SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Mengagamakan politik, mempolitikkan agamaPolitik ialah cara dan usaha menangani masalah-masalah rakyat dengan seperangkat undang-undang untuk mewujudkan kemaslahatan dan mencegah hal-hal yang merugikan bagi kepentingan manusia. (Wawasan Sistem Politik Islam, Salim Ali al-Bahnasawi, Jkt, Pustaka Al-Kautsar, Cet. I). Politik Islam ialah aktiviti politik sebahagian umat Islam yang menjadikan Islam sebagai acuan nilai dan basis solidariti berkelompok. Pendukung politik ini belum tentu seluruh umat Islam (baca: pemeluk agama Islam), kerananya mereka dalam kategori politik dapat disebut sebagai kelompok politik Islam, juga menekankan simbolisme keagamaan dalam berpolitik, seperti menggunakan lambang Islam dan istilah-istilah keislaman dalam peraturan dasar organisasi, khittah perjuangan, serta wacana politik. Politik Islam secara dasarnya merupakan penghadapan Islam dengan kekuasan dan negara yang melahirkan sikap dan perilaku (political behavior) serta budaya politik (political culture) yang berorientasikan nilai-nilai Islam. Sikap perilaku serta budaya politik yang memakai kata sifat Islam, bermula dari suatu keperihatinan moral dan doktrinal terhadap keutuhan komuniti spiritual Islam. Dalam berhadapan dengan kekuasaan dan negara, politik Islam di Malaysia sering berada pada posisi delematis. Dilema yang dihadapi menyangkut tarik-menarik antara tuntutan untuk aktualisasi diri secara deferminan sebagai kelompok majoriti dan kenyataan kehidupan politik yang tidak selalu kondusif bagi aktualisasi diri tersebut. Sebagai akibatnya, politik Islam dihadapkan kepada beberapa pilihan strategis yang masing-masing mengandungi keselarian dalam dirinya. Pertama, strategi akomodatif justifikasi terhadap kekuasaan negara yang sering tidak mencerminkan idealisme Islam dengan keselarian menerima penghujatan dari kalangan "garis keras" umat Islam. Kedua, strategi isolatif-oposisional, iaitu menolak dan memisahkan diri dari kekuasaan negara untuk membangunkan kekuatan sendiri, dengan keselarian kehilangan faktor pendukungnya, iaitu kekuatan negara itu sendiri yang kemudian dikuasai dan dimanfaatkan oleh pihak lain. Ketiga, strategi integratif-kritis, iaitu mengintegrasikan diri ke dalam kekuasaan negara tetapi tetap kritis terhadap penyelewengan kekuasaan dalam suatu perjuangan dari dalam. Namun, strategi ini sering berhadapan dengan hegemoni negara itu sendiri, sehingga keefektifan perjuangannya dipertanyakan. Salah satu isu politik yang sering menempatkan kelompok Islam pada posisi dilematis yang sering dihadapi politik Islam adalah pemosisian Islam vis a vis (berbanding) negara yang berdasarkan Rukun Negara. Walaupun umat Islam mempunyai semangat yang sangat besar dalam menegakkan negara melalui perjuangan yang panjang dalam melawan penjajahan dan menegakkan kemerdekaan, namun untuk mengisi negara merdeka kelompok Islam tidak selalu pada posisi yang menentukan. Sekarang pada era reformasi, gejala demikian mungkin terulang kembali. Peranan kelompok Islam, baik tokoh Islam mahupun mahasiswa Islam dalam mendorong gerakan reformasi sangat besar. Namun, pada perkembangan selanjutnya, gerakan reformasi tidak selalu berada dalam pengendalian kelompok Islam. Pengendali reformasi dan kehidupan politik nasional akan berada pada pihak atau kelompok kepentingan politik yang menguasai sumber-sumber kekuatan politik. Pada masa moden sekarang ini, sumber-sumber kekuatan politik tidak