Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Thaghut

Assalamualaikum....

Sekadar ingin berkongsi pendapat Profesor HAMKA dengan pembaca sekalian terhadap pernyataannya mengenai "Thaghut" yang saya petik dari Tafsir Al-Azharnya. Dan kita 'apply' kan pada situasi semasa, sejauh mana ianya berlaku dalam kepimpinan negara kita sekarang...

Thaghut berumpun dari kalimat ‘thaagiyah’, kita ertikan kesewenang-wenangan, melampaui batas, khusus kepada manusia yang telah lupa atau sengaja keluar dari batasnya sebagai insan lalu mengambil hak Tuhan. Seperti penguasa negeri yang berkuasa besar. Orang takut akan murkanya dan orang menghambakan diri kepadanya. Barangsiapa yang cuba menyatakan perkara yang benar ada bahaya akan dihukum, dipenjarakan, diasingkan, ditahan, dibuang atau dibunuh. Tetapi barangsiapa yang tunduk, taat setia, sudi mengorbankan kemerdekaan fikiran, dan bersedia takut kepada yang berkuasa itu, bersedia jadi budak supaya bebas bergerak, bahkan kadang-ka

Kalau ditanyakan, “Engkau pertuhankan si anu?” Niscaya mereka akan menjawab juga “Tuhan kami Allah.” Tetapi kalau ditanya lagi, “Mengapa perkataan si anu, fatwa si anu, tafsiran si anu kamu terima saja dengan tidak mempergunakan akal, padahal kadang-kadang berjauhan sangat dengan firman Allah yang disampaikan Nabi kamu?” Mereka tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.

Adakah kita memuja ‘thaghut’? Adakah kita memutar balik kebenaran kerana mengharapkan kemenangan sementara?

-kudu-






______________________
Terbitan : 8 Mac 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com