Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL

Kenyataan Media
13 Mei 2003
PERUTUSAN MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul adalah sebagai mengingati satu peristiwa yang cukup bersejarah bagi umat Islam iaitu, kelahiran Nabi Muhammad salaLlahu alaihi wassalam. Kelahiran baginda bukan sahaja sangat bermakna kepada umat Islam, malah sebenarnya membawa mesej global islah dan reformasi.

Nabi Muhammad diutus ke dunia untuk membawa perubahan. Menghentikan kezaliman dan mewujudkan keadilan. Ini adalah mesej global yang relevan kepada seluruh umat manusia tanpa mengira pegangan dan kepercayaan mereka. Rasulullah hadir ke dunia dan memulakan perjuangannya menegakkan kebenaran dalam suasana penuh kepayahan dan cabaran. Namun ini sama sekali tidak mematahkan semangat dan keazaman baginda untuk memastikan kezaliman dihapuskan dan keadilan ditegakkan.

Dua aspek ini, penghapusan kezaliman dan penegakan keadilan, adalah perkara asas yang menjadi tunjang Islam. Malah ia menjadi perkara asas dalam semua agama.

Justeru marilah kita sambut Maulidur Rasul bukan dengan sekadar perarakan dan laungan selawat semata-mata. Kita harus pergi lebih jauh untuk memahami mesej dan tujuan sebenar Rasulullah diutus ke muka bumi dan meneruskan perjuangan baginda dalam segenap aspek kehidupan seharian kita. Mehnah, ujian dan cabaran sentiasa merintangi perjalanan kehidupan dan dakwah Rasulullah. Begitu juga kita menghadapi cabaran dan ujian dalam perjuangan ini, walaupun mungkin pada kadar yang terlalu kecil berbanding baginda.

Walau betapa perit sekalipun ujian yang melanda, Rasulullah tidak pernah putus asa atau meyerah kalah. Lantas kita juga perlu mengambil contoh iktibar baginda ini untuk sama-sama meneguhkan iltizam dan semangat demi menjayakan perjuangan menegakkan keadilan. Selamat menyambut Maulidur Rasul.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Dr Syed Husin Ali






______________________
Terbitan : 17 Mei 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com