hanya bertumpu pada masa (M-1), tetapi juga pada material (M-2), idea (I-1), dan informasi (I-2). Kelompok politik Islam mungkin mempunyai kekuatan pada M-1 atau I-1, tetapi kurang pada M-2 dan I-2. Dua yang terakhir justeru dimiliki oleh kelompok-kelompok berkepentingan politik lain. Situasi dilematis politik Islam sering diperburukkan oleh ketidakmampuan untuk keluar dari dilema itu sendiri. Hal ini antara lain disebabkan oleh kurang adanya pemaduan antara semangat politik dan pengetahuan politik. Semangat politik yang tinggi yang tidak disertai oleh pengetahuan yang luas dan mendalam tentang perkembangan politik sering mengakibatkan terabainya penguatan taktik dan strategi politik. Dua hal yang sangat diperlukan dalam politik praktis dan permainan politik. Dilema politik Islam berpangkal pada masih adanya problem mendasar dalam kehidupan politik umat Islam. Masalah tersebut ada yang bersifat teologis seperti bersangkutan dengan hubungan agama dan politik dalam Islam, tetapi ada yang bersifat murni politik, iaitu strategi perjuangan politik itu sendiri dalam latar kehidupan politik Malaysia yang kompleks dengan kelompok-kelompok kepentingan politik majmuk. Fenomena maraknya parti Islam dan parti berasaskan dukungan umat Islam merupakan refleksi dari kemajmukan umat Islam dan keragaman kepentingan kelompok Islam. Kelahiran parti-parti tersebut merupakan buah eforia politik yang tidak dapat dielakkan dari proses reformasi. Proses reformasi yang terjadi memang memberikan angin segar kebebasan bagi warga negara untuk bersatu/bergabung. Pluralisme politik Islam merupakan refleksi dari pluralisme masyarakat Islam. Sedangkan pluralisme masyarakat Islam itu sendiri merupakan kesinambungan logik dari proses islamisasi, yang dari satu tempat ke tempat yang lain berbeza intensitinya (kekuatannya). Dalam konteks hubungan antara daerah yang tidak mudah di masa lampau, maka terbuka kemungkinan bagi berkembang kelompok atau organisasi Islam yang mempunyai ciri-ciri dan jati diri masing-masing. Kelompok yang kemudian mengristal menjadi berbagai organisasi ini, selain mempunyai titik temu pandangan juga mempunyai dimensi budaya tertentu yang membezakan dengan kelompok umat Islam lain. Pada tingkat tertentu, komitmen budaya ini telah mengembangkan rasa solidariti kelompok di kalangan umat Islam yang mengalahkan rasa solidariti keagamaan mereka. Dimensi budaya dalam pelbagai kelompok Islam mengakibatkan mereka sulit bersatu dalam kehidupan politik. Oleh kerana itu, penggabungan parti-parti Islam ke dalam satu wadah tunggal nyaris menjadi utopia. Layaknya bola salju, era akomodasi ini bergulir deras dan cenderung besar, efeknya terasa, kini bukan tabu lagi umat Islam berbicara tentang aspirasi Islam. Di kalangan pemerintah juga tampak adanya usaha untuk "menyinggung" perasaan umat Islam. Demikian terus dalam beberapa tahun terakhir, proses "islamisasi" seakan berjalan lancar tanpa halangan. Ada dua teori berguna bagi meramalkan masa depan bola salju tadi. Pertama, bahawa kelak bola salju itu makin besar. Ertinya, kesedaran keberislaman makin menyebar dan marak menyelimuti semua kalangan. Kedua, adalah antitesis yang pertama. Bola salju tadi memang membesar, tetapi hanya sesaat kemudian pecah berkeping-keping akibat terlalu kencangnya meluncur atau lemahnya ikatan unsur-unsur pembentukan bola tersebut. Sebagai kemungkinan alternatif ini boleh terjadi. Yakni, bila umat Islam terlalu kencang meluncurkannya, sementara ikatan di