Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pohon Maaf - black14

14 april - "black14" hari memperingati kezaliman regim mahathir.

Salam reformasi ;

Pertama sekali kami memohon maaf kerana laman tidak dapat di update selama beberapa lama. Laman black 14 telah mengalami serangan virus yang amat teruk sebanyak 3 kali semenjak 13 April lepas. Kami kini dalam proses pembaikan laman semula.

Black 14 kali ini membawa seribu satu persoalan yang timbul.....

Dapatkan perbagai komen dan pendapat serta fakta mengenai kes DSAI yang dikupas secara berani.

Kami akan beroperasi semula pada 21 April 2003 kira - kira jam 5.00 petang. Kami dijadualkan menutup laman ini selepas black14 namun oleh kerana kami turut ingin mendokong beberapa program gerakan massa pasca black14 2003 maka kami hanya akan menutup operasi laman selepas Perhimpunan Sempena Hari Buruh dan Pelancaran Kempen Gerakan Pembebasan Tahanan ISA.

Hantarkan pandangan atau apa sahaja ke b_lack14@yahoo.com.

Akhir sekali kami mengucapkan terima kasih kepada pihak yang bertungkus lumus menyerang web http://www.black14.net sesungguhnya kamu cukup bijak memilih masa untuk menyerang pada ketika black 14 itu sendiri dan ketika rakyat amat memerlukan maklumat perbicaraan rayuan pada 18 april yang lepas. Tuhan akan membalas kerja buat kamu itu.

Pengendali laman Black14.net

p/s : tolong forwardkan masej ini kepada teman2.






______________________
Terbitan : 21 April 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com