SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Ringkasan Terjemahan “Mukhtasar Kitab Al Albani”
بسم الله
الرحمن
الرحيم
BIODATA AL-MUHADDITH AL-KABIR
ABU ABDUL RAHMAN MUHAMMAD NASIRUDDIN BIN NUH NAJAATI AL-ARNAOUT AL-ALBANI (1914
-)
Ringkasan Terjemahan “Mukhtasar Kitab Al Albani”, Mohammad bin Ibrahim AsSyaibani,Kuwait 1998. (Dengan sedikit pengubahsuaian) Latarbelakang dan Kesungguhannya Dalam Menuntut Ilmu Nasiruddin telah dilahirkan di bandar Asyquderah,ibukota Albania pada tahun 1914 dalam keluarga miskin yang wara’ dan sangat menekankan budaya ilmu. Ini kerana bapa beliau, Hj Noh Najati AlAlbani merupakan graduan Kolej Guaman yang pada masa itu terletak di ibukota Daulah Uthmaniyyah, AlAstanah (sekarang Istanbul).Hj Noh kemudiannya pulang dan mengajar masyarakat , sehingga muncul sebagai tempat rujukan utama mereka. Dalam pada itu, setelah pemerintahan Albania dikuasai
oleh Ahmad Zughu , negara itu telah banyak terpengaruh dengan dasar-dasar Barat
yang telah diamalkan secara menyeluruh, khususnya dalam bidang sosial.Ini
sebenarnya telah menghakis nilai-nilai murni sosial Islam yang telah sebati
dengan sistem sosial Albania pada masa itu. Rentetan daripada itulah, ramai penduduk Islam Albania
telah memilih untuk berpindah ke tempat lain, termasuklah Hj Noh demi
menyelamatkan masa depan anak-anaknya. Beliau telah memilih bandar Damsyik sebagai
destinasinya yang baru, setelah pernah singgah di situ dalam perjalanannya
menunaikan haji. Apatah lagi tempat itu mempunyai banyak kelebihan sebagaimana
yang tersebut dalam hadis Nabi (SAW). PENDIDIKAN AWAL Nasiruddin memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Rendah
Al-Isa'af Al-Khairiyyah yang terletak berhampiran bangunan tinggalan Istana
Besar yang terkenal di Hayyu AlBazuriyah, Damsyik. Namun, apabila beliau
berjaya menghabiskan pendidikan rendahnya di situ, rusuhan terhadap penjajahan
Perancis telah berlaku dengan hebat sehingga sekolah itu akhirnya terbakar
dalam rusuhan itu. Oleh sebab itu, beliau telah berpindah ke sekolah baru
berhampiran pasar Sarujah dan di situlah akhirnya beliau berjaya menamatkan
pendidikannya. Namun begitu, beliau tidak meneruskan pendidikannya ke
peringkat yang lebih tinggi atas nasihat bapanya yang tidak begitu senang
dengan dasar pendidikan kerajaan pada masa itu. Sebaliknya beliau telah
mengikuti program pendidikan yang disusun
oleh bapanya yang menekankan pendidikan AlQuran, tajwid ,Sorof, dan feqh
Hanafi. Beliau juga telah mempelajari ilmu-ilmu Agama dan B.Arab
daripada ulama’-ulama’ yang terkenal pada masa itu, seperti sahabat bapanya,
Sheikh Said AlBurhani yang telah mengajarnya kitab "Maraqil Falaah"
di samping kitab-kitab lain dalam ilmu
Balaghah. Beliau juga telah berjaya memperolehi ijazah dalam
pengajian hadisnya bersama Sheikh
Raghib AtTabbakh ,ulama’ Halab yang diperkenalkan kepadanya oleh Ustaz Mohamad
AlMubarak. Sheikh Raghib AtTabbakh kemudiannya telah memberikan ijazah
kepadanya berdasarkan kecemerlangannya dalam ilmu hadis. MULA MENDALAMI ILMU HADIS Beliau telah mula tertarik untuk mendalami ilmu hadis
sewaktu berusia lebih kurang 20 tahun setelah mendapati dirinya terpengaruh
dengan paparan-paparan Sheikh Mohd
Rashid Redha dalam majalah Al Manar. Hal ini disebutkan oleh Sheikh Mohamad
AlMajzub dalam kitabnya "Ulamak Wa Mufakkirun" bahawa Nasiruddin mengakui terpengaruh
dengan Syed Rashid Redha untuk mendalami bidang hadis. Sebelumnya, minat Nasiruddin
tertumpu kepada kisah-kisah klasik Arab, kisah-kisah terjemahan penyiasatan dan
bidang sejarah. Paparan Sheikh Mohd
Rashid Redha itu sebenarnya berkisar ulasan ringkas kitab Al Ihya’ karangan Imam AlGhazali, tetapi Nasiruddin telah
tergerak untuk mendalami isi kitab
tersebut.Beliau, kemudiannya telah berjaya mengemaskinikan sumber-sumber hadis
Al Ihya’ yang telah diusahakan oleh AlHafiz Al Iraqi dalam usia semuda itu.
