Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Katak………Hulubalang Baru Dolah ?

Kalaulah tidak kerana gelaran yang dikaitkan dengan haiwan sipemanggil hujan dihujung namanya,sudah tentu jagoan lompat melompat yang tersohor ini telah lama dilupai orang.

Dato Ibrahim Ali,Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MKRT),tidak perlu malu dengan jolokan itu,kerana selagi mana haiwan itu belum pupus dimuka bumi,selama itulah rakan dan lawan politiknya akan mengenang beliau.

Nampaknya peluang untuk Ibrahim menanggalkan gelaran itu amat tipis,mungkin akan terus melekat sehingga beliau menjadi arwah,memandangkan jolokan tersebut adalah kurniaan rakyat disebabkan pembawaan politiknya sendiri.

Terbaharu pada 22hb. April 2003 ,dalam usaha untuk terus mengkatakkan dirinya,Ibrahim telah membuat repot polis terhadap laporan muka depan Akhbar Harakah keluaran pertengahan April lepas, kononnya lidah rasmi Pas itu telah memfitnah kerajaan Malaysia dengan menyokong pencerobohan Amerika keatas Iraq.

Ekoran dari repot Ibrahim,ASP Rosli dari Balai Polis Sentul telah menghubungi Ketua Pengarang Harakah Sdr Zulkifli Sulong pada jam 5.00 petang 23 April melalui telefon memberitahu bahawa pihak polis akan mula menyiasat Harakah dibawah Akta Hasutan.

Tindakan serta merta pihak polis menyiasat repot yang dibuat oleh Umno dan suku sakatnya terhadap BA,adalah tugas paling utama mereka semenjak institusi itu di rasuk teruk oleh Mahathir.Ratusan repot rakyat dan BA terhadap penyelewengan para pemuka Umno BN pula,hanya dibiarkan begitu sahaja tanpa dicuit sedikit pun.

Sekali imbas,repot sikatak itu,tiada membawa sebarang erti,melainkan sekadar untuk meraih publisiti murah.Namun jika dikaitkan dengan pergocohan hebat didalam Umno disaat –saat menjelangnya Diktator Tua bersara Oktober ini,mungkin ada agenda yang tersirat untuk menjejaskan kredebiliti DS Najib Tun Razak.

Ibrahim tidaklah begitu bodoh untuk memahami laporan Harakah keluaran berkenaan yang menyiarkan kenyataan MP Kuala Terengganu Dr Syed Azman Ahmad Nawawi bekas pensyarah Sains Politik Universiti Malaya melalui penulisannya dimuka empat,yang menyatakan bantahan Malaysia terhadap serangan Amerika keatas Iraq adalah tidak ikhlas dan mempunyai kepentingan politik,kerana Malaysia telah menjalin hubungan yang amat baik dengan Amerika terutamanya dari sudut ketenteraan.

Menurut Syed Azman lagi,perkara diatas telah dibuktikan melalui ucapan Najib selaku Menteri Pertahanan didalam satu pidatonya di AS tidak berapa lama dulu.Sedutan pidato tersebut juga telah disiarkan dalam Harakah edisi yang berkaitan.

Umat Islam,pasca pencerobohan AS dan sekutu bangsatnya terhadap Iraq,berkongsi sentimen yang sama membenci keganasan kuasa besar tunggal itu.Umno BN tidak terkecuali mempamirkan kejagohannya mengecam keganasan AS,meskipun sekadar dimulut sahaja.

Sentimen anti AS penuh dengan kepura-puraan yang sedang dipersembahkan oleh Umno mempunyai strategi serampang dua mata. Satu,untuk meraih sokongan rakyat khususnya Melayu Islam didalam pilihanraya akan datang,satu lagi untuk memperkuatkan team masing-masing yang sedang bertarung hebat. Melalui laporan Ibrahim tadi,secara tidak langsung Ibrahim mendedahkan kepada umum bahawa Najib telah lama bersekongkol dengan AS.Meskipun semua orang tahu,dasar menjalin hubungan ketenteraan dengan AS adalah keputusan kerajaan Umno BN,namun isu itu akan digarap sebaik mungkin oleh kem anti –Najib untuk memburuk-burukkan reputasinya selaku pesaing kepada Pak Lah.

Ibrahim telah pun memulainya dan kita percaya beliau tidak keseorangan.Perihal kekecewaan beliau kerana dipinggirkan Mahathir didalam rombakan Badan Perhubungan Umno Kelantan tempuh hari tidak dapat disembunyikannya.

Selain dari membuat kenyataan tidak mungkin Dato Pa dan Ku Li dapat menawan semula Kelantan dari PAS (BA) didalam pilihanraya akan datang kerana tiada isu besar disamping kekuatan peribadi YAB Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz yang sukar digugat,Ibrahim juga telah membuat hal yang mengaibkan Umno Kelantan dengan pembayaran cek tendang kepada Majlis Perbandaran Kota Baru sebagai cagaran untuk suatu majlis konsert.

Kabinet Dato Pa dan kliknya,secara logik politiknya memihak kepada Najib kerana itu adalah kehendak Mahathir. Menjahanamkan reputasi kabinet Dato Pa maknanya turut membelasah Najib. Mungkin inilah misi yang sedang dilakukan Ibrahim untuk mendapat tempat dihati Pak Lah,setelah Mahatua menyepaknya begitu sahaja.

Harus diingat,Ku Li sendiri memang kurang senang dengan Najib sejak dulu lagi. Kerana lompatan Najib diaat-saat akhir,menyebabkan putera raja itu tewas kepada Mahathir dengan lebih sedikit 40 undi,didalam perebutan jawatan Presiden tatkala perang Team A dengan Team B pada tahun 1987.Jika bukan angkara Najib,sudah tentu Ku Li,Perdana Menteri hingga kini.

Ku Li ada sebab tersendiri untuk menghalang cita-cita politik Najib.Mungkin ia ingin melihat Najib kecewa sepertimana kekecewaannya ketika kecundang ditangan Mahathir dulu.Tidak mustahil gara-gara lompat dan racau Ibrahim adalah atas arahannya yang direstui Dolah.

Persolaannya, apakah Ku Li masih lagi berstamina untuk menolong Dolah berlengan dengan Mahathir (Najib),dan percayakah Dolah dengan hulubalang barunya Ibrahim yang bila-bila masa boleh melompat kepangkuan Mahahthir apabila beroleh tawaran lumayan ?

Episod seterusnya akan menyusul dengan aksi lawak yang lebih melucukan,Mahathir (Najib)pasti tidak akan berdiam diri.Walau apapun ,sekali lagi Harakah lidah rasmi Pas mendapat publisiti meluas secara percuma gara-gara sikatak lompat. Pas (BA) tak rugi apa-apa !

Inderaloka.






______________________
Terbitan : 26 April 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com