Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Usrah “Special Edition” Di Hardrock Café

Semenjak Amerika terluka apabila World Trade Center di New York runtuh pada 11 September 2001, Amerika telah menemui panasia, “either you are with us or with the terrorists”, maka Afghanistan dibalun, Sudan ditekan, CIA yang tak ketahuan mungkin tidur tika perancangan untuk menombangkan WTC berjalan, atau CIA sendiri telah tahu semua perancangan, maka tidak apalah ia dijadikan “kambing hitam” , untuk mengabsahkan, segala tindakan-tindakan susulan, Pakistan dijerut lehernya, wala’ Negara-negara Arab terus ke Washington, walaupun Ka’abah itu masih di Mekah, tetapi reaksi zuama’ Islami juga tidak memberi lonjakan positif, Megawati terus ditekan Amerika, pesawat-pesawat pejuang F-16 Indonesia tanpa alat ganti, pengemboman di Bali menambah murka Amerika, apakah dunia Islam tidak melihat begitu cepat Timor Timur terungkai daripada ikatan Indonesia, Acheh akan menjadi mala petaka, cukuplah “the crumbling states of Yugolavia”, kesatuan Soviet yang berantakan, Indonesia yang punya 13,000 pulau tidak perlu kepada 13,000 ‘nation states’, nanti PBB akan bertambah pening kepala, apakah Majlis Keselamatan masih signifikan, or for that matter PBB itu masih relevan?

Apabila CIA dan talibarutnya mula memakai serban, memantau setiap usrah dari Morocco hingga ke Indonesia, satu anjakan paradigma perlu diketengahkan, kerana sebagaimana CIA paranoid dengan gerakan Islam, zu’ama’ yang kini ada status quo, perlu mempertahankan, maka jika ada suara-suara untuk kembali kepada Islam, maka suara itu perlu dibelai, menentang gerakan Islam, akan memberi konotasi menentang Islam, cukuplah Anwar Sadat menjadi korban perjanjian Camp David, dunia Arab dalam bacaan Osama bin Laden, telah lama condong kepada kuffar, tentera Amerika ada di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Bahrin dan terbaru menjajah Iraq, minyak Arab juga telah lama disedut Barat, kerana Muslim bukan kurang ilmu, tetapi zu’ama’ juga menanam saham yang sama, lihat saja ARAMCO telah menyedut minyak Saudi sejak 1935, dan mungkin ia akan terus menyedut minyak Saudi sehingga kiamat, kecuali sumber bahan api itu pupus, 50 tahun dari sekarang.

Usrah di “Hardrock Café”, pastinya suatu pendekatan baru, gelas kecil yang selalunya diisi dengan “vodka lime”, ia hanya diisi “lime” saja, muzik pastinya yang kontemporer, ini bukan majlis tarian darwis, tidak ada mukadimah dengan al-Fatihah, tidak ada wirid, tidak ada sunnat awabbin, ia tidak akan disudahi dengan tasbih kafarah, ini adalah program darurat, seluruh talian telefon semua tidak selamat, cellular juga tidak selamat, satelit komunkasi Amerika sentiasa berligar-ligar di orbit, e-mel tidak selamat, faks tidak Selamat, setiap pergerakan kini diawasi, ada mata-mata yang memerhati, persis zaman Jepun, ada pribumi Malaya jadi talibarut Jepun, kini talibarut CIA ada di mana-mana, di masjid mereka memakai jubah dan serban, dunia tiba-tiba menjadi Siberia baru, Gulag baru, Pulu Buru (tempat Pramoedya Ananta Toer dipenjara), CIA bisa saja memberikan maklumat yang dicipta, sebagaimana dunia mula bimbang, setelah WMD (Weapons of Mass Destruction) tidak dijumpai di Iraq, ia dikatakan ada di Syria, lepas itu CIA mungkin akan menanam WMD di Iraq, untuk mengabsahkan, penaklukan Amerka ke atas Iraq.

Sajak Usrah “Special Edition” di Hardrock Café ini mungkin tidak romantis, tidak jiwang, tidak uumph, tidak berbau cinta, nanti ada yang terperasan pula, nak tumpang sekaki bicara bab “cinta”, yang syahdu, yang manis, yang tulen, yang membara, yang sanggup meredah taufan dan hujan yang menggila, yang nikmat, itu semua cinta “badani”, fisikal, em…….ini bukan sajak “cinta” , I am not going to dwell long in “love”, CUKUP, FULL STOP.

Sajak Usrah “Special Edition” di Hardrock Café adalah realitas gerakan Islam alami, ke manakah ulama Iraq tika Amerika menggugurkan bom di Baghdad, mungkin Saddam sudah kaut semua masuk ke dalam penjara, bicara ulamak Lubnan dan Rabitah Islam Alami di tv satelit Arrobiyah menjawab sebahagian dariapda persoalaan ummah, sebagaimana Abul Hassan ‘Ali Al Husni Annadawy pernah bicarakan dalam Ma Khusiral ‘Alam, Muhammad Al Bahi dalam Tazkiratu Duaat.

Abu Syahidah
Masjid Putrajaya
18 April 2003






______________________
Terbitan : 12 Mei 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com