Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

BN sarang kongsi gelap

Kenyataan Media
Pergerakan Pemuda Keadilan Nasional
27hb Mac 2003

PENGGUNAAN DAN PERLINDUNGAN TERHADAP KEGIATAN GANGSTERISMA DAN KONGSI GELAP DALAM KOMPONEN BARISAN NASIONAL.

Penggunaan “gangster” atau kongsi gelap sememangnya telah lama menjadi budaya dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pendedahan Ketua Pemuda MCA, Ong Tee Keat baru – baru ini telah mengesahkan lagi kenyataan tersebut.

Ong Tee Keat telah mendedahkan mengenai penggunaan dan perlindungan terhadap gangsterisma atau kumpulan kongsi gelap dalam MCA. Nama – nama melibatkan anggota kongsi gelap yang diberikan perlindungan dalam MCA telah pun diserahkan kepada Abdullah Ahmad Badawi. Malangnya Abdullah tidak bertindak sebagai penjaga kepentingan awam selaku Menteri Dalam Negeri dengan menyerahkan laporan tersebut untuk siasatan polis tetapi melihat perkara tersebut sebagai masalah dalaman parti yang perlu diselesaikan oleh MCA.

Pada 17 Mac 2003, Pemuda Keadilan telah membuat sato laporan polis mendesak siasatan segera dibuat ke atas MCA (Dr. Ling Leong Sik) dan Abdullah Ahmad Badawi berikutan pendedahan yang dibuat Ong Tee Keat. Abdullah Ahmad Badawi telah mengaku menerima maklumat mengenai kongsi gelap tetapi cuba menyelindungkan. Masalah ini merupakan masalah keselamatan negara bukan masalah dalaman parti politik. Polis didesak menjalankan siasatan segera.

Amalan budaya gangsterisma dan kongsi gelap ini telah lama bersarang dalam UMNO dan Barisan Nasional. Kumpulan – kumpulan kongsi gelap ini diberikan perlindungan untuk bergerak di bawah naungan parti komponen BN atau di bawah perlindungan sesetengah pemimpin BN. Kumpulan – kumpulan inilah yang digunakan untuk mengganas dalam setiap pilihanraya dan sebagai agen provokasi dalam setiap perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyat Malaysia.

Budaya pukul, ugut dan seumpamanya oleh kumpulan gangster sudah menjadi resam politik BN. Pemuda Keadilan Nasional dengan ini mencabar Ketua Pemuda UMNO dan semua Ketua Pemuda Barisan Nasional untuk menafikan penglibatan gangster dalam setiap kempen pilihanraya oleh BN.

Kami mempunyai bukti yang kukuh mengenai amalan jahat BN tersebut khususnya semasa Pilihanraya Kecil Pendang dan Anak Bukit.

BADRUL HISHAM SHAHARIN
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda Keadilan Nasional.






______________________
Terbitan : 5 April 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com