Walaupun masih terdapat banyak kelemahan dalam usahanya itu, jalan di hadapannya
telah terbuka luas untuk usaha-usaha seterusnya. Sesungguhnya kejayaan seperti ini telah disifatkan oleh
Nasiruddin sebagai hasil daripada 2
peristiwa penting dalam hidupnya : 1. Penghijrahan
bapanya ke Syam yang membolehkannya
mempelajari Bahasa Arab untuk mendalami Al Quran dan Hadis. 2. Peluangnya
mempelajari kerja-kerja membaiki jam daripada bapanya yang kemudiannya telah
menjadi sumber rezeki utamanya. Oleh kerana Nasiruddin turut bekerja membaiki jam , beliau telah membahagikan masa hariannya untuk menuntut ilmu dan bekerja pada masa yang sama. Sepanjang tempoh itu, beliau telah menuntut ilmu, mengarang dan mengkaji buku-buku hadis, khususnya manuskrip-manuskrip asal di Maktabah Azzahiriah secara berterusan. Dalam hal ini, beliau menyebut bahawa sekitar 6-8 jam masanya telah ditumpukan untuk kegiatan ini setiap hari. Namun begitu, beliau masih mampu mengimami solat di maktabah itu setiapkali azan berkumandang. Setelah
bertungkus-lumus, beliau berjaya menghasilkan hasil pertama beliau, iaitu salinan kitab "Al-Mughni A'n Hamlil
Asfaar" karangan Hafiz AlIraqi
dan ulasan terhadap isinya. Kitab ini
adalah penyusunan sumber hadis kitab Al Ihya’ karangan Imam AlGhazali. Apa yang
menarik dalam usaha ini ialah kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh beliau
dalam usia semuda itu, di samping ketelitiannya dalam penyusunan hasil
berkenaan selain daripada kecantikan tulisannya. Maka tidak hairanlah usaha ini
sebenarnya telah menambahkan semangat dan minatnya untuk mendalami ilmu hadis
secara lebih serius. Ini jelas apabila selepas itu beliau sanggup menghabiskan
sehingga 12 jam di Maktabah Azzahiriah untuk mengkaji bidang itu,dan terpaksa
pula mengalas perut dengan sedikit makanan sahaja demi cintanya terhadap ilmu.
Keadaan inilah juga yang berlaku kepada ulama’-ulama’ hadis lain seperti Ibn
AlJauzi yang cuma mengalas perut dengan roti kering. Bahkan Nasiruddin telah
menjadi tumpuan pengunjung maktabah itu dek kesungguhan dan ketekunannya yang
sebegitu tinggi. Malah, mereka sering mengajukan masalah-masalah kepadanya, dan
beliau melayan soalan-soalan itu tanpa mengangkat wajahnya daripada buku yang dibacanya, sehingga
disebutkan bahawa ‘satu matanya pada
buku, dan satu lagi pada yang bertanya’. Hasilnya, beliau telah mengemaskini
sumber hadis Al Buyu’ (jual beli) dalam Ensiklopedia Feqah Islam di samping
karangan-karangan yang lain. Sesungguhnya usaha ini merupakan satu kesungguhan
dan pengorbanan yang sangat besar dalam bidang
Hadis . Berdakwah di jalan Allah Sesungguhnya kajian hadis Rasulullah (SAW) yang dijalankan
oleh Nasiruddin telah memberi pengaruh yang besar dalam hidupnya. Beliau telah
akhirnya terarah untuk bukan sahaja mencari ilmu AlQuran dan Hadis, tetapi juga
tentang imam-imam salafussoleh tanpa perasaan taassub terhadap mana-mana dasar
yang dibawa oleh setiap mereka.. Bertitik tolak dari sini, beliau mula
mendapati dirinya menyalahi apa yang telah dipelajarinya tentang mazhab Hanafi
. Pada masa yang sama, pendapat bapanya banyak bertentangan dengan apa yang
sedang dipelajarinya.Namun beliau berpendapat bahawa apa jua yang telah
tersebut dalam Hadis Rasulullah (SAW) tidak harus dicuaikan hanya kerana
seorang manusia sedangkan imam-imam
terdahulu telah beramal dengannya.Inilah sebenarnya mazhab yang di bawa
oleh Imam Abu Hanifah. Lantaran itu, bermulalah peringkat baru dalam hidup
Nasiruddin. Beliau mula berdakwah kepada Allah dan banyak berbahas dengan
