Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
@ melalui Wang Pos/Kiriman Wang kepada Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Bukan Meram Holding yang untung banyak dalam projek jalan di Sekinchan

Oleh : KONTRAKTOR YANG DAH LINGKUP

Suka saya rujuk berita tentang syarikat Meram Holding yang dapat projek RM92.5 juta untuk buat jalan raya di Sekinchan hingga Sungai Panjang, di bawah kawasan DUN Khir Toyo.

Saya ada kawan yang pernah jadi sub-kontraktor kepada Meram. Katanya, syarikat itu mempunyai nama buruk kepada liat sangat nak bayar kepada sub-kontraktor walaupun duit sudah dapat dari kerajaan.

Baru-baru ni kawan saya itu telefon pejabat Meram, tanya bayaran kerana Meram sudah dapat projek yang boleh buat duit banyak. Tapi orang di pejabat Meram bagitahu, sebenarnya bukan Meram yang buat projek itu. Orang lain guna lesen Meram dan buat duit banyak. Katanya, seorang taukeh Cina muda di Sekinchan, baru umur 27 tahun, bekas tuan rumah yang rumahnya pernah disewa Khir waktu sebelum dia jadi MB dulu.

Jadi, tak betullah kata Meram kutip banyak untung dari projek mewah itu. Projek itu sengaja dibuat supaya ramai kroni Khir boleh tumpang semangkuk.

................
Catatan : Artikal ini telah dikeluarkan pada 17 Okt 2001 di laman Detikdaily.




______________________
Terbitan : 22 April 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com