Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

SAYONARA UMNO KAMPUNG TOK PANJANG

UMNO KAMPUNG TOK PANJANG KETINGGALAN ZAMAN

Mesyuarat agung kali keempat UMNO cawangan yang berlansung pada 23 march lalu membuktikan UMNO kini ketandusan ahli. Kehadiran Mohd Saad Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh sekadar meraih simpati dari penduduk kampung dengan menjanjikan bermacam peruntukan kepada orang kampung.Kertas minit mesyuarat yang diedarkan kepada ahli pada hari itu membuktikan UMNO sudak ketinggalan jauh beribu kilometer di belakang.UMNO bukan lagi layak untuk dibandingkan dengan PAS cawangan malah kalau hendak dibandingkan dengan kongsi gelap pun tidak layak.Muka depan minit mesyuarat mengunakan kertas minit mesyuarat yang sudah berapa kali digunakan.Hanya tarikh sahaja diubah dengan mengunnakan pemadam air dan ditulis semula menggunakan pen.Pada muka pertama pula surat jemputan juga dipadam tarikh , rujukan , tahun dan tempat mesyuarat.

Surat jemputan ini juga diambil dari cawangan yang lain dan diubah suai semula menjadi surat rasmi UMNO Kampung Tok Panjang. Surat yang ditandatangan oleh setiausaha yang juga anak kepada ketua cawangan becampur tulisan komputer dan mesin taip. Saya tak pasti samaada setiausaha UMNO bahagian malu atau tidak kerana UMNO masih mempunyai setiausahan yang hanya pandai menyalin dari surat khabar lama untuk dijadikan surat panggilan mesyuarat kerana surat tersebut di sk kan kepada beliau.Tapi saya penuh keyakinan setiausaha UMNO bahagian sudah pasti merasa gembira kerana walaupun setiausaha UMNO cawangan buta IT tetapi masih ada juga saki baki yang mahu bekerja untuk UMNO.

UMNO KAMPUNG TOK PANJANG KETANDUSAN PEMIMPIN

Saya tak berhasrat untuk menyenaraikan nama satu persatu AJK UMNO cawangan tetapi cukuplah kalau dinyatakan separuh dari AJK UMNO cawangan adalah anak beranak kepada ketua UMNO cawangan. Ini terdiri dari 3 orang anak beliau , 2 adik dan seorang isteri beliau.Tak termasuk saudara saudara dan jiran disebelah rumah beliau.Organisasi tanpa Ketua Pemuda dan wanita menunjukan setiausaha bukan saja buta IT malam buta pada perlembagaan UMNO itu sendiri. Dari 24 orang AJK termasuk pengerusi tetap dan pemeriksa kira kira tak ada seorang pun mempunyai kelulusan akedemik melebihi SRP.

KETUA UMNO KG TOK PANJANG SILAP BESAR

Ucapan ketua cawangan dalam minit mesyuarat tersebut antara lain menyeru agar semua ahli UMNO yang lari meninggalkan UMNO kerana kes Dato’ Seri Anwar agar kembali bersama UMNO adalah satu kenyataan yang tersilap besar.PAS cawangan kampung Tok Panjang ditubuhkan sebelum terjadi peristiwa Dato’Seri Anwar. Kehadiran begitu ramai ahli UMNO kedalam PAS adalah atas dasar kesedaran yang mereka selama ini ditipu dengan berbagai janji oleh pemimpin UMNO.Gerak kerja pemuda PAS pada waktu sebelum tertubuhnya PAS cawangan dengan memberi kuliah dan ceramah juga antara factor ahli UMNO sedar bahawa UMNO tidak bersungguh untuk mendaulatkan islam di Malaysia ini.Kenyataan beliau bahawa masih banyak lagi agenda kepada orang melayu belum dibaiki dan dipebetulkan adalah membuktikan yang tidak ada satu saja yang UMNO berikan untuk penduduk Kampung tok Panjang selama ini.

UMNO KAMPUNG TOK PANJANG HIDUP SEGAN MATI PUN SEGAN

Laporan aktiviti pada muka surat 9 dalam minit mesyuarat tersebut membuktikan bahawa UMNO Kampung Tok Panjang hanya menuggu talkin dibacakan. Mesyuarat AJK yang hanya dua kali diadakan setahun setakat membincangkan kawasan persempanan semula.Yang peliknya Kampung Tok Panjang yang berada di Parlimen Bukit Mertajam tetapi UMNO cawangan kampung Tok Panjang berdaftar kepada UMNO Bahagian Permatang Pauh malah menurut laporan tersebut UMNO Kampung Tok Panjang tidak terlibat dalam persempanan semula tersebut.

Saya mencadangkan kepada UMNO Kampung Tok Panjang supaya menwujudkan kumpulan lawak jenaka yang setanding dengan SENARIO kerana kehebatan mereka berlawak pada orang kampung selama ini.Tidak ada satu program atau aktiviti pun yang dianjurkan oleh UMNO cawangan melainkan menumpang program orang lain.Bagi kita perkara ini bukanlah satu perkara yang menghairankan kerana kita amat faham dan bersimpati kepada UMNO yang selama ini tidak ada tenaga pemikir yang mampu untuk merancang aktiviti untuk UMNO. Maklumlah AJK paling kuat pun lulus SRP Gred S saja.

