SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Lagi laporan polis berhubung isu kongsi gelap MCASatu lagi laporan polis dibuat hari ini mengenai dakwaan pembabitan setengah pemimpin MCA dalam politik wang dan kumpulan kongsi gelap. Laporan itu dibuat oleh enam bahagian Pemuda MCA di Pulau Pinang dan satu bahagian lagi dari Bandar Baharu Kulim. Menurut laporan Bernama, bahagian-bahagian terbabit ialah Bukit Bendera, Jelutong, Bukit Mertajam, Tasik Gelugor, Permatang Pauh, Nibong Tebal. Ketua Pemuda MCA Bukit Mertajam, Ng Kim Tong, dengan disertai oleh kira-kira 20 ketua dan ahli Pemuda MCA, membuat laporan itu di balai polis Bukit Mertajam pada jam 11.10 pagi ini. Sebelum ini, dua ahli Pemuda MCA dari Selangor dan Wilayah Persekutuan, Lim Seng Chai dan Chai Kim Seng, juga membuat laporan terhadap mengenai perkara sama. Mereka berbuat demikian berikutan kenyataan presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik berhubung politik wang dalam parti itu, serta dakwaan ketua Pemuda MCA, o要g o要g Tee Keat mengenai pembabitan ahli kongsi gelap dalam pergaduhan yang berlaku sewaktu persidangan pergerakan itu pada 3 Ogos 2001. Samseng Bagaimanapun, Dr Ling ketika diminta mengulas mengenai laporan itu semalam, berkata tindakan mereka itu tidak akan membantu menyelesaikan sebarang masalah dalaman parti. Sementara itu, Pemuda Keadilan hari ini mendakwa yang penggunaan "samseng" atau kongsi gelap sememangnya telah lama menjadi budaya dalam parti komponen Barisan Nasional (BN), sepertimana yang didedahkan oleh Ketua Pemuda MCA, o要g Tee Keat. Berikutan itu, ketua penerangannya, Badrul Hisham Shaharin mencabar Ketua Pemuda Umno dan semua ketua pemuda BN supaya menafikan penglibatan samseng dalam kempen pilihanraya BN. "Kami mempunyai bukti yang kukuh mengenai amalan BN tersebut khususnya semasa Pilihanraya Kecil Pendang dan Anak Bukit," katanya dalam satu kenyataan kepada malaysiakini hari ini. Menurutnya, pendedahan o要g itu mengesahkan wujudkan anasir samseng dalam BN, khususnya MCA apabila beliau (Ong) menyerahkan senarai mereka yang didakwa terbabit kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Agen provokasi "Malangnya, Abdullah tidak bertindak sebagai penjaga kepentingan awam selaku Menteri Dalam Negeri, dengan menyerahkan laporan tersebut untuk siasatan polis, tetapi melihat perkara itu sebagai masalah dalaman parti yang perlu diselesaikan oleh MCA," tegasnya. Menurut Badrul lagi, Pemuda Keadilan telah membuat laporan polis pada 17 Mac lalu, mendesak supaya siasatan segera dibuat ke atas MCA (Dr Ling Leong Sik) dan Abdullah berikutan pendedahan o要g itu. "Abdullah mengaku menerima maklumat mengenai kongsi gelap tetapi cuba melindunginya. Aa adalah masalah keselamatan negara, bukan masalah dalaman parti politik. Sambil mendesak polis segera menjalankan siasatan, Badrul mendakwa kumpulan inilah yang digunakan sebagai agen provokasi dalam pilihanraya dan perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyat Malaysia. untuk maklumat lanjut layari www.black14.net
Diterbitkan oleh : |