Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Bantahlah perang ikut cara kita... Sembahyang Hajat Sejuta umat, 13 April Ini!!

Mengapa kita perlu terikut ikut dengan cara AMAN Malaysia menyuarakan pandangan dengan berdemostrasi ala konsert Bollywood sedang kita sebagai umat Islam mempunyai cara tersendiri untuk menyuarakan pandangan!! setelah dengan pelbagai cara gagal menyedarkan bush dari hasutan Syaitan Gila apa lagi yang mampu kita buat ..selain bermohon dan bermunajat kepada Allah yang Maha esa agar diberikan perlindungan Umat Islam di Iraq dan negara negara Islam Lain yang ditekan oleh golonggan Kuffar!!

Saya menyarankan perhimpunan besar untuk sembahyang hajat mesti dilakukan segera agar kita dapat menunjukkan cara kita bantah Perang adalah lebih aman dan berkesan dari Perhimpunan Aman Malaysia!! PAS harus bertanggung jawab untuk melaksakan amanat ini!! sebelum ini saya tersentuh melihatkan sembahyang hajat di terengganu bagi membantah Tindakan kerajaan terhadap SAR!!

seharusnya pada 13 APRIL ini kita akan ada SEMBAHYANG HAJAT Di Dataran Merdeka dengan mengambil 3 tujuan Utama iaitu kita Bersembahyang hajat meminta pertolongan Allah agar : -->

1. MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA UMAT ISLAM DI IRAQ!!
2. MEMOHON AGAR ANWAR DIBEBASKAN pada 14 APRIL !!
3. MEMOHON AGAR SAR DILINDUNGI ALLAH DARI MUSUH ISLAM YANG MAHU MEMUSNAHKANNYA!!

Saya harap semua pelajar Siswa Universiti, Pelajar Sekolah kebangsaan, pelajar sekolah Agama rakyat dan semua penyokong pembangkang terutama PAS dan Keadilan agar dapat menghimpunkan orang ramai untuk bersembahyang hajat di Dataran Merdeka!! kalau boleh juga jemputan rasmi juga harus diberikan kepada Mufti seluruh negara!! kalau dataran merdeka ada program lain pada hari tu.. Stadium bukit jalil harus dijadikan tempat sembahyang hajat sejuta ummat dan permohonan permit awal amat diperlukan kepada polis dan Pengurusan stadium!!kita nak tengok depa kerajaan islam ini akan halang atau tidak sembahyang hajat ini!! kalau tidak pun mana mana tempat yang dianggap sesuai!!

Saya berharap usaha ini agar disegerakan secepat mungkin!! dan sebarkan keseluruh pelusuk negara program ini..serta seluruh sekolah agama rakyat!!dan diharap pelajar universiti akan menggerakkan Usaha ini.. ini adalah kerana siswa kita kelihatan masih pasig berbangding pelajar siswa diluar negara yang aktif berhimpun membantah perang!! malah dinegara lain pelajar seawal 13 tahun sudah mampu menggerakkan satu perhimpunan besar menentang Perang!!

bermunajatlah kita meminta pertolongan Allah!!

reformis muda!!






______________________
Terbitan : 6 April 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com