SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Kelemahan Undang-undang antarabangsaKelemahan Undang-undang Antarabangsa: Melindungi Pemimpin Jahat. Undang-undang antarabangsa yang telah menetapkan perlunya setiap negara di dunia ini menghormati kedaulatan wilayah negara lain dan dasar tidak boleh campurtangan dalam hal ehwal negara lain telah diambil kesempatan oleh pemimpin jahat untuk terus bermaharajalela di negara mereka. Banyak pemimpin jahat di dunia ini dengan bertopengkan demokrasi dan menggunakan peti undi yang keputusannya sentiasa berpihak kepadanya terus menerus mengekalkan kuasanya. Dengan liciknya pemimpin-pemimpin jahat ini dapat menyembunyikan politik kotornya walaupun ramai dari rakyatnya tidak menyukainya. Walaupun negara lain tahu, pemimpin itu jahat tetapi disebabkan halangan undang-undang antarabangsa ini maka negara lain tidak boleh bertindak terhadap mereka. Saddam Hussien adalah antara pemimpin jahat yang sebelum ini telah dilindungi oleh undang-undang antarabangsa sehingga beliau tidak boleh diganggu oleh negara lain. Amerika Syarikat terpaksa melanggar undang-undang antarabangsa untuk menjatuhkan Saddam. Kejatuhan Saddam pemimpin jahat ini sangat dialukan, walupun kita tahu niat sebenar Amerika berperang adalah untuk minyak. Alangkah bagusnya kalau ada kuasa besar seperti Amerika ini dapat menghapuskan pemimpin-pemimpin jahat yang lain di dunia ini yang mana pemimpin-pemimpin tersebut memang tidak boleh dikalahkan atau diturunkan oleh rakyat mereka sendiri. Pemimpin jahat ini mendakwa mereka mengamalkan demokrasi tapi peliknya kebebasan bersuara dan media cetak dihadkan supaya dapat memastikan dia sentiasa menang. Telah banyak kali Presiden Amerika Syarikat yang jahat dan salah laku dapat diturunkan dengan undi rakyat Amerika, manakala pemimpin jahat di negara lain hanya boleh diturunkan melalui serangan Amerika Syarikat. Contoh yang terbaik ialah Saddam di Iraq.
Diterbitkan oleh : |