ulama’-ulama’ mazhab dan sufi, tanpa melupakan mereka yang khurafat dan bid’ah,
terutama kaumnya sendiri yang mengejeknya dengan gelaran "Wahabi Sesat" . Pada masa yang sama, terdapat
ulama’-ulama’ besar Damsyik yang menyokong usaha Nasiruddin itu dan di
antaranya termasuklah Mohd Bahjat AlBitar, Sheikh AbdulFattah AlImam, Sheikh
Hamid AlFaqi, Sheikh Taufik AlBazarah dan ulama’-ulama’ lain. Dengan itu, Sheikh Nasiruddin telah membawa 2 panji utama
: hadis dan tauhid. Namun begitu, beliau masih tetap menziarahi sheikh-sheikh
Damsyik untuk berbincang masalah tauhid
dan taassub kemazhaban serta bid’ah dengan ditemani oleh Sheikh Abdul Fattah
,Ketua Pertubuhan Pemuda Islam pada masa itu. Walaupun kelihatan ditentang,
namun masih ramai yang mengikuti dasar yang dibawa olehnya, sehingga beberapa
ziarah yang disusunnya ke beberapa kawasan telah hampir menjadi seminar bersiri bagi mereka yang ingin mendalami
ilmu hadis . Keadaan itu malangnya telah menimbulkan perasaan tidak senang hati
dikalangan sesetengah individu sehingga Nasiruddin akhirnya telah dipenjarakan
selama hampir 6 bulan setelah dipenjarakan sebelum itu selama sebulan. Namun,
tempoh kurungannya itu telah menemukannya dengan seseorang yang banyak
membantunya meneguhkan dasar dan mesej dakwah yang dibawanya. Beliau juga telah mengambil peluang ziarahnya ke Halab
untuk mengunjungi Maktabah AlAuqaf AlIslamiyah yang menempatkan sejumlah
manuskrip asal, di mana indeks manuskrip-manuskrip ini telah disempurnakan oleh
Nasiruddin.Namun, malangnya,indeks itu telah hilang bersama-sama karangannya
yang lain sewaktu beliau berpindah dari Damsyik ke Amman. Oleh itu, beliau
telah mengambil kesempatan berkunjung ke situ untuk mengkaji naskhah-naskhah
itu kembali dan membuat catatan-catatan penting untuk keperluan akademiknya
sewaktu itu. Terdapat juga beberapa kitab yang berjaya diperolehi salinannya
daripada maktabah itu seperti kitab
"Azzawaaid" karangan Al-Busiry. Sesungguhnya usaha murni
Sheikh Nasiruddin ini tidak terhad kepada sesebuah tempat sahaja, bahkan
bersifat global dengan merangkumi Amman dan kawasan-kawasan lain yang
berdekatan untuk mengembangkan ilmu Hadis bagi mereka yang ingin mendalaminya. Majlis-majlis Ilmunya Sheikh Nasiruddin telah menyusun jadual-jadual majlis ilmunya untuk pelajar-pelajar ilmu syariah, bahkan untuk pensyarah-pensyarah universiti , dengan meliputi buku-buku berikut ; ( Rujuk m/s 17 ) Buku terakhir yang disebutkan di atas telah diajarkannya kepada para muslimat dengan memilih hadis-hadis yang sahih dan mengulasnya untuk mereka. Manakala seorang pelajar Sheikh Nasiruddin telah menambah satu lagi tajuk buku yang turut diajarnya, iaitu "Iqtidhoous Sirotil Mustaqiim" karangan Sheikhul Islam Ibn Taimiyah. Manakala kitab Arroudoh Annadiyyah" karangan Mohamad Sidiq Khan sebanyak 2 juzuk telah diajarnya secara teliti dan menyeluruh, meliputi semua bab yang terdapat di dalamnya.Beliau juga tidak pernah tertinggal untuk menjelaskan setiap masalah yang terdapat di dalamnya dan menjelaskan setiap sesuatu yang termaktub secara tepat dan jelas. Hubungannya dengan Ulama’ Sepanjang hayatnya, Sheikh Albani telah banyak membuat hubungan dengan ulama’-ulama’ dan ilmuan untuk bertukar-tukar pendapat. Di antaranya termasuklah Sheikh Mohd Hamid AlFaqi yang merupakan pengasas Perkumpulan Pendokong Sunnah Muhammadiah di Mesir..Begitu juga dengan tokoh Ahmad Muhamad Syakir (Abu AlAsybal), seorang pentahkik terkenal. Perkenalan