UMNO KAMPUNG TOK PANJANG MISKIN

Laporan kewangan pada muka surat 11 yang menggunakan pemaris dan pensel menguatkan lagi hujah bahawa UMNO Kampung Tok Panjang sudah boleh menempah batu nesan untuk kematiannya selepas pilihan raya ini. UMNO Kampung Tok Panjang bukan saja tidak tahu menggunakan kesempatan untuk meraut kemewahan yang ada pada UMNO Bahagian malah untuk mencari sumber sendiri pun UMNO Kampung Tok Panjang tak mampu.Ahli UMNO sepatutnya bertanya kemana perginya wang sebelum 1 january 2002.

Kalau perlu kita boleh membantu untuk menunjukan bukti berapa banyak wang peruntukan untuk pilihan raya yang diberikan kepada UMNO cawangan.Bukan itu saja malah kita mempunyai bukti bagaimana wang khairat kematian sebanyak RM 2,500.00 di gunakan tanpa ada sebarang laporan tahunan.Mengapakan dalam laporan kewangan hanya menyatakan dua perkara iaitu (1) terima dari bendahari Bahagian sebanyak RM 100.00 dan (2) kutipan yuran ahli sebanyak RM27.50. Kemana perginya baki pada tahun 2001????

PEMUDA KAMPUNG TOK PANJANG TOLAK UMNO

Entah siapa ketua UMNO untuk sessi 2002 ini tidak pula dinyatakan.Telahan yang amat mudah ialah orang muda kini sudah terlalu jauh dengan UMNO.UMNO kini sudah tidak punyai pelapis untuk meneruskan agenda penipuan kepada orang kampung lagi.Orang muda sekarang sudah celik akalnya dan tidak boleh disogok dengan janji janji itu dan ini.Mereka sudah dapat menilai yang mana Intan dan yang mana taik ayam pandu. UMNO jangan mengharapkan lagi saluran 1 dan 2 untuk menang pilihanraya 2008 nanti kerana ketika itu saluran tersebut sudah digantikan dengan pemuda yang bijaksana mahupun bijaksini.Pemuda PAS Kampung Tok Panjang sedia menanti pilihan raya nanti untuk terus meranapkan UMNO Kampung Tok panjang dari persada tanah air ini.

JURULATIH BOLASEPAK UMNO HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG SORONG

Kehadiran seorang ahli UMNO yang dulunya ketua pemuda UMNO menawarkan diri untuk menjadi jurulatih kepada pasukan bolasepak bawah 15 turut di tolak oleh pasukan bolasepak tersebut. Imej UMNO terus lagi terjunam kedalam lubang singki apabila murid sekolah pun sudah meluat dengan sandiwara UMNO ini. Keberanian Ketua Pemuda PAS Kampung Tok Panjang yang terus menghalau beliau keluar dari padang PAS tersebut membuat beliau merasa malu kerana menyedari kehadiran dan kesudian beliau untuk menjadi jurulatih di padang PAS bukan saja ditertawakan oleh budak sekolah malah ianya menjadi bahan sindiran pasukan bolasepak bawah umur itu.Kita mencadangkan kepada beliau kalau masih beminat untuk menjadi jurulatih masih banyak lembu dan bewak untuk dilatih.Kalau tidak pun latihlah diri menutup aurat dulu sebelum bersukan kerana pemuda dan pelajar sekolah dikampung Tok Panjang geli melihat bulu kaki saudara.

KETUA UMNO KAMPUNG TOK PANJANG JOM MASUK PAS

Kita menyeru kepada ketua UMNO Kampung Tok Panjang untuk bersama sama PAS. Tidak ada guna lagi bersama UMNO kalau ada ahli UMNO yang masih berhasad dengki kepada beliau.Bukan kita tak tahu usaha seseorang untuk menjatuhkan beliau.Kita juga buka tak tahu bagaimana usaha beliau untuk memujuk Ketua Cawangan keADILan agar kembali kepangkuan UMNO tapi gagal.Mengapa perlu untuk bersusah payah untuk UMNO kalau jasa beliau selama ini bukan saja tidak dikenang oleh orang UMNO malah menjadi cacian orang orang UMNO yang sakit hati pada beliau.Datanglah bersama perjuangan yang tak pernah sia sia ini.

Marilah kita tunjukan bukti bagaimana usaha mahu menjatuhkan beliau oleh orang UMNO sendiri.Dengarlah sendiri rakaman yang dirakam oleh orang UMNO sendiri bagaimana beliau dicaci dan dikutuk di kedai kopi.Apa lagi yang ada dalam UMNO kalau masih menggunakan mesin taip untuk menaip surat.Datanglah bersama PAS kerana kami sentiasa meraikan tak kira siapa saja yang berada dalam perjuangan ini.Tunggu apa lagi jommmmm masuk PAS.

Rosly Bin Yusof
Setiausaha PAS
Cawangan Kampung Tok Panjang
Kawasan Bukit Mertajam






______________________
Terbitan : 26 April 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com