mac 2003

    Ke atas Ke atas Home Home

  • Diterbitkan oleh :
    Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
    http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
    Email : webmaster@tranungkite.net
    atau : tranung2000@yahoo.com