Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pengarah dan pelakon UMNO Tanjong Karang akan tunjuk bakat !

Oleh: KANG SEMAR.

‘ Pengarah dan pelakon ‘ terdiri daripada jawatankuasa UMNO Bahagian Tanjong Karang serta ketua-ketua cawangan UMNO dah pun mula sebuk berlatih sekarang. Masing-masing nak tunjuk ‘ lakonan ‘ terbaik di hadapan Pak Lah yang akan merasmikan mesyuarat perwakilan diadakan di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang pada 12 April nanti. Masing-masing akan tunjuk kebolehan ‘ berlakon ‘ supaya dapat menerima pujian dan silap-silap hari bulan dapat pula ‘ tropi ‘ daripada Pak Lah !.

Pengarah yang amat mengharapkan pujian dan berangan-angan dapat tropi ‘ pelakon terbaik ‘ dah tentulah Khir Toyo yang menjadi MB Selangor dan ketua UMNO bahagian Tanjong Karang. Selain tu termasuk juga Salamat Dolah dan para rakan-rakan yang sewaktu dengannya. Mereka ni tentu mengharapkan sesuatu akan ‘ jatuh ‘ kepada mereka dengan kedatangan Pak Lah yang akan dinobatkan sebagai PM selepas Oktober nanti ( Itupun kalau jadi ! ). Kalau tidak ada mengharapkan sesuatu, manakan pula Khir Toyo nak berinya-iya benar bawa Pak Lah ke Tanjong Karang bagi kali kedua !. Tahun lalu, Pak Lah juga yang datang merasmikan mesyuarat bahagian di situ.

Bagi rakyat di Tanjong Karang, kalau tak datang dengar ucapan Pak Lah di Dewan Dato’ Hormat nanti pun, mereka dah tahu apa yang hendak dicakapkan oleh Pak Lah . Isi ucapannya mesti punya tak keluar dari ‘ mendodoikan ‘ rakyat di Tanjong Karang dengan projek dan kebaikan UMNO selama ini. Mungkin juga Pak Lah akan cakap apa misi dan visi bila dia memegang jawatan PM yang sebenar nanti. Lepas tu Pak Lah akan puji Khir Toyo sebagai pemimpin Selangor yang terbaik dan menjadi contoh ( Pak Lah mesti tak sebut punya kisah rasuah Khir Toyo yang sudah jadi pekasam busuk dalam fail BPR Selangor sekarang , setelah didedahkan oleh Ahmad Lutfi tahun lalu ). Sebagai penutupnya Pak Lah tidak akan lupa ‘ hentam ‘ PAS sampai penyek dan lenyek cukup-cukup. Terutama Hasan Ali yang menjadi wakil rakyat DUN Sungai Burung sekarang.

Inti pati ucapan Khir Toyo pula yang pertama dia akan sebut perkembangan dan kemajuan UMNO di bawah pimpinannya. Khir Toyo akan kata cawangan bertambah. Bilangannya ahli juga bertambah berbanding masa Pak Lah merasmikan mesyuarat tahun lalu. Dia pun sebut sekian peratus, sekian peratus dan lengkap dengan cara terperinci mengikut cawangan yang ada. Lepas itu dia pun mulalah ‘ membebel ‘ hentam PAS . Bla…bla…. bla sampai Pak Lah hendak tertidur sebab ‘ syok ‘ sangat mendengar dan hatinya juga turut berkata: “ Budak Khir ni memang bagus jadi pengampu aku bila aku jadi PM nanti….. “ Dalam pada itu mesti dia tidak lupa ‘ bodek ‘ cukup-cukup Pak Lah sebagai bakal PM yang mesti disokong dan didokong oleh kanak-kanak, belia dan sampai ke orang tua bongkok yang berada di kawasan Tanjong Karang

Apa yang ingin benar disaksikan oleh perwakilan ( termasuk perwakilan yang hatinya menyampah dengan UMNO ) kemuncak majlis perasmian itu. Mereka nak tenguk siapa yang naik ke pentas kali ini untuk menyerahkan borang UMNO ( Cuma lakonan saja tu ). Mereka juga nak tenguk adakah Haji Mee dari Sungai Haji Dorani yang ‘ menjilat ‘ balik kahak hijau yang diludah kepada UMNO kemudian dia jilat-jilat dan telan semua tu akan naik ke pentas lagi kali ini dengan sebeban borang ahli Keadilan atau PAS yang masuk dalam UMNO cawangannya !. Kalau Haji Mee tak naik pentas kali ni, nampak sangat ‘ pembohong ‘ dan ‘ rugi ‘ dia menjadi ahli UMNO semula. Kalau dia naik lagi menyerahkan borang , lagi nampak dan terang bulan benar kelakunya . Dah sah serta layak benar dia jadi gembala kerbau saja …. Dalam mesyuarat UMNO cawangan akan datang memang patut benar dia diganti dengan ketua yang baru , yang tulin berkarat UMNOnya ( Bukan macam Haji Mee yang cuma jadi ketua cawangan sebagai barangan kitar semula saja ).

Apa hal pun, kepada perwakilan terdiri daripada ahli UMNO yang hatinya menyampah dengan UMNO atau ahli PAS yang dicelup dengan UMNO, datanglah dengar ucapan Pak Lah tuuuuu…. Kepada budak-budak geng motorsikal yang akan berarak nanti, tenguk-tenguk dan test dulu bunyi motorsikal. Supaya tidak mati tengah jalam masa berarak nanti. Kalau minyak tak lalu beli, tak apa, ada peruntukan dan dapat duit RM 10 seorang nanti ( Kan Khir Toyo kita tu banyak duit sampai tak temakan-makan ! ). Baju kemeja T tahun lalu, jangan pakai tau! ( Nanti malu MB kita . Sebab kemeja T yang baru akan diberi. Ehem, adalah yang sponser tu… ).

Dan yang penting sangat kepada ahli Puteri UMNO Tanjong Karang jangan sampai nampak muka tu macam cuka masam bila sambut Pak Lah dan MB kita Khir Toyo. Pakai tudung warna merah jambu tu . ( Jangan pakai yang warna biru laut atau hijau PAS ). Mekap cukup-cukup muka tu supaya nanpak cun lebih. Rambut tu pula biarlah keluar terjuntai meleleh dari tudung kepala. Tak apa rambut keluar, BOLEH semua tuuu….Tenguk Azalina Othman, dia langsung tak pakai tudung kan ! Barulah nampak gagahnya dan barulah sesuai sebagai ketua Puteri UMNO MALAYSIA BOLEH !.

Selamat berlakon kepada semua !.






______________________
Terbitan : 9 April 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com