SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Pengaruh Hassan AliHassan Ali kini menjadi sasaran umno Selangor kerana projek Kompas beliau. Para pemfitnah mereka cerita seperti skrip berikut: "Hassan Ali kini pening kepala kerana setiap malam Kompas akan menghantui tiduran beliau. Mengapa tidak? Berapa banyak sudah duit rakyat miskin akan lesap dan lenyap begitu sahaja. Betapa tidak impian rakyat termiskin yang mengimpikan sebuah bangunan tinggi untuk PAS akan hilang bersama Hassan Ali selepas pilihan raya 2003/2004. Hassan Ali akan menamatkan kerier politiknya di Selangor pada tahun 2003/2004. Kompas juga akan turut menyertai Hassan Ali. Hanya beberapa batang tiang yang terpacak dan berlumut itu akan menjadi tugu ingatan akan niat dan cita-cita PAS. Mengapa ini harus terjadi??? Kompas diilhamkan setelah penyokong PAS disogokkan dengan ucapan Hassan Ali dalam setiap ceramah beliau dan penyokong PAS disogokkan dengan sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu. Kerana terlalu taksub dan percaya akan pemimpin, mereka menyokong secara membabi buta tanpa usul dan selidik akan relevannya pembangunan ini. Siapa Hassan Ali??Beliau hanya lah seorang motivator yang pakar dalam percakapan dan dibesarkan oleh kejayaan kerajaan BN, Bukannya seorang arkitek atau perancang yang bijak. Kepakaran beliau hanyalah bercakap dan hasilnya juga tentulah cakap-cakap kosong saja. Hari ini bangunan itu sudah pasti menjadi kegagalan. Kegagalan ini memalukan Parti PAS. Kalau bangunan Kompas sebijipun mereka gagal untuk mendirikan nya , bagaiamana mereka mahu merancang untuk membangunkan negara. Tempat yang tidak strategik, perancangan yang lemah. Jelas ini membuktikan bahawa Hassan Ali hanyalah Tin Kosong." Hassan Ali, kalau nakkan kekayaan lebih baik dia masuk umno. Dah elok boleh muncul dalam program TV kerajaan alih-alih sokong PAS. kalau intelektual macam beliau boleh masuk PAS yang tak menjanjikan apa-apa kekayaan mata benda mesti ada sebab-sebab yang kukuh dia tidak mahukan umno. pikir..... Masuk PAS dahlah tak menjanjikan kesenangan, mengurangkan kekayaan dia adalah. Apa untung dia boleh dapat dengan PAS. PAS parti miskin. Kalau stay dengan sokongan terhadap kerajaan masih ada harapan untuk dipanggil untuk program-program TV, radio, majlis-majlis kerajaan seperti sebelum dia masuk PAS. bagi aku kalau nak kaya baik sokong umno, atau kalau sokong PAS sekalipun buat ler senyap-senyap supaya tak kena ban. tengok realitinya. Tetapi kenapa Hassan sengaja cari masalah, apa dia dapat masuk PAS. kalau masuk umno senang-senang boleh terlibat dengan program-program anjuran kerajaan, duit senang masuk. Dalam banyak-banyak penceramah PAS aku suka Hassan Ali sebab dia tak guna bahasa kesat macam Mat sabu. Tak sumer yang datang dari umno tu baik dan tak sumer yang datang dari PAS tu baik. Judgement seboleh-bolehnya jangan guna perasaan kepartian. Guna emosi kepartian akibatnyer pemikiran jadi kelabu. Yang pastinya, lepas dia declare masuk PAS, semua projek dengan Jabatan kerajaan yang dia dapat selama ni lenyap. Padahal selama ni tak pernah miss, tiap bulan diaorang hantar group untuk Team Building dan sebagainya. Ada sesetengah company & bank pun terpaksa buat keputusan yang sama akibat tekanan... Tidaklah diketahui mengapa Hassan Ali dalam senarai yang ditakuti peranannya oleh umno di dalam PAS. Apakah imejnya yang membawa imej golongan profesional lalu mengadunkan dengan imej islamik(yang takde dalam umno)...hingga satu hari nanti perang saraf umno yang saban lama menjadikan imej lebai/kolot/jumud pada PAS akan tidak relevan membuatkan beliau diperangi?. Melihatkan betapa ramainya profesional yang bersama PAS/BA kini sememangnya menakutkan umno dan aku percaya walau ditekan juga terhadap golongan ini...mereka tak mungkin akan bersama umno. Samada sokongan akan dinyatakan secara nyata atau sembunyi mereka akan menyimpan niat yang sama bagi menjatuhkan umno melainkan yang tak rasa islam boleh mentadbir.
Diterbitkan oleh : |