SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun S, SA, SAR & SARS lingkupkan BN/UMNO BaruEmpat isu boleh menyebabkan kerajaan BN tewas dalam Pilihanraya Umum Malaysia yang hanya menunggu masa. 1. S - Singapura. Kelemahan BN terserlah kerana sentiasa dipermain-mainkan oleh negara serpihan Singapura dalam kes seperti air, sebiji batu putih dan tambak Johor. Kes ini menyebabkan BN akan kehilangan undi di Johor, yang merupakan negeri BN paling kuat di dunia. 2. SA - Sangsara Anwar. Isu fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim masih sangat segar. Pada 18/04/2003 seluruh dunia melihat Mahkamah Rayuan dipaksa oleh Diktator Mahathir memenjara dan menyiksa Anwar untuk kes yang sebenarnya tidak ujud langsung. Kes ini menyebabkan BN akan kehilangan undi ahli-ahli UMNO/BN sendiri, golongan cerdik pandai dan pengundi muda. 3. SAR - Penutupan dan catu peruntukan Sekolah Agama Rakyat menyebabkan BN kehilangan undi orang-orang Islam, termasuklah yang masih menjadi ahli UMNO Baru. Kes ini membuktikan Mahathir adalah balaci Zionis dan musuh-musuh Islam. 4. SARS - Wabak Severe Acute Respiratory Syndrome adalah kes yang paling serious. Sebagaimana JE ia berkait rapat dengan babi / khinzir. Berjuta-juta ekor babi perlu dibunuh sebagaimana dilakukan di Bukit Pelanduk dalam wabak JE. Penternak babi masih belum dapat bantuan /gantirugi sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan dalam wabak JE. Kini SARS memaksa banyak lagi babi perlu dibunuh. Pelancong tidak berani datang dan barangan Malaysia tidak laku. Para pengundi Cina, India dan Melayu marah kepada BN kerana cuba menutup keadaan yang sebenar dan tidak mampu menyelesaikan masalah dengan sempurna. Inilah kes yang menyebabkan BN kalah terlalu banyak kerusi Parlimen dan DUN sehingga tidak layak menubuhkan kerajaan. PAS, Parti Keadilan Rakyat, DAP, Gerakan dan parti-parti di Sabah dan Sarawak akan bersatu untuk menubuhkan Kerajaan Malaysia yang baharu, bersih dan berwibawa.
Temingat Di Belantara
Tengok satellite News pagi nie (22/4), dah tak
berapa
ada dah berita pasal Iraq. Bukak CNN, BBC dan NBC,
depa dah mula dok fokus kat isu SARS pulak. Cuma
tinggal Al-Jazeera yg masih dok cerita pasal Iraq.
Fuyyo...SARS rupa-rupanya lebih teruk dari yg kita
dok
jangka. Mungkin sebab tenggelam dgn isu Iraq kot,
maka
banyak yg kita tak tau pasal SARS nie.
SARS nie makin lama makin teruk; berita NBC pagi
tadi
melaporkan live dari Hong Kong perkembangan terbaru
di
sana; semalam saja 6 kematian, 22 kes baru dan 150
kes
belum pasti dilaporkan di Hong Kong. Di China pulak,
terbaru 13 kematian dan 150 lebih kes baru
dilaporkan.
Dilaporkan juga satu kes sebuah kemalangan yg
mengerikan; satu bekas mengandungi virus SARs jatuh
dan pecah berkecai di sebuah hospital di sana; kelam
kabut satu kakitangan hospital; tak taulah pulak apa
dah jadi kat depa. Mungkin satu hospital tu, dengan
dengan pesakit, doktor dan misi serta Pak Guard
habis
semua kena kuarantin!
