SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Salute mas kat melayu Kelantan .....by mastura mas rasa melayu di pantai barat terutama yang tinggal di negeri mas dan juga negeri2 melayu di selatan semenanjung perlu memperlajari sesuatu dari sifat melayu kelantan. Mereka walaupun dikatakan diabaikan oleh pihak kerajaan pusat dalam hal2 pembangunan, namun daripada apa yang mas observe, didapati melayu kelantan ini mempunyai banyak kelebihan. Bukan ingin memuji, jauh sekali membodek. Yang jenis memuji dan membodek bagai nak rak ini adalah jenis jkkk dan kemas. Ini kenyataan. Mas salute melayu kelantan sebab mereka begitu berjaya dalam bidang ekonomi. Daripada yang serendah2 sehinggalah kepada koperat besar bertaraf antarabangsa tanpa melalui political patronage sebagaimana koperat2 melayu di pantai barat. Bagi perniagan yang sekecil2, seperti berniaga makanan, dan barangan runcit, kalau ke kelantan, rata2nya adalah dikuasai oleh melayu. Ya ! melayu di negeri ini adalah majoriti, namun apa beza dengan pahang, johor, negeri sembilan, selangor, kedah ? sebelum kedatangan bangsa asing, melayulah yang menguasai segalanya. Namun lihat sekarang ini, apa sudah jadi ? Ya ... daripada menjual nasi kerabu, berlauk, dagang, kuih muih yang pelik2, kesemuanya melayu. Kalau diobserve lagi, ianya menampakkan kekreativiti dan kemahiran rakyat kelantan di dalam menguasai bidang perniagaan yang bertaraf rendah ini (lower order goods). Kalau nak dibandingkan dengan melayu negeri mas dan negeri2 lain di selatan, setakat nasi lemak dan karipap jelah sarapan paginya. Itupun nasi lemak yang rasanya tidak lagi lemak tetapi rasa halia yang lebih ! Itu perniagaan bertaraf rendah. Yang bertaraf sederhana seperti pasaraya, pasar borong, kedai emas, tokeh beras, gula dan sebagainya, juga dikuasai oleh melayu kelantan. Konsep pasaraya runcit harga borong, banyak terdapat di seluruh kelantan yang dikuasai oleh melayu kelantan, sehinggakan pasaraya bangsa lain tidak begitu mengancam. Tidak seperti di tempat kelahiran mas, rata2nya adalah dikuasai oleh bangsa asing, sekalipun dikelilingi oleh majoriti melayu. Contohnya seperti di shah alam, selayang, ampang jaya, cheras, bangi dan lain2nya. Kesemua pasaraya dikuasai sepenuhnya oleh bangsa asing. Kenapa .... ???? ini orang melayu di pantai barat harus tahu !!!! Polisi yang digubal selama ini lebih menutup peluang melayu untuk berkembang berbanding bangsa asing. Inilah hakikatnya ...... Begitu juga dengan pam minyak, kedai hardware, import ikan dari thailand dan seumpamanya, kesemuanya dikuasai oleh orang melayu. Ini sesungguhnya tidak terdapat di kalangan melayu di pantai barat terutama di selangor, n.sembilan, melaka, pahang, perak atau johor. Sekali lagi soalan muncul, mengapa .... ????? sebabnya kalangan melayu di pantai barat ini sekadar ingin berpolitik untuk kekalkan kuasa tetapi tiada agenda pun untuk memajukan bangsa melainkan sekadar untuk majukan anak-pinak dan kaum kerabat sahaja. Sebab itu, perniagaan yang besar2 dikuasai oleh kaum kerabat sahaja, terutama yang dekat dengan parti pemerintah ! orang melayu kebanyakan .... ???? terus melopong dan berharap sepertimana janji2 sejak dulu, kini dan selamanya ..... Mungkin ramai kalangan pendokong parti pemerintah akan marah dengan tulisan mas ini, namun inilah pemerhatian mas. Yang marah itu mungkin tak pernah melihat akan nasib bangsa mereka, tetapi sekadar ingin pertahankan dokongan mereka tanpa mengetahui apakah yang dipertahankan mereka !!!! salam dari mas.
Diterbitkan oleh : |