Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

TIADA PERHIMPUNAN, JAMINAN ANWAR SELAMAT?

Harakahdaily hari ini 11 Apr 2003 melaporkan bahawa perhimpunan `Black 14' yang dijadualkan pada 14 Apr ini bagi menyambut pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim akan dibatalkan. Alasan yang diberi oleh Zahid Mat Arip adalah kerana menentukan keselamatan Dato' Seri Anwar.

Mungkin ramai yang tidak faham maksud Sdr Zahid, kerana ramai di antara kita tertanya-tanya adakah selama ini Dato' Seri dalam keadaan selamat sejahtera? Atau mungkinkah dengan tiadanya perhimpunan nanti, pihak yang berkuasa berjanji untuk membebaskan Dato' Seri Anwar? Kita faham, sekiranya perhimpunan tersebut tetap diadakan itu juga tidak menjamin bahawa Dato' Seri Anwar akan dibebaskan, tetapi sekurang-kurangnya kita telahpun menunjukkan kepada pihak berkuasa bahawa rakyat masih mengingati serta merindui Dato' Seri Anwar.

Sudah tentu ramai di antara kita yang telahpun membuat berbagai persediaan dan perancangan untuk menyertai perhimpunan tersebut merasa hampa kerana setelah sekian lama kempen dijalankan dan rakyat diseru untuk bersama-sama menyambut `Wira KeAdilan' yang bakal keluar, tiba-tiba kita diberitahu ianya terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab `keselamatan'. Kita sendiri kurang arif semenjak bila perhimpunan kita boleh menjejaskan keselamatan khususnya keselamatan Dato' Seri Anwar. Walau bagaimanapun, kita lihat nanti apakah tanpa perhimpunan nanti Dato' Seri Anwar akan `selamat'. Jika berlaku sebaliknya dan Dato' Seri Anwar tetap seperti sekarang ini bermakna sesuatu yang ganjil telah melanda kepimpinan di dalam Parti KeADILan dan rakyat mungkin terasa tertipu. Kita semua sudah lali dan biasa dengan tipu daya pihak pemerintah tetapi jangan sesekali kita tertipu dengan pemimpin kita sendiri.

Akhir sekali, janganlah gusar dan gundah gulana. Biar apapun yang terjadi, kita semua mesti bersama menentang kezaliman. Apa yang pasti, kita tetap akan menunggu munculnya Dato' Seri Anwar bagi berdepan dengan pemimpin penakut, penikus dan bacul yang ada sekarang. TAKBIR!! REFORMASI! HIDUP ANWAR!

ZULHAZMI NS






______________________
Terbitan : 12 April 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com