dan perbincangannya bersama mereka telah banyak membuahkan hasil ilmiah yang tinggi nilainya.Di samping itu, beliau turut berhubung dengan Sheikh Abdul Razak Hamzah, pengarang besar dan Dr.Mujahid AlJawwal Taqiyuddin AlHilali . Selain itu, beliau juga telah berpeluang bertemu dengan Sheikh Raghib AtTabbakh, sejarawan Halab yang masyhur pada masa itu, dengan jasa baik Ustaz Mohd Mubarak.Sheikh Raghib sebenarnya telah tertarik dengan kesungguhan dan semangat yang telah ditunjukkan oleh Sheikh Albani dalam segenap bidang ilmu, dan telah mempersembahkan kitabnya ,"Al-Anwar Al-Jalilah" bersama ijazah dan pengiktirafan guru-gurunya kepada Sheikh Nasiruddin Al Albani. Manakala itu, beliau telah menjalin hubungan yang intim dengan ulama’ terkenal berhaluan salaf seperti AbdulAziz bin Abdullah bin Baz , Presiden Jabatan Kajian Ilmiah , Dakwah dan Fatwa di Arab Saudi.Mereka telah banyak bersemuka dan berutus surat untuk membincangkan isu-isu tertentu, sehingga Ibn Baz pernah mengakui bahawa Sheikh Nasiruddin merupakan orang yang paling alim di atas muka bumi dalam bidang hadis pada zaman ini. Beliau juga telah bersemuka dengan sasterawan Muhibuddin AlKhatib yang telah menerbitkan majalah ‘AlFathu’ dan ‘AlHadiqah’ , disamping menjadi kolumnis dalam majalah ‘AlAzhar’ sejak awal penerbitannya. Beliau juga memiliki ‘Maktabah Assalafiah Al’Ariqah’. Beliau jugalah yang telah menulis alu-aluan kitab "Aadaabuz Zafaf" karangan Sheikh Albani. Selain itu, Sheikh Albani telah manjalinkan hubungan dengan pakar hadis India pada masa itu, Sheikh Habiburrahman Al’A’zami AlHanafi yang telah menjadi tetamu istimewanya sewaktu Habiburrahman menziarahi Damsyik pada tahun 1398H. Begitu juga dengan Dr Mustafa AlA’zami yang telah meminta jasa baik Sheikh Albani untuk menyemak juzu’-juzu’ semakan hadis bagi kitab Sahih Ibn Khuzaimah yang telah ditahqiqkan dan sempurnakan olehnya.Oleh itu, kita mendapati wujudnya isyarat bagi penambahan yang telah dilakukan oleh Sheikh Albani dalam juzuk-juzuk ini, iaitu dengan huruf nun .Terdapat juga ulama’-ulama’ lain yang telah mempunyai hubungan baik dengan Sheikh Albani seperti Sheikh Abdul Samad Syarafuddin, pengarang terkenal dari India yang cukup banyak menghasilkan karangan-karangan yang tidak ternilai. Walaupun Sheikh Albani banyak berhubung dengan ulama’-ulama’ terkenal, namun beliau turut bertukar-tukar pendapat dengan ilmuan-ilmuan muda seperti Dr.Subhi AsSalih ,Sheikh Mohd Taib Okej dari Turki, Dr.Ahmad Al’Asal,Sheikh Dr.Rabi’ bin Hadi,Sheikh Hamad AlAnsari dari Universiti Islam Madinah,Sheikh Dr.Mohamad Sulaiman AlAsyqar (Ahli Lujnah Fatwa Kementerian Wakaf Kuwait dan pengarang kitab ‘Zubdatul Tafasir’yang dicetak 100,000 naskhah oleh kementerian berkenaan),Sheikh AbdulRahman AbdulKhaliq dan Dr. Omar Sulaiman AlAsyqar (pensyarah di Fakulti Syariah Universiti Kuwait).Nama-nama lain pula adalah seperti Ahli Feqah terkenal, Dr.Yusuf AlQardawi yang banyak merujuk kepada Sheikh Albani terutama bagi hadis-hadis yang susah diperolehi. Ada juga ulama’-ulama’ lain yang telah mengutusi Sheikh Albani untuk melahirkan perasaan takjub dan sukacita mereka serta berhasrat untuk bertemu dengannya, khususnya dari India dan Pakistan seperti Ubaidullah ArRahmani dan Sheikh Mohd Azzamzami. Tidak ketinggalan disebutkan bahawa Sheikh Albani telah menjadi sumber rujukan utama pelajar-pelajar Sarjana dan Kedoktoran dalam pelbagai bidang ilmu Islam.Di antaranya ialah Dr.Mohamad Amin AlMisri yang pernah mengetuai Bahagian Pendidikan