Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

ULASAN SELARI: Geronimo

Tengok berita Al-Jazeera pagi tadi, pentadbiran Bush dijangka akan mengisyhtiharkan "VICTORY" atau pun KEMENANGAN dalam dua tiga hari lagi terhadap peperangan mereka menceroboh Iraq.

Sama ada mereka nak isytihar atau pun tidak, semua kita sama-sama maklum mengenai kekalahan tentera-tentera Iraq yg rata-ratanya beragama Islam terhadap tentera kuffar Amerika ini.

Bila membaca berita mengenai plan terbaru Amerika untuk membina pangkalan tentera yg kekal di Iraq, satu di utara, satu di selatan, satu di barat dan satu lagi di tengah Iraq; terasa sayu hati kecil kita. Pembinaan pangkalan-pangkalan tentera yg kekal ini akan melengkapkan penguasaan tentera Amerika ini terhadap bumi Iraq.

Masuk Iraq, sudah 2 kali Amerika menguasai sepenuhnya bumi ummat Islam. Yang sebelumnya ialah di afghanistan; dulu bumi afghan inilah yang menyaksikan kem-kem yang melatih mujahidin-mujahidin seluruh dunia, sebagai persiapan in case tragedi yg menimpa Iraq ini berlaku di mana-mana. Kini bukan sahaja kem-kem tersebut dimusnahkan tapi bumi afghan keseluruhannya turut dikuasai dan dijajah Amerika.

Makin hari, Amerika makin mengganas, makin hari bumi Islam makin dijajah; selepas Iraq mungkin Syria, kemudian Lebanon, kemudian Mesir, Sudan dan entah siapa lagi.

Melihatkan kemaraan penjajah Amerika ini, kita pun jadi hairan. Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapakah seolah-olahnya pertolongan Allah tidak bersama kita?

Pertanyaan ini mungkin tidak kita timbulkan secara nyata, tapi jauh di lubuk hati setiap kita, kadang-kadang perasaan itu datang bermain, kenapakah kita tidak dibantu oleh Yang Maha Pencipta?

Saya sendiri, sentiasa tertanya-tanya; walau pun cuba dibuang jauh-jauh perasaan itu, namum persoalan berkenaan sering saja kerap melanda.

Oleh kerana tidak tertahan melayan rasa, maka sekitar seminggu lepas, ketika menghadiri satu kuliah di sebuah masjid yg ustaznya berkelulusan Timur Tengah, dan pernah menghabiskan hampir 10 tahun usianya mencari ilmu di sana, maka persoalan berikut saya kemukakan kpd beliau:

Kata saya:

"Ustaz, nak tanya sikit la; mungkin ini berkait dgn akidah, tapi saya nak minta ustaz jawab jugak. Ini nak tanya pasal pa Tuhan tak tolong ummat Islam, dok kerja kalah saja kat tentera kapiaq. Nak kata sebab amalan; nu pa tengok di Afghanistan hari tu, geng2 Osama Bin Laden dan taliban sikit punya hebat ka amalan dan semangat jihad depa, sanggup mati syahid, siap buat hudud dan lantik mullah omar sebagai khalifah amirul mukminin....tapi perang, kalah jugak. Itu Osama dan Taliban; nu di Iraq, Saddam sekular pure punya, diktator, kejam, bunuh ulamak (sebelum tu dlm kuliah dia ustaz cerita betapa zalimnya saddam terhadap alim ulamak - balasan Tuhan); Saddam pun kalah jugak; tentera dia sikit punya hebat ka, keta kebal berlambak, peluru berpandu banyak, siap dgn senjata kimia, kalah jugak. So, camna Ustaz, Osama hat alim pure tu pun kalah, Saddam hat sekular dan zalim tu pun kalah....apakah ini bermakna Tuhan tak tolong org Islam. Macam mana Ustaz?"

Jawapannya tak perlu diulang tulis di sini, sebab semua kita rata-ratanya tahu jawapan yang standard, cuma perlu ditanya juga sebagai satu cara untuk meluahkan rasa.

Jika nak dikira kalah, zaman nabi dan sahabat dulu pun banyak kali kalah juga. Pertolongan Allah SWT hanya akan datang jika kita bertakwa sepenuhnya kpd ALLAH SWT dan menjauhkan sebarang maksiat walau pun kecil cuma. Itulah pesan yg selalu Saidina Omar tinggalkan kpd pejuang-pejuangnya setiap kali hendak turun ke medan perang.

Kata Saidina Umar:

"Wahai sahabat-sahabatku sekelian; ketahuilah, jika nak diukur dari segi bilangan, pasukan tentera musuh jauh lebih ramai dari kita. Kalau nak diukur dari segi kekuatan teknologi perang, pasukan musuh jauh lebih hebat dari kita. Kalau nak diukur dari segi pengalaman dan experience perang, pasukan musuh juga jauh lebih berpengalaman drpd kita. Yg membezakan antara kita dan mereka ialah TAKWA. Maka hendaklah kalian bertakwa sebenar2 takwa kpd Allah SWT dan jauhilah maksiat kpdnya; kerana jika kita terlibat dgn maksiat walau sedikit pun maka kita tidak ada bezanya berbanding dgn mereka; maka mudahlah mereka melanyak dan mengalahkan kita"

Rupa2nya, dlm sirah peperangan dlm Islam, TAKWA itulah yg menjadi ukuran...