tubuh umat dan platform situasi belum cukup kuat atau mungkin juga latar belakang ada orang lain yang sengaja memukul hancur. Bila ini terjadi, kita tidak boleh membayangkan seperti apa jadinya dan memerlukan beberapa waktu lagi untuk mendapatkan keadaan serupa dan di era reformasi sampai saat ini (2003) umat Islam dalam berpolitik sudah terpecah-pecah, itu suatu kenyataan real yang kita lihat. Bak "gadis" yang akan selalu menjadi rebutan, bagaimana seharusnya Islam bersikap di tengah polarisasi politik yang tajam ini? Jelas, ini bukan pertanyaan yang mudah dijawab. Seandainya tersedia jawapan pun ia bukan suatu yang dapat diperebutkan. Ertinya, akan tersedia banyak jawapan. Dan semua itu akan sangat dipengaruhi dan dibentuk oleh preferensi politik yang bersangkutan. Dalam situasi seperti ini, ada baiknya kita kembali kepada makna beragama. Ada apa sebenarnya fungsi Islam dalam kehidupan. Seperti telah sering dikemukakan, agama dapat dilihat sebagai instrumen ilahiyah untuk "memahami" dunia. Dibandingkan dengan agama-agama lain, Islam paling mudah menerima premis ini. Salah satu alasannya terletak pada sifat Islam yang omnipresence. Ini merupakan suatu pandangan bahawa "di mana-mana" kehadiran Islam hendaknya dijadikan panduan moral yang benar bagi tindakan tingkah laku manusia. Ada yang mengertikan pandangan seperti ini dalam konteks bahawa Islam merupakan suatu totaliti. "Apa saja" ada dalam Islam. Seperti firman Allah dalam Al Quran yang ertinya, "Tidak kami tinggal masalah sedikit pun dalam Al Quran." Lebih dari itu, Islam tidak boleh dipisahkan dari kehidupan sosial-ekonomi dan politik. Terutama kerana itu, ada yang berpendapat bahawa Islam itu sebenarnya mencakupi negara--sesuatu yang kemudian dirumuskan dalam jargon "innal Islam dinun wa dawlah". Tidak dapat disangkal lagi, politik Islam adalah suatu keharusan dalam sebuah komuniti Islam yang majmuk, tetapi di sudut lain, ia pun tidak terlepas dari dilema-dilema dan masalah-masalah yang merupakan kesinambungan dalam dirinya. Bagi mengatasi hal-hal tersebut, maka diperlukan strategi dan taktik jitu perjuangan politik dalam latar kehidupan politik Malaysia yang kompleks dengan kelompok-kelompok kepentingan politik majmuk. SALAH satu perkara utama yang menyebabkan salah faham terhadap addin Allah oleh orang Islam serta bukan Islam ialah kekeliruan. Kekeliruan ini timbul kerana pelbagai sebab, termasuk kejahilan agama serta peranan sengaja Iblis dan konco-konconya untuk mewujudkan kekeliruan. Kita lihat pada masa sekarang ada penyempitkan pengertian anutan ‘Islam’ kepada pakaian, jenama atau label, simbol dan upacara dengan mengenepikan inti ajaran Allah yang menyeluruh serta erti ketakwaan. Allah banyak kali menegaskan dalam Al Quran bahawa sebaik-baik manusia ialah manusia yang bertakwa (almuttaquna). Konsep takwa ini juga dikelirukan dan disempitkan pada perlakuan beberapa upacara saja. Sebagai contoh, kita mengambil pengajaran daripada surah al-Baqarah ayat 177 yang bermaksud: “Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan ialah percaya kepada Allah, hari akhir, malaikat, al-Kitab, nabi; memberikan harta walaupun dicintainya kepada sanak saudara dan anak-anak yatim, orang miskin, musafir, dan yang meminta-minta; memerdekakan hamba, melakukan solat, memberikan zakat, mereka yang menepati perjanjian mereka apabila membuat perjanjian, orang yang sabar dalam kecelakaan dan kesusahan, serta bencana. Mereka inilah orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.” Dalam ayat di atas, Allah begitu jelas memperincikan sifat seorang yang bertakwa. Ia termasuk memiliki sifat berkongsi harta benda (bukan saja sedekah seperti mana yang kita amalkan sekarang), memerdekakan hamba, menepati janji atau kontrak, serta cekal dan sabar dalam menghadapi kesusahan. Namun perkara seperti ini yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia tidak diajar sebagai sifat wajib seorang Muslim. Memungkiri janji, berbohong atau menyalahgunakan perkataan ‘insya-Allah’ apabila kita sebenarnya bermaksud tidak akan hadir atau tidak berminat sudah dianggap perkara biasa atau dosa kecil. Sudah bebaskah hamba pada zaman yang kononnya moden ini? Sekiranya hamba tidak lagi wujud, ini bermakna kita tidak lagi memperhambakan sesiapa pun dalam kehidupan seharian kita termasuk pembantu rumah, pekerja serta mereka yang lemah berbanding kita. Memberi peluang pekerjaan kepada manusia lain untuk mencari rezeki tanpa menjatuhkan martabat kemanusiaannya berbeza daripada memperhambakannya. Perkara ini perlu kita fahami semasak-masaknya supaya tidak kufur kepada perintah Allah. Oleh hal yang demikian, jika niat kita sebenarnya untuk mendekatkan orang lain kepada ajaran Allah dan bukan kepada ideologi kita semata-mata, hendaklah kita menyampaikan ajaran Allah melalui perlakuan diri sendiri dan juga dengan cara atau kaedah terbaik. Mana-mana golongan atau hisbul yang menamakan dirinya sebagai ‘parti Islam’ menanggung beban tambahan di mana segala tindakannya akan disalah tafsir oleh orang bukan Islam dan yang jahil bukan sahaja daripada individu-individu tertentu bahkan daripada pihak lain yang sengaja cuba memesongkan apa sebenarnya yang diperkatakan semata-mata untuk memburukkan imej parti Islam. Namun begitu, Allah memberi amaran berjaga kepada orang yang beriman dalam surah al-Baqarah ayat 8-9 yang bermaksud: Antara manusia, ada yang berkata: “Kami sudah beriman kepada Allah dan hari Kemudian, pada hal mereka itu bukan orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang yang beriman, pada hal mereka menipu diri mereka sendiri tetapi mereka tidak sedar.” Islam adalah satu cara hidup dan dari segi bahasa ia membawa maksud ‘sejahtera’. Ini bermakna, Islam adalah satu cara hidup yang disyorkan oleh Allah kepada manusia yang mahu mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat. Allah memberi manusia al Quran yang mempunyai panduan cara hidup untuk mencapai ‘Islam’ atau kesejahteraan. Dilihat dari sudut ini, Islam atau ‘kesejahteraan’ adalah matlamat serta cara hidup yang ditetapkan Allah untuk manusia (Surah al-Maidah ayat 3). Namun begitu kita seolah-olah berada dalam perlumbaan bukan untuk mengamalkan ajaran Allah tetapi untuk meletakkan label ‘Islam’ pada beberapa benda yang boleh. Kita mahu kebanggaan kulit daripada beriman dan mengamal isi secara merendah diri kepada Allah. Oleh kerana addin Allah adalah cara hidup yang sesuai dan natural untuk manusia, sesiapa (sama ada ia percaya atau tidak kepada Tuhan) yang hidup dengan cara yang berlawanan yang ditetapkan oleh Allah, akan secara automatik rugi dan menerima akibat buruk. Sebagai contoh, orang yang makan racun akan menerima akibat buruk. Begitu juga dengan racun seperti tamak, rasuah, pecah amanah, menipu, menindas, memfitnah, mengada-adakan cerita, malas, boros, kedekut, mencemar alam dan sebagainya. Ini sudah pasti memberi kesan kepada individu dan kumpulan individu – sama ada mereka mahu beriman