Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Sajak: Kita Tetap Peng Yu

Lupakah pada ku kawan !!!!!
Pasti tiada yang percaya manalah boleh
Sang cempedak nak jadi nangka

Dunia maju canggih .
ada belum lagi tercipta?
Sejenis ubat…….
Ubat sakit jiwa
Kata orang tua
Cakap siang pandang pandang
Cakap malam dengar dengar
Lembut tutur gaya bahasa
Itulah temurun budaya kita.
Beginilah nasib sang lembu
Susu yang diperah
Sapi punya nama……..Sapi dapat nama.
Bukankah ini peribahasa
Jadikan renungan untuk semua.
Lupakah padaku teman ??????
Dulu kita kawan
Tapi mengapa kini kita mahu lawan.
Patutkan kau kawan
Butakan mata ku
Pekakkan telinggaku
Kerana takutkan umpat
Kerana takutkan cela.
Kalau dunia sudah ada ubat sakit jiwa
Mungkin esok mungkin lusa
Manalah tahu bulan jatuh keriba
Tenteram hidup lagi aman
Tiada banyak umpat
Tiada banyak dosa.
Itukah yang kau mahu kawan……..
UNICORN
survivalunicorn@yahoo.com






______________________
Terbitan : 26 April 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com