Secara kebetulan, malam tadi, selepas pulang dari masjid, ketika menukar channel dari satu siaran ke satu siaran nak cari News terbaru pasal Iraq, tiba-tiba terjumpa Cinemax Movie, cerita "Geronimo" iaitu sebuah filem kisah benar mengenai kisah perjuangan seorang Pahlawan Terakhir bangsa Red Indian Apache bernama Geronimo, yang dengan hanya jumlah pejuang seramai 35 orang telah memberikan tentangan yg begitu sengit terhadap bala tentera Amerika.

Kerajaan pusat di Washington terpaksa menghantar askar berjumlah 5,000 orang dengan berbagai kekuatan ketenteraan untuk mengkap Geronimo dan pejuang-pejuangnya.

Setiap kali melihat Geronimo dan pejuangnya berjaya membunuh askar Amerika, hati saya jadi cukup puas - walaupun saya tahu itu hanyalah sebuah movie. Perang gerila mereka cukup canggih, sanggup menimbus diri dalam pasir di kawasan gurun Arizona; apabila tentera amerika melintas di kawasan itu, mereka bingkas bangun seperti ular tedung membunuh dan menembak mati tentera Amerika satu persatu!

Cerita perjuangan dan ketangkasan Geronimo dan pejuang2nya begitu mengkagumkan; kejayaan dan kekalahan salih berganti; kampung2 mereka dibakar dan anak bini dan keluarga dibunuh...semuanya sebahagian drpd kisah perjuangan yang begitu menggetirkan.

Dalam satu babak ditunjukkan salah seorang drpd orang Apache yg sedang menghadapi hukuman gantung sampai mati. Apabila ditanya apakah pesan terakhir sekiranya ada, bila dengan lantang berkata:

"Do not trust white-eyes, they always lie.."

(Jgn percayakan Mat Salleh Amerika nie, depa nie semuanya jenih pembohong!)

Rupa-rupanya bangsa Red Indian ini sudah lama tahu bahawa kerajaan Amerika memang jenih pembohong dulu kini dan selamanya. Kalau ada yg kita boleh belajar, pesanan terakhir mamat Red Indian di atas nie bolehlah kot kita jadikan panduan!

Meringkaskan cerita, seperti juga di Iraq, dalam bangsa Apache itu sendiri ada juga orang-orang seperti Ahmad Balachi, talibarut dan barua Amerika, itu sudah lumrah dlm mana-mana bangsa pun mesti ada yg jenis talam dua muka.

Akhirnya dalam satu perjanjian menyerah diri melalui wakil Amerika dan seorang Ahmad Balachi berbangsa Apache; Geronimo dan orang-orangnya telah terperangkap dalam satu tipu helah politik yg licik, dan beliau telah dibawa ke Florida dan meninggal dunia dalam penjara.

Quote yang penting yg ingin saya tuliskan di sini ialah kata-kata Geronimo kpd orang-orangnya ketika berada dalam gerabak keretapi dalam perjalanan mereka menuju ke penjara di Florida; kata beliau:

"Why the One-God lets the White-Eyes took our land? Why He makes so many of Them? Why He gives them so many Horses with so many Guns? Why?"

(Pasal apa Tuhan yang Maha ESA biarkan kapiaq Amerika ini ambik tanahair kita? Pasal apa Tuhan jadikan ramai sangat depa-depa nie? Pasal apa Tuhan bagi kekuatan dan teknologi perang yang gila-gila punya kat depa nie? Pasal apa?)

Makna kata, soalan yg sama yg kita dok tanya pasal tentera Amerika hari ini, lebih seratus lepas, soalan yg sama juga pernah dikemukakan oleh seorang Chief, seorang Pejuang Berani Mati Red Indian bernama Geronimo ini.

Nak tau apa jawapannya?

Di akhir filem, ditunjukkan wajah Geronimo yg pasrah pada takdir dengan kata-kata penutupnya:

"Mungkin zaman bangsa kita sudah berlalu; mungkin ini adalah kerja tuhan yang maha esa untuk menggantikan bangsa kita dengan kaum yang lain!!"

Bila teringatkan kemaraan tentera Amerika yg berterusan ini, saya teringatkan kata-kata Geronimo ini, dan dlm masa yg sama saya teringatkan kata-kata orang alim, bahawa di akhir zaman nanti Islam akan naik, tapi sebelum itu bumi ini akan diperintah oleh kaum kuffar untuk beberapa ketika...sebelum Islam kembali berkuasa...dalam apa yg dikatakan sebagai kebangkitan tentera Mahdi Al-Muntazar ke atas tentera Yajud dan Maujud serta gerombolan Dajal.

Mungkin ini semua sebahagian daripada Jadual Allah SWT.

Wallah hu aklam,

-Temingat Di Belantara-






______________________
Terbitan : 25 April 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com