SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Presiden dan Pimpinan PRM Ditahan Selepas Demo Anti Perang.Presiden PRM Dr Syed Hussein Ali, Ketua Angkatan Pemuda PRM, Setiausaha Ketua Angkatan PRM Lateefa Koya dan saudara Zulkifli Yahya telah ditahan setelah demonstrasi anti perang di Menara KLCC petang tadi.Mereka ditahan semasa berada di dalam bangunan Suria KLCC menuju ke LRT untuk pulang selepas tunjuk perasaan anti perang tersebut. Selain itu, beberapa orang lain telah ditangkap. Buat masa ini mereka telah dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak. Peguam mereka, Saudara Sivarasa Rasiah dan Jonson Chong sedang berada disitu. Walaupun begitu peguam mereka dinafikan hak untuk berjumpa dengan mereka yang ditahan. PRM mengutuk keras tindakan menahan pimpinan PRM dan lain-lain rakyat yang keluar dan menentang keganasan Amerika, Britain dan Australia terhadap Iraq. PRM menuntut mereka semua dibebaskan segera tanpa syarat. Muhammad Ali Syed Hussein
Diterbitkan oleh : |