Tinggi (Hadis) di Universiti Islam Madinah, Dr.Subhi AsSalih , profesor bahagian Hadis dan Ilmu B.Arab di Universiti Damsyik dan Lubnan,serta Dr.Ahmad Al’Asal dari bahagian Thaqafah dan Kajian Islam di Universiti Riyadh. Manakala Dr.Yunus Wahbi Yaghuz ,pensyarah Kuliah Al-Ilahiyyaat di Universiti Addugh,Turki sekaligus merupakan penterjemah kitab "Sifat Solatin Nabi" dalam bahasa Turki telah turut mengutusi Sheikh Albani dan melahirkan perasaan takjubnya di atas kesungguhan beliau,sementara seorang tokoh ilmuan Mekah telah menulis sepucuk surat menyebutkan kelebihan-kelebihan yang ada pada Sheikh Albani, bertarikh 29/4/1390H.Ustaz Mohamad AlGhazali, pengarang ‘Feqh AsSirah’pula telah menyebut dalam alu-aluannya tentang semakan kitab itu yang telah dilakukan oleh Sheikh Nasiruddin AlAlbani sempena cetakannya yang ke4.Begitu juga dengan Dr.AbdulKarim Zaidan yang menyebut dalam kitabnya, "Majmuah Buhus Fiqhiyyah" tentang usaha murni Sheikh Nasiruddin, sebagaimana yang disebutkan oleh Dr.Yusuf AlQardawi dalam kitabnya, "Thaqafah Ad-Da'iyah". Walaupun masih banyak nama lain yang seharusnya tersebut di sini, penterjemah berpendapat bahawa nama-nama di atas sudah cukup untuk menunjukkan pengiktirafan dunia ulama’ terhadap usaha Sheikh Nasiruddin Albani. Pengalaman dan Kedudukannya Memandangkan keluasan ilmu dan hasil karangan Sheikh Nasiruddin Albani dalam bidang hadis, beliau telah dinobatkan sebagai sumber rujukan utama dalam bidang hadis.Maka tidak hairanlah beliau selalu dikunjungi oleh berbondong-bondong pelajar daripada semua peringkat.Bahkan, beliau selalu dirujuk oleh profesor-profesor universiti dalam bidang Feqah,Hadis dan Akidah.Apa yang menarik, jawapan beliau kepada soalan-soalan yang diajukan selalu diiringi oleh nama-nama kitab rujukan dan muka surat yang memuatkan jawapan-jawapan itu.Terkadang pula, jawapannya merujuk kepada kitab-kitab yang tidak pernah didengari namanya.Manakan tidak, beliau merupakan orang yang paling arif tentang isi kandungan Makatabah AzZahiriah di Damsyik.Bukan itu sahaja, malah kebanyakan kitabnya telah diterjemahkan kedalam bahasa-bahasa asing dan telah tersebar ke seluruh dunia Islam. Beliau juga telah dipilih oleh Jabatan Syariah Universiti Damsyik untuk menjalankan kerja-kerja menyemak dan mengemaskinikan sumber hadis "Al-Buyu'"daripada ensiklopedia Feqah Islam yang telah ditetapkan penerbitannya dalam tahun 1955, di samping telah terpilih sebagai ahli Jawatankuasa Hadis yang tertubuh antara Mesir dan Syria untuk menjalankan kerja-kerja penerbitan kitab hadis dan semakan ke atasnya.Di samping itu, beliau juga telah berpengalaman sebagai mufti Kerajaan Arab Saudi untuk menyelenggarakan kelas-kelas pembelajaran Hadis,Ulum Hadis dan Feqh Hadis di Universiti Islam Madinah selama 3 tahun sehingga tahun 1383H.Beliau kemudiannya telah dilantik menjadi anggota majlis universiti berkenaan. Namun begitu, beliau terpaksa menolak pelawaan daripada Universiti Salafiah , India bagi mengetuai majlis ulama’hadis di universiti itu. Begitu juga dengan pelawaan daripada Menteri Pendidikan Kerajaan Arab Saudi ,Sheikh Hasan Abdullah AsSheikh agar Sheikh Albani mengetuai penyeliaan Fakulti Kajian Tinggi (Hadis) di Universiti Mekah Mukarramah. Namun begitu, beliau masih dapat memenuhi undangan Raja Arab Saudi pada masa itu, Raja Khalid Abdul Aziz untuk menjadi salah seorang anggota dalam Majlis Tertinggi Hal Ehwal Universiti Islam di Madinah dari tahun 1395H sehingga 1398H.Apa yang menarik, pihak pengurusan