Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Cukupkah setakat itu...?

Umat Islam ditekan dimana-mana... Dan perlu diingat bila kita ditekan ia membuatkan kita lebih bersatu dan dekat dengan Maha Pencipta. Ingatlah kita perlu berusaha tetapi keputusanya terserahlah kepada-Nya. Jika Dollah Badawi kata 'Pengebom Berani Mati' itu pengganas biarkan dia. Sesungguhnya Allahlah yang lebih mengetahui segala sesuatu. Bukan 'Si Barua' kecil tu. Saya tanyakan Dollah Badawi, cukupkah dengan bersuara lantang di dalam 'rumah' tanpa bertindak untuk menghentikan peperangan di Iraq.? Cukupkah dengan cara itu untuk menakut-nakutkan Si Syaitan Besar(Amerika) itu sedangkan ramai orang awam telah di bunuh dengan kejam.

Cukupkah dengan memberi bantuan makanan dan perubatan kepada rakyat Iraq sedangkan mereka telah kehilangan orang-orang yang mereka sayangi. Malaysia sepatutnya memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika dan meminta Duta Amerika pulang kn tipu muslihat mereka. Kita tidak boleh mengharapkan pemimpin kita semata-mata, lihatlah penduduk di Negara-negara Arab. Sudah lebih 50 tahun isu Palestine berlaku tetapi matlamatnya masih jauh dari tujuan sebenar... masih jauh! Kebanyakkan pemimpin Arab adalah boneka Amerika yang dijanjikan dengan bermacam-macam kesenangan dan perlindungan.

Mereka tidak menghiraukan kepentingan dan persaudaraan dalam Islam itu sendiri. Mereka sanggup bekerjasama dengan musuh Islam untuk menghancur saudara seagama kerana kepentingan duniawi. Semoga Allah memberikan kesedaran kepada mereka dan pemimpin negara kita akan tanggungjawab mereka kepada umat Islam atau hancurkan mereka seperti Firaun dan Namrud . Kepada saudara-saudaraku ingatlah tanggungjawab kalian kepada Islam. Teruskanlah perjuangan kalian dan semoga kalian dilindungi Allah.

Salam Persaudaraan
Mohd Yusry Hashim
JiWa KaCAu©






______________________
Terbitan : 4 April 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com