atau pun tidak. Sekiranya kita faham, kita akan lihat bahawa semua ini adalah tindak balas kepada perbuatan tangan kita sendiri. Malangnya ego atau nafsu manusia mengajaknya melampaui hudud (had atau batas) yang ditetapkan Allah sehingga mewujudkan kepalsuan dan kepercayaan kepada perkara yang mustahil berlaku atau dicapainya sehingga diri diletakkan sebagai Tuhan. Manusia sudah begitu berani mengeluarkan fatwa dan hukum-hakam di atas nama Allah yang bukan daripada Allah sehingga masyarakat menjadi kucar-kacir dan bertambah keliru. Tidakkah siapapun yang takut kepada Allah dan mengesahkan fatwa dan hukum-hakam ini dengan ajaran Allah? Kita disuruh oleh Allah untuk bertanya kepada golongan ini dalam surah al-Qalam, ayat 39-40 yang bermaksud: “Bahkan adakah bagi mu sumpah yang teguh terhadap Kami, sampai hari kiamat bahawa bagi kamu (ada hak) apa-apa yang kamu hukumkan? Tanyakanlah kepada mereka, siapakah antara mereka yang menjamin (bertanggungjawab) bagi hukum itu?” Ini adalah satu lagi contoh kekeliruan di antara kulit dan isi. Sekiranya kita membaca al-Quran, kita akan dapati bahawa Allah menyarankan manusia supaya tidak melampaui hudud atau had yang ditetapkan oleh-Nya demi kebaikan kita sendiri. Di sini ada satu contoh dalam Surah an-Nisa ayat 14 yang bermaksud: “Barang siapa menderhaka kepada Allah dan rasul-Nya dan melampaui batas (hududahu)Nya nescaya Allah memasukkan dia ke dalam neraka, serta kekal di dalamnya dan untuknya seksa yang menghinakan.” Antara istilah yang selalu dikelirukan ialah istilah ‘negara Islam’. Sarjana, ahli politik dan ulama agama mempunyai takrif masing-masing. Pada amnya mereka bersetuju bahawa negara Islam ialah sebuah negara yang ditadbir dengan ‘undang-undang Islam.’ Orang yang beriman mempercayai bahawa Allah adalah pentadbir segala alam. Pemerintahan Allah terhadap alam termasuk bumi, bintang, matahari, galaksi dan lain-lain tidak berhenti dan berterusan. Semua berlaku dengan rancangan-Nya. Bukan manusia yang mampu mentadbir alam, termasuk bumi seperti Allah. Dengan keinsafan ini, kita harus sedar bahawa tugas kita masing-masing ialah untuk mengamalkan addin Allah dalam kehidupan seharian kita, dalam semua peranan kita sama ada sebagai kawan, ibu bapa, pekerja, majikan, pemimpin, pengikut, penggubal undang-undang dan sebagainya. Masing-masing yang mengaku sebagai seorang Muslim seharusnya berusaha memahami isi kandungan Al Quran dahulu supaya kita tahu kehendak Allah. Janganlah kita terlalu rindu dan terlalu bangga dengan ‘zaman kegemilangan Islam’ yang lampau sehingga kita lupa tanggungjawab kita pada zaman ini. Sejarah memang penting, namun, kita terlalu asyik menoleh ke belakang hinggakan orang seperti Bill Gates yang mencipta teknologi masa hadapan seperti Microsoft, Internet dan teknologi yang lain. Sebenarnya, orang Islam yang mempunyai Al Quranlah yang sepatutnya menjadi pencipta teknologi itu. Malangnya, mungkin sedikit saja daripada kita yang mahu memahami isi kandungan Al Quran dan lebih rela taksub kepada manusia lain yang mungkin hampir jahil dengan kita atau mempunyai agenda/niat yang tersirat. Kalau begitu, kita tidak akan maju dan terus berada dalam kekeliruan dan leka dengan igauan bahawa kita diberi petunjuk seperti firman Allah dalam Surah al-Araaf ayat 30 yang bermaksud: “Satu golongan manusia mendapat petunjuk dan satu golongan jadi sesat, kerana mereka itu mengangkat syaitan menjadi wali bukan Allah, sedang mereka mengira bahawa mereka mendapat