Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PERSATUAN TOYOL MALAYSIA (TOYOL)

Persatuan Toyol Malaysia ringkasnya TOYOL telah bersetuju sebulat suara memilih Dato’Seri Dr.Khir Toyo menjadi Presiden TOYOL seumur hidup. Persetujuan Dato’ Seri Dr.Khir Toyo memegang jawatan Presiden TOYOL seumur hidup telah diumumkan oleh jurucakap yang juga Setiausaha Agong Persatuan TOYOL iaitu Salamat bin Dolah sejurus selepas satu mesyuarat tertutup pada 12 April 2003 jam 12.00 tengah malam.

Persatuan juga telah melantik beberapa exco yang diketuai oleh Dr.Karim Mansor. Exco lain terdiri Hj.Jamian Mohamad,Hj. Masloro ,Jamil Ramli,Ramli Kasim,YB Hj.Noh Omar,Dato’Hj.Aini Taib,Hj.Sumadi Ismail,Dato’Hj.Shukur Siraj dan beberapa nama yang kurang terkenal dikalangan ahli-ahli TOYOL.

Menurut jurucakap TOYOL,Salamat Dolah ,Presiden TOYOL telah melantik Tepak Berzina,Anggerik Hantu,Badarsula, Kepala Batu sebagai penulis-penulis untuk menerbitkan Buletin WADAH TOYOL yang akan diedar seluruh Selangor.Perbelanjaan penerbitan Buletin Wadah TOYOL akan ditanggung oleh Exco senior TOYOL ,Dr.Karim Mansor.

Dalam mesyuarat tertutup tersebut ,Presiden memaklumkan bahawa tanah Kerajaan negeri Selangor telah hampir habis dikebas TOYOL. Tinggal hanya beberapa ratus ekar sahaja dikawasan tadahan air Tg.Karang yang tidak strategik.

Presiden telah meminta Exco mengenal pasti beberapa kawasan tanah milik kerajaan yang menjadi kuaters kaki tangan kerajaan seperti JKR,JPS dan Hospital. Tanah tersebut akan dimajukan bersama beberapa anak syarikat Persatuan TOYOL.

Salamat Dolah juga memaklumkan bahawa Presiden TOYOL akan mengambil tindakan tegas terhadap pembinaan Kompleks PAS Tg.Karang yang dibina oleh ahli PAS. Jika Presiden boleh menghapuskan masjid dan surau orang PAS di Bandar Baru Bangi dengan mudah,maka memusnahkan bangnan dan merampas tanah KOMPAS milik Parti PAS adalah kerja mudah.

Tetapi Presiden TOYOL merasa sangat kesal kerana MDKS telah gagal meruntuhkan kedai Restoran Pantimor milik Wan Dolah Wan Konok,AJK PAS Tg.Karang.YB Hj.Noh Omar menasihatkan MDKS membatalkan hasrat meroboh kedai Wan Dollah kerana takut Wan Dollah mengmabil tindakan mahkamah terhadap MDKS. YB Hj.Noh Omar tidak mahu MDKS disman Wan Dollah sama seperti ia (YB Hj.Noh Omar) di saman oleh Cik gu Hashim kerana YB Hj.Noh Omar memfitnah cik gu Hashim. Kabarnya YB Hj.Noh Omar cuba menggunakan Kementerian Pendidikan supaya memujuk cik gu Hashim menarik balik saman dan sanggup membayar ganti rugi yang dituntut oleh cik gu Hashim.

Salamat Dolah juga memberi tahu bahawa Ahli Exco TOYOL, YB Hj.Noh Omar telah memaklumkan bahawa perancanganya untuk menyingkirkan Dr.Yussuf Wahab sabagai penyewa di Banguan Tabung Haji menemui jalan buntu.Dr.Yussuf masih kekal menyewa di Bangunan Tabung Haji.

Bagaimana pun ,menurut Salamat Dolah, YB Hj.Noh Omar juga telah menyatakan dalam mesyuarat itu bahawa ia sangat berpuas hati kerana berjaya mempengaruhi MDKS menolak permohonan Dr.Yussuf Wahab mendirikan bangunan kedai di Pekan Tg.Karang dan merampas tanah milik Dr.Yussuf di Tg.Karang dan akan dijadikan tempat letak kereta.

YB Hj.Noh Omar juga telah mempengaruhi Kementerian Kesihatan Malaysia supaya membina Pusat Kesihatan di sebelah rumah Presiden TOYOL di Simpang Lima, Sg.Besar. Tanah tersebut sekarang ini menjadi Pusat Tarbiyyah PAS Tg.Karang yang selalu mengadakan ceramah agama dan usrah.

Namun demikian Salamat Dolah yang juga merupakan orang harapan Presiden TOYOL berkesempatan menyindir YB Hj.Noh Omar bahawa YB Hj.Noh Omar telah meminta restu Presiden TOYOL kiranya ia terlantik sebagai MB Selangor ia juga akan menubuhkan Persatuan Samun Menyamun Duit Negeri Selangor ringkasnya PENYAMUN. Pada prinsipnya Presiden TOYOL menyokong hasrat YB Hj.Noh Omar menjadi Presiden PENYAMUN kiranya ia (Presiden TOYOL) tersingkir daripada kerusi MB Selangor.

Salamat Dolah telah meminta penulis-penulis Buletin Wadah TOYOL menyiarkan Biodata Salamat Dolah pada keluaran akan datang sebagai persiapan menjadi calun wakil rakyat DUN Sg.Burung.

Nama : Salamat bin Dolah.

Nama Asal : Salamat bin Tiada

Nama bapa : Tiada (Bapa lari entah kemana?)

Nama bapa meragukan : Abdul Kadir.

Nama Datuk : Dolah

Nama Abang : Abas bin Dolah.

Nama Abang : Kudus bin Dolah.

Abas dan Kudus adalah bapa saudara Salamat. Kudus dianugerahkan tanah 20 ekar di Kapar.

Kelulusan : SPM gred 3.

Jawatan sekarang : Setiausaha Agong TOYOL merangkap jurucakap Persatuan TOYOL

Angan-angan : Calun Wakil Rakyat DUN Sg.Burung.

Jurucakap TOYOL juga telah meminta penulis-penulis Buletin Wadah TOYOL supaya melengkapai Biodata Dato’ Seri Dr.Khir Toyo untuk disiarkan dalam Buletin Wadah TOYOL . Antara sejarah keluarga Khir Toyo yang perlu diketahui oleh pengundi-pengundi Umno adalah bahawa datuk Khir Toyo yang bernama TAIB adalah pengikut QADIANI.

Ahli Umno undi PAS selamanya.






______________________
Terbitan : 19 April 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com