Di Masjid tempat saya pulak, kalau sebelum ini, riuh
orang dok sembang pasal SAR, kalau ustaz ngajar pun
mesti sentuh bab SAR; dlm khutbah pun Tok Khatib
tibai
pasal SAR; punya la sensitif sampai ada SB mai
pasang
video dok rakam tok khatib tengah khutbah. La nie
masuk bab SARS pulak, saya dok tengok depa tak
berapa
minat nak sembang sangat pasal SARS nie sebab saya
dok
survey tengok depa-depa nie (entah sapa habag)
somehow
depa dok ingat SARS nie kena kat puak cha saja. Dok
tengok kat masjid2 nie, gomen punya la semangat,
siap
boh poster besar pasal SARS kat notis board masjid,
tapi org mai tak baca pun, depa lebih suka baca
malam
nie ceramah di masjid mana.
Dalam survey saya; bila ditanya pasal SARS,
kebanyakan
makmum masjid nie somehow depa rasa SARS nie bala
ALLAH bawak mai pasal gomen dok kacau sekolah SAR
tempoh hari. Betul ka tidak, itulah apa yg depa
rasa!
Okey berbalik pasal cerita Iraq pulak, tengok
Al-Jazeera pagi nie, bila tengok trak tentera
Amerika
dua tiga buah dok mundar mandir kat jalan2 raya di
Baghdad nu dan bila tengok tentera Amerika pakat dok
melepak kat tepi-tepi bangunan di Iraq tu dan bila
tengok Residen baru Iraq, JWWW Birch (a.k.a Jay
Garner) mendarat di lapangan terbang Saddam dengan
selamatnya, siap disambut dan dihulur salam oleh
barua-barua Amerika berbangsa Iraq di lapangan
terbang
tu, saya tertanya-tanya:
"Ish, tak dak sapa ka rakyat Iraq yang nak tembak
depa
nie? Mana pi habis Mujahideen ka pasukan separa
tentera ka sapa-sapa ka? Ish, tak kan tak dak walau
pun sorang yg berani lwn tentera Amerika nie, pi
mana
habis depa nie?"
Bila Al-Jazeera dok fokus pasal rakyat Iraq
khususnya
geng2 Politik pakat dok berlumba-lumba tubuhkan
parti
politik berbagai rupa tu, siap dgn banner dan
lambang
masing2, barulah saya tahu kata depa tengah dok
berebut nak jadi boneka Amerika, tak peduli dah
pasal
nak berjuang nak berjihad bagi negara merdeka.
Pagi tadi, Al-Jazeera tunjukkan interview depa dgn
macam-macam jenis parti politik yg baru ditubuhkan,
antaranya parti Demokrat Bersatu, parti-parti Agama
dan juga Parti Komunis. Hebat sungguh aih demokrasi
ala Amerika di Iraq nie. Bukan tu saja, ada parti
baru
akan ditubuhkan yg akan menggabungkan kedua-dua
kumpulan Sunni dan Syiah, siap ditunjukkan kedua-dua
kumpulan Ulamak Sunni dan Syiah bermesyuarat pasal
penubuhan parti Syiah-Sunni nie.
Tak taulah depa nak boh nama apa, tapi kalau saya
ada
situ, saya akan angkat tangan suruh depa boh nama:
PISS - Parti Islam Sunni & Syiah
Lepas tu, bolehlah penyokong depa pakat
beramai-ramai
berarak di celah-celah runtuhan kota Baghdad itu di
hadapan ribuan tentera Amerika sambil melaungkan
dengan
penuh semangat:
"WE WANT PISS....WE WANT PISS...WE WANT PISS!!!"
(Dlm Bahasa Malaysia, maknanya "Kami nak kencing,
Kami
nak kencing, Kami nak kencing")
Bila Bush dan Rumsfeld tengok adegan nie, sure depa
ketawa terbahak-bahak di White House....
Kesian rakyat Iraq, kena kencing hidup-hidup dengan
Amerika!!
-Temingat Di Belantara-
Pengirim: Temingat Di Belantara
Diterbitkan oleh : |