Maktabah AzZahiriah telah mengkhususkan sebuah bilik untuk Sheikh Albani menjalankan apa jua kajian walaupun keistimewaan ini belum pernah ditawarkan kepada mana-mana individu. Sheikh Albani juga tidak ketinggalan untuk terlibat dalam seminar dan persidangan yang diadakan oleh pelbagai pihak,seperti persidangan yang diadakan oleh Persatuan Pelajar Islam di Sepanyol.Dalam persidangan ini, Sheikh Albani telah membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Penghujahan Hadis dalam Akidah dan Hukum-hakam’ yang kemudiannya telah diterbitkan oleh Dar Assalafiah di Kuwait . Di samping itu, beliau juga merupakan salah seorang pendakwah Jabatan Awam Bagi Fatwa,Dakwah dan Irsyad di Riyadh yang bertanggungjawab menyebarkan dakwah di Mesir,Maghrib dan Ankara. Beliau juga telah menziarahi Qatar dan telah bersemuka dengan ulama’-ulama’ seperti Yusuf AlQardawi,Sheikh Mohd Ghazali ,Sheikh Ahmad AlMahmud dan Sheikh Ibn Hajar bin AlHami.Dalam pertemuan ini, Sheikh Albani telah menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Kedudukan AsSunnah dalam Islam’, yang kemudiannya turut dicetak dan diterbitkan. Begitulah rutin hidup Sheikh Albani:menghadiri banyak persidangan dan seminar , walaupun sesetengahnya terpaksa ditolak dek kesibukannya dengan kajian-kajian ilmiah. Tanpa pengecualian, negara-negara Eropah turut mengundang beliau dalam pertemuan-pertemuan dengan pelajar-pelajar Islam di sana. Beliau juga telah menyampaikan ceramah-ceramah sewaktu mengunjungi Kuwait dalam musim sejuk tahun 1402H sehingga berjaya dihimpunkan dalam 30 buah kaset dari pelbagai jenis. Di universiti Islam Madinah Sesungguhnya dasar dan manhaj yang dibawa oleh Sheikh Albani adalah dengan menjadikan AlQuran dan Hadis sebagai rujukan yang paling utama, tanpa melupakan teknik-teknik yang diamalkan oleh salafussoleh dalam mengeluarkan hukum-hakam berdasarkan kepada kedua-dua sumber tersebut.Inilah juga dasar yang dibawa oleh kebanyakan ulama’ seperti Sheikhul Islam,Ibn Taimiyah dan pengikut-pengikutnya.Oleh sebab itu, beliau dapat menyebarkan dasar yang dibawanya secara lebih menyeluruh.Rentetan daripada itu juga, pihak pengasas Universiti Islam di Madinah di bawah penyeliaan Sheikh Mohamad bin Ibrahim Al AsSheikh,pengerusi universiti berkenaan sekaligus merupakan Mufti Am Kerajaan Arab Saudi pada masa itu, telah memilih Sheikh Albani sebagai tenaga pengajar ilmu di universiti itu sewaktu peringkat awal pengasasannya.Beliau telah menghabiskan masa 3 tahun di sana dengan menunjukkan keikhlasan yang tinggi sehingga sanggup duduk bersama-sama pelajar di atas pasir pada masa rehatnya.Hubungan beliau dengan para pelajar juga sangat akrab, dan boleh diibaratkan seperti hubungan persahabatan sehingga beliau sering diserbu oleh pelajar-pelajarnya setiapkali tiba di universiti itu setiap pagi. PENGARUH ALBANI TERHADAP UNIVERSITI ISLAM MADINAH Sheikh Albani telah memulakan penbelajaran ilmu isnad di universiti ini pada peringkat awal pengasasannya. Beliau telah memilih hadis-hadis daripada Sahih Muslim bagi pengajian tahun ketiga dan dari Sunan Abi Daud bagi pengajian tahun kedua.Beliau kemudiannya merujuk kepada kitab-kitab yang menceritakan latarbelakang perawi hadis seperti kitab "Al-Khulasoh" dan At-Taqriib". Setelah itu,beliau menunjukkan teknik-teknik mengemaskini dan menyemak sumber dan perawi hadis-hadis berkenaan beserta pro dan kontranya dengan merujuk kepada beberapa kitab.Pengenalan ilmu isnad ini sebenarnya telah menjadikan Sheikh Albani