petunjuk.” Reformasi politik merupakan agenda terpenting yang sampai detik ini belum sempurna. Alih-alih ingin mereformasikan politik secara total, yang terjadi justeru reproduksi pembusukan politik yang tak kalah bejatnya dengan kejahatan di masa lalu. Hal itu dibuktikan dengan menggunungnya persoalan politik nasional, baik dalam rencah legislatif, eksekutif, mahupun judikatif. Kompleksiti persoalan yang meliliti bangsa ini semakin bercambah, tatkala proses-proses kebijakan politik berjalan secara tidak normal dan tidak adil. Isu money politics (politik wang), rasuah dan yang sejenisnya, kian marak diperbincangkan. Tentu saja, ini bukan kidung baru bagi pergolakkan politik di Tanah Air, melainkan penyakit kronik yang turut serta bersama-sama dengan usaha perubahan dan transformasi politik. Politik wang seakan-akan menjadi praktik ritual dan rukun penyangga politik nasional. Dari pemilihan cawangan, bahagian atau umum, pemilihan wakil rakyat, hingga ketua kampungpun, aroma politik wang tercium dengan mudah. Belum lagi pengambilan keputusan penting di parlimen sering kali diindikasikan berbau politik wang. Isu rasuah wakil rakyat, rendahnya kehadiran, dan ketidakterbukaan dalam melaporkan kekayaan, merupakan potret parlimen kita. Ini semua semakin memperburukkan lagi cermin demokrasi dan proses transformasi politik yang dinanti-nanti masyarakat umum. Kebijakan dan hasil proses politik yang diidealkan dapat mewakili kebanyakan masyarakat, namun hanya diselesaikan dengan selembar "transaksi politik". Parahnya lagi, politik wang justeru terjadi dalam peristiwa-peristiwa politik yang sangat menentukan bagi masa depan bangsa ini, baik dalam hal legislasi perundangan mahupun perebutan posisi strategik dalam eksekutif. Logik yang sering kali terkemuka dalam politik wang bahawa kekuasaan dianggap sebagai bisnis yang meniscayakan modal dan material. Siapapun yang ingin merebut kekuasaan, "di-fardu-kan" untuk memiliki "wang muka" yang didistribusikan secara merata kepada "karib-karib politiknya", yang mana modal itu dapat diambil kembali setelah berkuasa. Kerana itu, bagi seseorang yang menginginkan kerusi kekuasaan harus memenuhi persyaratan tersebut, disamping kompetensi dan kapabiliti politik. Bukan hal aneh jikalau dalam setiap hajatan politik, wang menjadi pelicin dan "palu penentu" setiap kebijakan politik. Di sini, politik wang menjadi persoalan serius yang mesti mendapat perhatian bersama. Jika tidak, bangsa ini akan mengalami krisis multidimensi yang semakin berpanjangan. Akibatnya, transisi demokrasi akan berjalan secara klise dan artifisial. Proses politik yang seperti ini juga mengakibatkan terhambatnya kanal-kanal aspirasi rakyat yang semestinya, dikeranakan praktik politik secara manipulatif. Pada titik ini, sebenarnya tahap demokrasi dilangsungkan hanya sekadar formaliti, rutiniti dan memenuhi prosedur belaka. Tesis yang membincangkan politik wang justeru tumbuh subur dalam masyarakat yang majoriti taat beragama. Kalau dilihat kepada komposisi pelaku-pelaku politik, baik di legislatif, eksekutif mahupun judikatif, sebahagian besar adalah mereka yang secara ritual keagamaan tidak diragukan lagi. Bahkan mereka juga rajin menunaikan ibadah umrah dan ibadah haji sebagai usaha penyempurnaan rukun agama. Kenyataan itu, tentu sahaja sangat ironis. Kerana secara mendasar tidak terdapat kesinambungan fungsi antara ritual keagamaan dengan perilaku politik, bahkan sebaliknya, justeru semakin mengesankan adanya