Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

UMNO TAKUT…TAKUT KAT ANWAR!

UMNO sedang sakit tenat ekoran krisis Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Sungguhpun bukan semua ahli UMNO percaya dengan kes Anwar ini tetapi mereka tidak berani bersuara kerana takut tindakan diambil terhadap mereka. Ramai dikalangan ahli ini mempunyai kepentingan2 tertentu yang berkait dengan tender dan kontrak kerajaan dan mereka takut hilang segala2nya. Kerana sifat ‘selfish’ inilah ramai ahli2 UMNO seolah2 menjadi pekak dan bisu terhadap isu Anwar ini.

Kes Anwar ini penuh diselubungi misteri hinggakan kini tanggapan masyarakat dunia dan tempatan terhadap sistem kehakiman kita masih penuh degan keraguan dan kesangsian. Tindak tanduk hakim yang mengendalikan kes Anwar ini diselubungi dengan kontroversi. Penghakiman yang diberi terhadap kedua2 kes Anwar itu mengandungi 1001 persoalan??

Kalau Bush dan sekutu2nya membohongi masyarakat dunia tentang kewujudan senjata pemusnah di Iraq,maka Mahathir dan sekutunya juga telah membohongi ahli2 UMNO dan rakyat Malaysia seluruhnya bahawa Anwar adalah perasuah dan terlibat dengan sodomi. Malah Mahathir pernah membohongi kepada masyarakat dunia mengatakan dia mempunyai bukti2 yang kukoh tentang Anwar ini. Tetapi,malangnya apabila disubpina ke mahkamah untuk memberi keterangan Mahathir ketaq lutut!

Kes pertama Anwar melibatkan rasuah tetapi kes rasuah Anwar ini tak melibat satu sen pun tapi melibatkan salah guna kuasa. Akibat kes rasuah yang tak melibatkan sesen pun itu,Anwar terpaksa diperosok dalam penjara selama 6 tahun sedangkan bapa dan ibu perasuah masih bermaharajalela di Malaysia boleh ini. Dari awal2 lagi beberapa keraguan berlaku yang bertentangan dengan amalan2 prosiding perbicaraan dalam kes sodomi Anwar. Dalam apa saja kes perbicaraan keterangan fakta dan maklumat adalah diambil kira sebagai bahan bukti perbicaraan. Tetapi,apabila fakta dan maklumat itu dipinda2 dari satu kepada yang lain ia boleh menimbulkan perkara2 yang tak konsisten. Fakta dan maklumat yang tak konsisten ini patut ditolak dengan memberi ‘benefit of doubt’ kepada pihak pembela. Tapi dalam kes sodomi Anwar,hakim membenarkan fakta dan maklumat yang dipinda2 dan tak konsisten ini sebagai bahan bukti kes.

Begitu juga dengan keterangan Azizan sebagai saksi pendakwa yang sering tak konsisten diterima pakai si hakim. Kalau Azizan itu dikatakan mangsa liwat kenapa pihak pendakwa tidak membenarkan pemeriksaan perubatan ke atasnya? Pelik tapi benar.

Kes rayuan Anwar ini adalah satu kes yang sangat menarik,tapi sayangnya media massa kita ‘takut’ nak siarkan berita2 ini dan kalau adapun sekadar rumusan ringkas di muka tengah akhbar. Saya heran kenapa media massa begitu takut menyiarkan berita2 Anwar? Sudah tentu arahan ini datangnya dari pihak atas.

Anwar telah menjalankan hukuman kes pertamanya dengan sempurna dan akan dibebaskan pada 14 April 2003 ini. Hukuman kes kedua masih tidak dapat dilaksanakan kerana kes rayuan Anwar belum lagi didengar. Apabila UMNO sedar tentang perkara ini mereka terpaksa mengambil langkah2 drastik untuk menanganinya.

Tindakan kerajaan yang secara terburu2 terhadap kes Anwar ini menampakkan tindakan orang2 yang begitu ‘desprate’ untuk mengatasi kebuntuan yang muncul dengan tiba2. Lantaran itu satu skrip baru terpaksa dibuat,para pelakon2 terpaksa dipilih dan Mahathir terpaksa memendekkan cutinya untuk pulang dan mempengerusikan MKT UMNO bagi membincang isu Anwar dengan tujuan bagi memastikan Anwar tidak keluar daripada Sungai Buluh nanti.

Kes ‘judicial review’ Anwar terpaksa ditangguh pada saat terakhir kerana Anwar telah mengemukkan satu bukti yang baru yang melibatkan kewibawaan Penguam Negara sekarang. Urutan peristiwa yang berlaku kebelakangan ini jelas menunjukkan betapa ‘desprate’nya Mahathir dan UMNO.

UMNO dan pemimpin2 tinggi MKT termasuk Mahathir pernah berkata kes Anwar ini sudah menjadi ‘non-issue’ lagi. Kalau sudah menjadi ‘non-issue’ kenapa masih gementar setiap kali nama Anwar disebut ? Apakah UMNO masih takut dengan bayang2 Anwar ?

Jadi benarlah khabar2 angin kononnya sekira Anwar bebas nanti 1-2 juta rakyat yang akan menyambutnya. Kalau Anwar bebas untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang UMNO akan kehilangan semua kerusinya termasuk kerusi Mahathir dan Abdullah Badawi !

Bagi saya UMNO tetap takut kepada Anwar dan UMNO perlu buat sesuatu untuk memulihkan semangatnya sebelum UMNO terkubur.

ALI ALLAH DITTA






______________________
Terbitan : 5 April 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com