sebagai orang pertama yang mencetuskan teknik tersebut.Manakan tidak, semua universiti Islam seluruh dunia pada masa itu masih belum terpanggil untuk memperkenalkan ilmu itu, hatta di Universiti AlAzhar sendiri. Setelah Sheikh Albani meninggalkan Universiti Islam di Madinah, usahanya itu telah diteruskan oleh Dr.Mohd Amin AlMisri. Malah, usaha ini turut diperkenalkan di universiti-universiti Islam lain . Hasilnya, banyak kitab yang berjaya dihasilkan..Malah, terdapat kitab-kitab baru yang belum pernah kedengaran namanya disemak dan dikemaskinikan kembali selepas itu untuk diterbitkan. Penghijrahannya ke Amman Pada awal bulan Ramadhan tahun 1400H , Sheikh Nasiruddin Albani telah berhijrah ke Amman dari Damsyik bersama keluarganya. Walaupun Sheikh Albani terpaksa meninggalkan rutin hidupnya di Damsyik dan sekaligus maktabahnya, namun beliau terpaksa berbuat demikian. Masyarakat Jordan pada waktu itu sudah mula meminta jasa baik Sheikh Albani untuk mengadakan kelas-kelas pengajian sebagaimana yang pernah dilakukan oleh beliau sewaktu singgah menziarahi Jordan setiap sebulan atau dua bulan sekali. Akhirnya Sheikh Albani terpaksa bersetuju dan berjanji untuk mengadakan kelas-kelas pengajian setiap hari Khamis selepas solat Maghrib dengan menggunakan kitab ‘RiyadhusSalihin’ karangan Imam AnNawawi yang telah disemak olehnya sendiri. Pada kali ketiga kelas pengajian itu dijalankan, Sheikh Albani terpaksa kembali ke Damsyik di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Beliau telah bertolak pulang pada tengahari 19 Syawal 1401 H dan tiba di Damsyik pada sebelah malamnya. Setelah 2 malam di situ, beliau telah berangkat ke Beirut dan telah menumpang di rumah salah seorang sahabat baiknya sepanjang tempoh berada di sana. Tidak lama kemudian, beliau terpaksa pula berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu dan menumpang di rumah sahabat-sahabat seperjuangannya di sana. Sepanjang berada di situ, beliau telah memenuhi undangan majlis-majlis ilmu sehingga terpaksa ke Kuwait pada musim sejuk tahun 1402H. Beliau juga telah menerima kunjungan daripada masyarakat sekitar teluk yang mengunjunginya untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman dengannya. Kemudian, beliau menuju ke Qatar dan telah bertemu dengan Dr.Yusuf AlQardawi dan Sheikh Mohd Ghazali di sana. Cahaya matanya 1. Daripada isteri pertama 1. Abdul Rahman 2. Abdul Latif 3. Abdul Razak 2. Daripada isteri kedua 1. Abdul Musawwir 2. Abdul Muhaimin 3. Mohamad 4. Abdul A’la 5. Anisah 6. Asiah 7. Salamah 8. Hasanah 9. Sakinah 3. Daripada isteri ketiga 1. Habbatullah 4. Daripada isteri keempat (Tiada zuriat ) Ketinggian Akhlak Sheikh Albani Kebanyakan gambaran tentang akhlak Sheikh Albani telah jelas tergambar di dalam karangan-karangannya. Di antara akhlak terpuji yang telah ditunjukkan olehnya ialah sanggup menerima teguran daripada ulama’-ulama’ lain walaupun taraf ilmu mereka lebih rendah daripadanya..Sifat ini jelas terdapat dalam beberapa kitab karangan Sheikh Albani, antaranya: 1. Kitab Mukhtasor Asshamail Al-Muhammadiyyah 2. Kitab Sifat Solatin Nabi 3. Kitab Sohih Wa Dhoi'f Al-Jami' Assaghir Wa Ziyadatih 4. Alu-aluan kitab Silsilah Al-Ahadiith Assohihah Waddhoi'f Anak-anak muridnya Terdapat sejumlah bilangan pelajar Sheikh Albani yang telah menuntut ilmu secara langsung daripadanya,namun bilangan itu agak sedikit. Terdapat juga yang menuntut ilmu daripadanya secara terputus-putus (tidak konsisten) disebabkan mereka datang dari kawasan-kawasan