Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

YB Mat Yasir mungkin terpelanting keluar ?

Kalau mengikut kata-kata ramalan kebanyakan ahli UMNO Sabak Bernam, Cikgu Mat Yasir Ehsan yang sekarang ini menjadi wakil rakyat UMNO bagi DUN Sungai Air Tawar besar kemungkinan akan ' terpelanting keluar ' dari senarai calon dalam pilihanraya akan datang atas alasan dia ' tidak tulin ' dengan parti UMNO, hingga boleh tertegur sapa dengan penyokong dan kebanyakan pemimpin PAS !. Dikatakan juga Cikgu Mat Yasir mempunyai ' suara ' di mesyuarat Dewan Undangan Negeri macam suara yang dikeluarkan oleh wakil-wakil rakyat pembangkang.

Kalau dalam kawasannya Cikgu Mat Yasir juga dikatakan tidak mendapat sokongan padu dari ketua-ketua kampung yang taat dan setia kepada Ketua UMNO Bahagian, Dato' Haji Zainal Dahalan. Ramai kalangan ketua kampung yang hanya pura-pura memberi sokongan ketika di hadapan, tetapi membuat berbagai komen apabila berada di belakang. Untuk menggantikan tempatnya nanti, dikatakan sudah ada ' calon ' yang lebih baik dari Cikgu Mat Yasir dan diketahui akan memberikan sokongan 100% kepada UMNO dalam bentuk ' dulu, kini dan selamanya '.

Nampaknya begitulah budaya dalam UMNO , sebuah parti yang semakin terhakis sokongan rakyat kepadanya ketika ini. Siapa sahaja yang tidak menunjukkan ketaatan dan sokongan tidak berbelah bagi, dia akan disingkirkan . Mereka secara rahsia dan dalam kelompok tertentu akan cuba menjatuhkan seseorang yang tidak 'sebulu 'dengan apa cara sekalipun !.

Sejarah UMNO Sabak Bernam membuat ' cantasan ' demikian bukanlah kali pertama dan terakhir. Malah ramai pemimpin kuat UMNO peringkat bahagian yang ' tersungkur dan terkubur ' pada masa lalu akibat tindakan kumpulan-kumpulan rahsia tertentu. Lihat sahaja apa jadi kepada penghulu Sungai Air Tawar, Encik Saian yang menentang Dato' Haji Zainal Dahalan suatu ketika dulu. Di manakah Encik Saian berada sekarang ? Dia terpelanting keluar dari daerah Sabak Bernam dan ' nasib ' politiknya juga turut terpelanting.

Seorang lagi pemimpin kuat pemuda UMNO bahagian Sabak Bernam yang hampir-hampir dinobatkan jadi calon wakil rakyat bagi DUN Sungai Besar suatu ketika dulu , Encik Sapian Kasim di mana dia sekarang ? Hilang entah ke mana !.. Hingga orang-orang UMNO sendiri pun tak tahu di mana dia berada sekarang !. Encik Sapian yang juga seorang kontraktor muda berjaya ketika itu bukan sahaja terpelanting dan kempunan jadi wakil rakyat kerana ' dipadam ' oleh Dato'Ramli Norani, yang tewas dengan calon PAS, Ustaz Solehen Mohyi di DUN Sungai Besar pada pilihanraya 1999 lalu, malah kerjayanya dalam bidang kontraktor turut musnah !.

Kalau nak tahu lebih mendalam lagi politik cantas dan ' bunuh ' dalam politik kalangan orang UMNO, cuba tanya kepada pemimpin UMNO veteran tentang seorang penyelia KEMAS, Haji Idris yang 'sanggup' bertanding menjadi calon pembangkang menentang calon dari parti UMNO sendiri di DUN Sabak…..

Begitulah hebatnya perasaan dengki dan dendam kebanyakan pemimpin UMNO Sabak Bernam. Kalau tak kuat ' regu ' alamatlah tak lama hidup dalam politik. Silap-silap gaya ' melilau ' tak tentu pasal. Jumpa orang UMNO mereka tak tegur, jumpa orang PAS mereka tak senyum !.

Oleh kerana itu kepada penyokong dan pendokong UMNO yang amat tekun memberi sokongan diperingkat akar umbi, elok diperingatkan supaya mereka ' berhenti ' dari memberikan sokongan kepada UMNO dan pemimpin-pemimpinnya awal-awal lagi. Lebih baik berjuang dan memberikan sokongan kepada parti BA. Dalam parti BA tidak ada politik macam itu. Kalau dalam parti PAS umpamanya, untuk jadi jawatankuasa cawangan pun ramai yang tak mahu !. Bukan kerana parti PAS tidak ada masa depan dan peluang menang, tetapi dalam PAS siapa yang memegang jawatan, bermakna memikul amanah parti !. Berbeza dengan parti UMNO , siapa yang ada jawatan bermakna dia ada harapan untuk ' memikul harta ' !.

Sebelum dicantas eloklah mengelak dulu !.

Raja Pantai Landu






______________________
Terbitan : 2 April 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com