SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Ketua Cawangan Baru Umno Kena Main.Sekarang barulah beberapa orang ketua cawangan Umno yang baru ditubuhkan sedar nasib dan diri masing-masing, kerana mereka sudah ‘ kena main ‘ oleh beberapa orang pemimpin Umno Tanjong Karang, macam Dato’ Shukor Sirat. Apa tidaknya, semasa hendak menubuhkan cawangan baru Umno dulu merekalah bertungkus lumus mengecek dan melenyek jiran-jiran sekitar serta ipar duai supaya jadi ahli Umno. Masa itu merekapun berlagaklah ‘ aku orang besar ‘ sebab jadi ketua cawangan Umno !. Tiba-tiba bila diadakan mesyuarat agung cawangan baru-baru ini , nama mereka gugur dan naik pula nama yang lain menjadi ketua cawangan . Kena mainlah tu !….. Sekarang ini melopong dan menggigit jarilah Haji Nor Taslim yang dulu jadi ketua cawangan Umno baru di Pekan Selasa Sungai Haji Dorani, kerana jawatan ketua cawangan yang seperti ‘ dipinjamkan sementara ‘ dulu sudahpun diambil oleh seorang pemimpin Umno bahagian Tanjong Karang iaitu Dato’ Shukor Sirat !. Isterinya yang jadi ketua wanita pun turut hanyut dan sekarang disandang orang lain pula. Seorang lagi yang sedang menggigit jari dan terlepas tuah ialah Haji Sapuan yang jadi ketua cawangan baru Umno di kampung Tebok Marso. Mengikut cerita, dia pun sebuk berkempen pada jiran-jiran supaya mendaftar jadi ahli Umno dan dia boleh menjadi ketua cawangannya. Maka kononnya beberapa orang ahli Umno yang sudah jadi ahli PAS, berjaya dipujuk dan ‘ menjilat ‘ balik Umno yang sudah diludahkan dulu. Orang-orang kampung Tebuk Marso pun berjaya menubuhkan cawangan baru Umno kerana ramai termakan janji-janji manis dan diberikan peruntukan khemah serta kerusi meja untuk kenduri kendara selain sebuah balairaya baru oleh Khir Toyo. Tambahan pula mereka sangkakan kalau Haji Sapuan yang jadi ketua cawangan Umno di situ, bolehlah nanti diharap amanahnya. Sebab dia orang kuat kampung Tebuk Marso dan jadi ‘ tekung’ surau serta tahlil kenduri arwah. Tiba-tiba bila diadakan mesyuarat agung cawangan, Penghulu Haji Zainuri yang memang berasal dari kampung itu tetapi sekarang menetap di luar, dipilih pula jadi ketua cawangan !. Haji Sapuan sekarang tinggal ‘ merungut ‘ sendirian dan gigit jari saja !…… Cukuplah dua peristiwa di atas dipaparkan untuk renungan dan menungan ahli-ahli , penyokong dan pengampu Umno dalam bahagian Tanjong Karang. Sebenarnya, dari sejak dulu , kini dan selamanya begitulah perangai dan budaya pemimpin Umno. Tambah pula zaman Khir Toyo sekarang, lagilah dahsyat !. Mereka suka berkomplot dan ada perancangan jatuh menjatuh seseorang. Mereka sanggup gunakan orang yang tidak matang politik untuk jadi ‘tangga ‘ mereka supaya naik jadi pemimpin. Bila mereka sudah berada di atas, tangga itupun mereka tinggalkan. Padan muka !. Kalau dari peristiwa-peristiwa ini ahli dan penyokong Umno tidak juga mahu mengambil iktibar dan pengajaran, tak taulah apa hendak dicakapkan lagi….. Sebenarnya sudah ramai orang yang terkena ‘permainan’ pemimpin Umno Tanjong Karang. Ramai juga sudah bertindak menarik sokongan kepada Umno dan sebaliknya mereka menyertai parti BA sekarang. Tapi, kalaulah saki baki ahli Umno yang masih leka dengan kepentingan masing-masing sekarang tidak juga mahu beringat dan memberikan lambaian SELAMAT TINGGAL UMNO, tunggulah satu masa nanti giliran anda pula akan kena main !!!. Kalau hanya diberikan peruntukan untuk membuat padang sepak takraw ( macam ditepi rumah Haji Nor yang tersingkir jadi ketua cawangan sekarang ) dan khemah kenduri serta balairaya baru macam cawangan Haji Sapuan di Tebuk Marso, sudah rela menggadaikan prinsip diri, nampak sangatlah ramai ahli-ahli dan pemimpin kecil peringkat cawangan Umno di Tanjong Karang masih ‘ mentah ‘ dan terkebelakang. Macam tahun-tahun 60 an dan 70 an dulu. Masa tahun-tahun begitu orang gelarkan mereka sebagai ‘ politik tanah merah ‘ saja. Maksudnya, kalau jadi ahli Umno boleh dapat jalan tanah merah. Lepas itu, kalau jalan berlobang ke, lecah balik ke, semua awak punya pasal !. Bila hendak pilihanraya, mereka datang lagi dan minta sokong Umno dengan janji akan dapat jalan tanah merah ….. Sedarlah wahai sanak saudaraku yang tinggal di kampung oooi ! NAK DESA DI KOTA
Diterbitkan oleh : |