lain. Ada juga yang setakat membaca buku-bukunya dan meneliti ceramah-ceramah yang disampaikan olehnya melalui kaset. Namun, nama-nama yang akan disebutkan di sini adalah di antara pelajar kesayangan Sheikh Albani yang setia dan menzahirkan pengiktirafan mereka terhadapnya dalam karangan-karangan mereka. Di antaranya ; 1. Sheikh Hamdi Abdul Majid AsSalafi -warganegara Iraq dan pentahkik yang sering mengunjungi Sheikh Albani di kedai membaiki jamnya. -telah menuntut ilmu Hadis secara terus daripada Sheikh Albani. -hasil karangan dan semakannya : (rujuk m/s 44 ) 2. Sheikh AbdulRahman AbdulKhaliq - graduan Universiti Islam Madinah dan penulis Islam yang terkenal dalam bidang dakwah,irsyad,ekonomi,syura,hukum-hakam,feqah,politik dan tarbiyah. - Karangannya ; (rujuk m/s 46) 3. Dr. Umar Sulaiman AlAsyqar - profesor Fakulti Syariah di Universiti Kuwait dan Universiti Urduniah,Jordan - hasil karangannya : (rujuk m/s 48) 4. Ustaz Khairuddin Wanli - karangannya : (rujuk m/s 49) 5. Sheikh Mohamad Eid Al’Abasi - pelajar Sheikh Albani yang paling menonjol dan sering bersamanya sewaktu beliau berada di Syam - antara hasil tulisannya ialah kitab "Bid'ah Taassub Mazhabi" yang membicarakan bahaya taasub kemazhaban dan kesannya kepada pemikiran umat Islam.Kitab ini merupakan antara kitab yang terpenting dalam bidang ini . - turut menghasilkan kajian-kajian dan pernah menyediakan teks ceramah Sheikh Albani untuk disampaikan dalam majlis-majlis ilmu. 6. Ustaz Mohd Ibrahim Syaqrah - Pelajarnya yang paling rapat sewaktu di Syam dan Amman. - Khatib Masjid Salahuddin - Lebih cenderung menghasilkan karya-karya sastera: (rujuk m/s 51) 7. Sheikh Abdul Rahman Abdul Samad (Allahyarham) - banyak bersama dengannya di Syam - antara hasil tulisannya ialah "Asilahn Toola Haulaha Al-Jadal" disamping kajian-kajian lain yang belum diterbitkan. 8. Sheikh Zuhair AsSyawish - memiliki Maktab Islami dan banyak melakukan pengemaskinian sumber hadis dan semakan . - banyak menerbitkan kembali naskhah-naskhah asal dan melakukan semakan ke atasnya. - Hasil usahanya : (rujuk m/s 52) 9. Sheikh Ali Khasyan - banyak bersama Sheikh Albani sewaktu di Syam dan sangat rapat dengannya - karya yang dihasilkan : 1. Risalah ‘Kewajipan Merujuk Kepada AlQuran dan AsSunnah’-merupakan hasil kerjanya yang utama sekaligus merupakan hasil penting dalam bidangnya. 2. Bekerjasama dengan Sheikh Mohd Eid Abbas dalam usaha menterjemah riwayat hidup Sheikh Mohamad Nasir (secara ringkas). 10. Sheikh Mohamad Jamil Zinu - telah lama mendampingi Sheikh Albani sewaktu lawatannya ke Halab, Hamat dan Riqqah di Syam. - sekarang bertugas sebagai guru di Madrasah Dar AlHadis AlKhairiah di Mekah. - antara karangannya : (rujuk m/s 53) Hasil Usaha Sheikh Albani yang Telah Diterbitkan Sebanyak 30 buah kitab hasil karangan beliau yang mencakupi pelbagai jenis bidang ilmu. Beliau juga berjaya mentahqiq sebanyak 18 buah kitab kebanyakannya berkaitan dengan ilmu hadis. Sebanyak 18 buah kitab pula telah ditakhrijkan hadisnya oleh beliau. Sementara itu, sebanyak 50 buah manuskrip-manuskrip yang ada kaitan dengan hasil usaha beliau.
(rujuk m/s 73 ) Pertama : Buku karangan beliau :- 1. Sohih Attarghib wat Tarhib -Juzuz Pertama 2. Allihyatu Fi Nazhorud Din 3. Solatul 'Aidain Fil Musolla Hiyas Sunnah 4. Fihras Musnad Al-Iman Ahmad Bin Hambal Fil Muqaddimatil Musnad 5. Naqd Nusus Hadithiyyah Fi At-Thaqafah Al-Islamiah 6. Manasikul Oleh : Timbalan Exco Biro Perhubungan & Penerangan PRISMA 1998/99.
Diterbitkan oleh : |