SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Isnin 14 April 2003 di Jalan Tuanku Abdul Rahman - Hari menentang MahazalimFrom Forum Gerak Reformasi !!!
Anonymous
Nora Mohd Noor Saya amat terkejut dan kesal apabila mendapat tahu bahawa Pemangku Ketua Pemuda Keadilan, Zahid Mat Arif telah membatalkan semua perhimpunan menjelangnya sambutan "Black 14" pada tahun ini. Hanya dua sahaja program yang diteruskan iaitu Majlis Ceramah di Taman Melewar pada 12/4/2004 dan Perhimpunan di Rumah DSAI di Bukit Damansara pada 14/4/2004. Sedangkan perhimpunan untuk menghantar semua lapuran polis yang telah dibuat sebelum ini pada 14/4/2004, seperti yang dijadualkan telah dibatalkan. Saya tidak nampak rasionalnya alasan yang diberikan oleh Pemangku Ketua Pemuda ini untuk membatalkan perhimpunan rakyat ini. Nampaknya anda masih berjuang secara parti lama anda bukan seperti yang diharapkan oleh rakyat marhaen dalam parti Keadilan. Setiap tahun kita telah berusaha untuk mengingatkan rakyat tentang tarikh keramat ini, dan setiap tahun juga kita dapat melihat betapa pihak pemerintah terus menekan dan bertindak sesuka hati terhadap perhimpunan rakyat. Kita akan terus menyuarakan penentangan kita terhadap kezaliman kerajaan dan terus menggajak rakyat untuk meneruskan reformasi walaupun risiko dan rintangan yang menunggu amat besar. Tetapi dengan semangat dan keyakinan bahawa kezaliman akan tumbang dan keadilan akan ditegakkan, kami terus bersama-sama mengharungi arus reformasi walaupun kadang kala kelihatan lesu dan sepi, namun hakikatnya jiwa kami terus berkobar-kobar untuk menyuarakan keadilan yang semakin ditekan dan terhimpit. Kami telah bertekad untuk meneruskan gelombang reformasi ini dengan segala kemampuan yang ada, di dalam apa jua keadaan. Dengan ini saya mengajak dan menyeru serta merayu kepada kawan-kawan seperjuangan supaya tetap turun di hadapan Sogo pada jam 5.00 petang 14/4/2004 sebagai tanda bantahan kita terhadap kezaliman pemerintah dan sebagai tanda sokongan kita terhadap keadilan. Janganlah kita cuba mematikan semangat dan obor reformasi yang telah dinyalakan oleh Dato Sri Anwar Ibrahim. Marilah kita sama-sama berhimpun dan berkumpul secara aman di hadapan Sogo sebagai lambang semangat "kalau takut dengan risiko jangan sebut soal perjuangan". Ramai yang bertanya-tanya kepada saya tentang perhimpunan di hadapan SOGO ini, lantas saya merasakan harus tampil ke hadapan untuk mengajak semua reformis dan mereka yang menyokong gerakan reformasi ini supaya tidak menunjukkan sikap lemah seperti yang ditunjukkan oleh Pemangku Ketua Keadilan. Setelah berminggu-minggu Pemuda Keadilan turun ke setiap negeri, mengingatkan kezaliaman kerajaan barisan nasional, adalah amat malang apabila Zahdi Mat Ariff mengambil langkah sumbang di saat saat akhir dengan cuba mematikan keprihatinan rakyat terhadap kezaliman kerajaan rejim barisan nasional. Apakah anda percaya bahawa dengan 'mengambil hati' pemerintah rejim barisan nasional, Dato Sri Anwar akan diberikan kebebasan oleh rejim zalim itu ?????. Alangkah eloknya kalau anda terus bersama-sama dengan barisan nasional dan membubarkan sahaja parti keadilan kerana saya yakin, tanpa 'ancaman' dari parti Keadilan, rejim barisan nasional akan lebih selesa dan selamat dan tentunya anda dapat hadiah dari mereka dengan pembebasan Dato Sri Anwar Ibrahim. Bagaimana anda mahu menumbangkan barisan nasional, kalau anda masih mahu akur dengan tekanan mereka, walaupun tekan itu bertentangan dengan Perlembagaan Negara yang membenarkan perhimpunan rakyat secara aman ? Apakah anda merasakan perhimpunan ini sebagai satu keganasan? makanya Sdr Ezam yang mengetuai 'Black 14' sebelum ini merupakan "penganas"? Apakah anda secara tidak langsung telah membenarkan tuduhan rejim barisan nasioanl terhadap tahanan ISA yang sedang 'berehat' sekarang ???? Di manakah sumpah pemuda yang dilaung-laungkan selama ini. Alangkah malangnya apabila anda sendiri cuba memadamkan api reformasi yang menjadikan 'Black 14' sebagai tarikh keramatnya. Akhirnya saya terus menyeru semua reformis dan penyokong gerakan ini agar turun beramai-ramai di hadapan SOGO sambil 'membeli-belah' di SOGO dan Pertama sebelum kita beramai-ramai berkonvoi ke rumah Kak Wan pada malamnya.
Nora bte Mohd Noor
Diterbitkan oleh : |