Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kedutaan Amerika desak Mesir tolak fatwa jihad Al Azhar

http://www.ladang.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=71

Kedutaan Amerika desak Mesir tolak fatwa jihad Al Azhar
Posted on Saturday, March 29 @ 20:52:34 MYT by admin

KAHERAH, 29 Mac - Fatwa mengenai jihad di Iraq yang dikeluarkan oleh Universiti Al Azhar baru-baru ini begitu membimbangkan Amerika Syarikat dan mendorong kedutaannya di sini mendesak Mesir supaya menolak fatwa berkenaan.

Demikian menurut Majlis Peguam Mesir menerusi satu kenyataan yang disebarkan disekitar ibu kota negara itu. Baru-baru ini, Universiti Al Azhar menerusi Majma' Buhuth mengeluarkan fatwa bahawa jihad menentang Amerika Syarikat dan Britain di Iraq adalah fardhu ain.

Menurut kenyataan berkenaan, sekiranya musuh menceroboh mana-mana negara umat Islam, maka jihad menentang penceroboh berkenaan adalah fardhu ain ke atas semua penduduknya.

Sekiranya penduduk negara berkenaan tidak mampu, maka kefardhuan tersebut merebak ke atas penduduk negara berhampiran.

Amerika Syarikat bimbang fatwa berkenaan bukan sahaja akan mening- katkan penentangan rakyat Iraq ke atas tenteranya yang menyerang negara berkenaan, bahkan kedudukan negara Amerika Syarikat sendiri dan juga kepentingan-kepentingan negara itu di luar negara turut di- ancam bahaya.






______________________
Terbitan : 1 April 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com