SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Mengapa saya tetap menyokong Anwar.Oleh : Anonymous
Mungkin gulungan muda pada hari ini kurang mengenali Anwar,tetapi bagi kami yg berumur dalam lingkungan empat puluh ke lima puluh tahun Anwar memang merupahan 'hiro'kepada kami.Pada masa lebih tiga puluh tahun yg lalu,peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institiusi pengajian tinggi bukan lah sesuatu yg mudah,malahan utk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam pun amat sukar,apatah lagi bagi gulungan pelajar aliran Melayu. Mujurlah ada orang seperti Anwar yg prihatin terhadap masalah ini.Ramai di antara kami yg berjaya memasuki UM dan UKM hasil dari pusat pendidikan swasta Yayasan Anda yg ditubuhkan oleh beliau.Dgn yuran pengajian yg rendah dan pengorbanan guru-guru termasuk Anwar sendiri yg tidak mementingkan wang ringgit,kami dari kampung-kampung pun mampu memasuki Yayansan ini.Alhamdullilah. Kami masih ingat pada masa tersebut gaji Anwar hanya sekitar RM400.00 sahaja,dan beliau menolak tawaran utk berkhidmat di PBB oleh Alahayarham Tun Razak walau pun dgn gaji yg lumayan. Disamping itu,dari Yayasan Anda ini lah bermula nya cara hidup menutup aurat bagi anak gadis Melayu,yg sebelum itu paling sopan pun hanya menyangkut selendang di bahu.Anwar memang telah banyak membawa cara hidup yg lebih Islamik dikalangan anak-anak Melayu. Saya sendiri tidak sempat mengikuti perjuangan beliau membela petani dan setinggan miskin,kerana pada masa saya menjejaki tangga Universiti,beliau sudah pun di tahan diKemunting dibawsah ISA.Walaubagaimanapun saya sentiasa mengikutiperjuangan beliau melalui akhbar rasmi ABIM, 'Risalah',dan nama beliau memang menjadi idola kepada para belia khususnya para pelajar.
Diterbitkan oleh : |