keputusan antara norma dan realiti emperik. Kesan yang patut diterima, agama tidaklah bertanggungjawab atas seluruh kejahatan politik. Bahkan pada level tertentu, agama hanya sekadar dijadikan "jargon politik". Berapa banyak tokoh nasional yang diindikasikan terlibat dalam praktik politik wang, alih-alih menunaikan ibadah umrah? Hal itu menunjukkan titik krusial persoalan kenegaraan dan kebangsaan. Sebenarnya kita mengalami krisis keberagamaan. Keberagamaan kita hanya berhenti pada kesolehan private, tak mampu merambah kesolehan publik, sehingga keberagamaan hanya mengagungkan "agama" belaka, namun mengabaikan dimensi sosial. Kejahatan politik yang terus menghantui elite-elite politik terus berkeliaran dengan bebas, yang mana pada waktu bersamaan semarak keagamaan kian meningkat. Keberagamaan ritualistik-dogmatik yang digelar pelaku-pelaku politik tak mampu mendorong perubahan yang signifikan bagi terciptanya moraliti dan iklim politik yang demokratik. Di sini, saatnya kita menyoal kembali doktrin keagamaan yang maklum bagi khalayak ramai, ada something wrong dalam keberagamaan kita. Selama ini agama hanya sekadar diritualkan, namun tidak dihayati dan diinternalisasikan dalam realiti politik. Akibatnya agama tergilas di bawah praktik-praktik politik yang manipulatif. Muhammad Jabir al-Anshari dalam al-Ta'azzum al-Siyasi 'ind al-'Arab wa Sosiologi al-Islam menegaskan bahawa krisis politik yang menimpa kebanyakan masyarakat muslim seringkali diakibatkan hilangnya disket keberagamaan yang mencerminkan peradaban dan transformasi sosial. Menurut beliau, selama ini agama hanya berada dalam "sangkar emas" dan tak mampu membebaskan masyarakat dari permasalahannya (Jabir al-Anshari: 1999). Politik wang yang mewabak para pelaku politik kita pun dapat dilihat sebagai proses pengabaian atas pesan agama yang utama tersebut. Hilangnya penghayatan atas pesan-pesan keagamaan seperti di atas mengakibatkan hilangnya visi politik nasional: keadilan, peradaban, dan kesetaraan. Kerana itu, perlu jambatan pemahaman yang dapat mendekonstruksi segala bentuk penindasan dan manipulasi menuju politik yang berdimensi keadilan dan peradaban. Hal itu, cepat atau lambat harus dimulai dengan komitmen elite politik untuk mengakhiri dan menentang praktik-praktik politik wang yang telah memporak-porandakan hati nurani kita. Setidaknya dalam hal ini diperlukan rekonstruksi relasional antara agama dan politik. Pertama, relasi simboisis. Agama dan politik saling melengkapi dan menyempurnakan. Di satu sudut, agama diusahakan agar dapat mewarnai politik dan politik dapat mewarnai politik. Hubungan antara keduanya adalah timbal-balik (take and give). Pandangan ini digolongkan sebagai idealistik kerana dalam kenyataannya politik lebih dominan dalam rencah politik, sehingga yang menonjol adalah politisasi agama. Kedua, agama sebagai jalan transformasi politik. Agama sejatinya dapat dijadikan kuasa transformasi. Dalam hal ini, agama tidak terlalu asyik-masyuk dalam politik, melainkan dapat menginternalisasikan nilai-nilainya dalam politik. Agama diharapkan dapat mengubah kejumudan dan kejahatan politik, iaitu dengan cara menggerakkan kritis publik atas segala bentuk penyimpangan/penyelewengan politik. Betapa dahsyatnya, jikalau segenap masyarakat beragama di Tanah Air dapat mewujudkan cita-cita tersebut kerana akan mempersempitkan ruang-ruang penyalahgunaan jabatan publik serta mendorong terciptanya iklim politik yang demokratis.
Diterbitkan oleh : |