Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Wakaf surau pula diceroboh orang Umno.

Tak lama dulu kita dah dengar sebuah surau / masjid di Bangi dirobohkan atas alasan dia macam masjid Dirar ( meminjam alasan Khir Toyo ). Bila orang hebuh mengatakan perbuatan itu atas arahan pemimpin politik Umno ke atas JAIS, maka tampillah pemimpin Umno membuat penafian. Sampai tak cukup lidah membodohkan orang ramai !.

Lepas tu , baru-baru ini timbul pula kisah cawangan Umno di Kampung Nelayan Sungai Haji Dorani menceroboh tanah wakaf perkuburan untuk membuat balairaya. Heboh juga mula-mula. Lepas tu senyap , sebab semua yang bertanggungjawab ke atas tanah wakaf perkuburan itu terdiri daripada Nazir dan jawatankuasa masjid, semua JKKK termasuk sidangnya adalah geng Umno belaka. Bangunan balairaya dah terbina, cerita hebuhpun sejuk……

Berita terbaru pula sekarang ialah tentang bagaimana keluarga orang kuat Umno di Kampung Peket 60 , tak jauh dengan Kampung Nelayan Sungai Haji Dorani, telah menceroboh kawasan tanah wakaf surau kampung itu untuk dibina kedai !. Sekarang tengah hebuh lah ni ..dan kononnya Pejabat Agama Islam pun dah ikut campur tangan nak mengamankan. Tapi, tenguklah…. Lama-lama nanti sejuklah dia . Sebab yang buat kerja tu semuanya orang-orang Umno. Orang kuat Umno yang berada di bawah ketiak Khir Toyo pulak tu……

Laaaa…. Apa dah jadi dengan orang-orang Umno di bawah pimpinan Khir Toyo ni !. Semua mereka nak kebas. Tak kira tanah tu tanah kerajaan, tanah wakaf dan esuk-esuk pula tanah kepunyaan individu pula yang dikebasnya. Mungkin mereka mengamalkan dan menghayati slogan ‘ kepimpinan melalui teladan ‘ agaknya . Sebab Khir Toyo yang mewakili DUN Sungai Panjang pun turut menceroboh tanah rezab JPT . Tenguklah pejabat perkhidmatan wakil rakyatnya yang berada di pekan Sungai Haji Dorani yang baru siap dibina. Longkang bangunanya cuma kira-kira satu meter saja dari parit besar JPT yang digunakan untuk laluan membuang air kawasan sawah padi Sungai Haji Dorani ke Laut Selat Melaka !. Esuk-esuk kalau parit tu hendak dibesarkan, apa akan jadi dengan bangunan batu tu ?. Jawabnya, dirobohkan dan buat lain pulak. Laaa habis lagi duit rakyat !.

Agaknya memang sudah jadi tabiat orang Umno dari dulu kini dan selamanya suka menceroboh tanah. Mereka tak kira apa rakyat kata. Asalkan diri sendiri dan keluarga senang, semuanya mereka sapuuuuu !.

Itulah orang Umno.

ORANG AWAK RUMAH GADANG






______________________
Terbitan : 26 April 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com