Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tahniah kepada UMNO edar akhbar ke mesjid !

Oleh : Imam Lama.

Syabas dan tahniah kepada UMNO terutama kepada Biro Penerangan bahagian Tanjong Karang kerana berjaya mengedarkan ‘ akhbar caci maki ‘ kepada para jemaah di Masjid Sungai Nipah pada hari Jumaat lalu. Sekurang-kurangnya , adalah juga seorang berdua di kalangan ahli UMNO yang jadi ‘ peminta sedekah ‘ dapat duit kocek untuk belanja keluarga dalam sehari dua ni dan terpaksa ‘ cuti ‘ dan meninggalkan solat Jumaat pada hari itu !. Sekali lagi diucapkan syabas…..

Dengan perbuatan tersebut maka lengkapkan sudah sikap pengecut parti UMNO di bawah penguasaan dan kepimpinan Khir Toyo yang menjadi ADUN Sungai Panjang dan MB Selangor. Sebab pada masa-masa lalu kalau mereka nak mengumpulkan orang ramai untuk mendengar ucapan merapu dan caci nesta kepada parti pembangkang BA , terpaksalah berselindung dengan program yang lain. Macam majlis perasmian mesyuarat PIBG sekolah ke, Tilawah Al Quran ke , Karnival Islam ke dan juga kursus-kursus lain yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah.

Mereka juga sebenarnya hanya berani mengedarkan majalah caci maki yang sudah tidak ada siapa nak membacanya - hatta orang UMNO sekalipun - secara sembunyi dan sorok-sorok selain mengedarnya secara pos ke sekolah-sekolah , macam akhbar Memo palsu dulu ! .

Yang peliknya masih ramai lagi kalangan penyokong UMNO termasuk mereka yang bergelar ustaz dan cikgu bermegah dan menganggap pemimpin mereka sebagai pahlawan dan pembela agama, bangsa dan negara walaupun ternyata sikap pengecutnya. Mereka sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga dengan apa sahaja perkara dan hujjah kebenaran, asalkan poket sentiasa berisi penuh ( Jangan tanya pasal halal haramnya …..).

Cuma adalah sikit segelintir penyokomg UMNO yang ‘ berani ‘ untuk mengomen kelakuan pemimpin mereka. Itupun mereka cuma berani komen dalam hati saja !. Alasannya kita tak ada kuasa dan tak boleh komen dengan perkataan. Nanti mudharat kepada diri sendiri. Kan Allah Taala menegah umatnya mencampakkan diri dalam kebinasaan ? . Jadi cukuplah dulu dengan beri komen dalam hati saja Ambil jalan yang akhir sekali - sebagai orang yang lemah iman - jadilah….. )

Kita ingatkan kepada kalangan yang ‘ lemah iman ‘ dalam parti UMNO tu , baiklah cepat-cepat tinggalkan UMNO sekarang sebelum iman semua habis telungkup dan terbang….






______________________
Terbitan : 20 April 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com