Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

APA KESUDAHAN PARTI KEADILAN ?

Assamulai' alaikum wr.wb
Saudara-saudara sekelian,

Saya hendak memberi sedikti respon atau pandangan terhadap tulisan saudara Reformis Muda yang disiarkan oleh Laman Marhean pada 7.5.2003 mengenai jemputan Anwar Ibrahim kepada Dr.Mahathit Mohamad bagi menghadiri majlis perkahwinan anaknya yang sulung iaitu Nurul Izzah yang akan diada pada 9.5.2003 [ Hari jumaat ] yang juga merupakan hari penentuan sama ada Anwar akan dibebaskan atas jaminan atau terus ditahan sepertimana peristewa-peristewa yang berlaku sebelum itu. Ia itu, beliau tetap ditahan dan dikawal rapi setiap waktu dan ketika walaupun para peguamnya berkerja keras mengikut undang-undang dengan alasan-alasan perundangan, tetapi kuasa politik telah menetapkan bahawa ia amat berbahaya pada UMNO/BN, maka beliau terus ditahan. Hari ini pun keputusan yang akan diberikan oleh Hakim-hakim yang mengendali kes ini juga akan melakukan perkara yang sama.

Berbalik kepada tulisan saudara Reformis Muda mengenai jemputan Anwar itu. Beliau ada memberi 3 sebab kenapa beliau menjemput Mahathir menghadiri perkahwinan anaknya itu. Pertama katanya sebagai seoarang muslim mesti berbaik sangka [adakah beliau bermaksud buang yang keroh dan ambil yang jernih], kedua katanya beliau pernah dijemput oleh Mahathir dalam majlis yang sama ketika itu beliau dalam UMNO dan ketiga alasannya majlis ini adalah majlis peribadi dan tidak ada kaitan dengan politik.

Saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh saudara Reformis Muda tersebut. Jemputan ini merupakan langkah awal Anwar untuk berbaik semula dengan Mahathir. Dan perkara ini bukan merupakan satu perkara yang mengejutkan. Setelah berbagai langkah diambil, perbagai usaha dilakukan, pelbagai kempen dilancarkan di seluruh negara dan di dunia dan pelbagai saluran undang-undang yang sedia ada telah, sedang dan akan digunakan lagi untuk mencapai matlamat membebaskan Anwar, tetapi ianya tetap menemui kegagalan.

Usaha untuk melumpuhkan parti ini terus dilakukan setiap masa dengan mengunakan pelbagai kaedah. Kaedah yang paling berkesan ialah melalui tindakan undang-undang. 6 orang aktivist parti ini terpaksa dikurung di kem Kemungtin walaupun Mahkamah Persekutuan mendapati penahanan mereka dalam tempoh 60 hari pertama itu, tidak sah dan berniat jahat [ MalaFide] yang mana pihak polis tidak mengikut undang-undang seperti mana yang ditetapkan. Bukan itu sahaja pihak SUHAKAM dan Jawatankuasa Pemantauan Tahanan ISA telah membuat recomedation kepada kerajaan supaya mereka ini dibebaskan, tetapi sehingga ke hari ini [ lebih 2 tahun penahanan ] mereka tetap ditahan dengan satu mesej bahawa mereka tetap berbahaya bukan terhadap keselamatan negara, tetapi sebaliknya menggugatkan kestabilan politik UMNO itu sendiri. Perkara itu pada hakikat hati kecil UMNO tidak boleh menafikannya. Tujuannya adalah untuk melemahkan organisasi Keadilan kerana sebagaimana yang kita semua sedia maklum bahawa mereka inilah merupakan pengg

Berdasarkan seneario tersebut, langkah awal untuk berbaik-baik dengan Mahathir sedang dilakukan. Langkah pertama menjemput Mahathir menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Dan kita akan ketemu lagi perkara-perkara ganjil akan berlaku selepas ini. Tunggu dan lihat.

Jika sekiranya perkara ini [ berbaik semula dengan UMNO ] berlaku ia tetap memberi kesan terhadap perkembangan politik di tanah air kita. Pertama kesan ke atas UMNO. UMNO akan mendapat suntikan semangat baru, UMNO akan mendakwa dirinya betul dan selama-lamanya betul kerana dua orang penentang kuatnya, iaitu Anwar dan Tengku Razaliegh Hamzah akhirnya kembali kepada UMNO. Ini membuktikan [kata mereka bahawa Mahathir itu betol] bahawa perjuangan Anwar melalui Keadilan dan Ku Li melalui S46 tidak betul. Yang betul adalah Mahthir dan ini akan dipropagandakan setiap waktu dan masa melalui media massa yang mereka miliki sehingga fikiran rakyat terpengaruh bahawa UMNO dan Mahathir itu baik dan berjuang untuk bangsa, agama dan negara. Bukan sebalik itu, segala bentuk kezalimannya terhadap penyokong dan pemimpin pembangkang akan diketepikan dan akan mengalihkan pandangan rakya pula bahawa parti-parti pembangkang terutama PAS lah yang sebenarnya jahat memperlatankan agama untuk politik dan segala kebobrokannya kan

Kesan kepada penyokong-penyokong yang banyak berkorban masa, duit, tenaga dan kena tahan oleh polis serta naik turun tangga mahkamah menjadi sesia dan hampa. Dan tepatlah sebagaimana catatan sejarah menunjukkan bahawa semua parti-parti yang ditubuhkan selepas bergaduh dengan parti induk berakhir dengan pembubaran dan mati bersendirian tanpa nisan.Kita lihat parti Lepas geram yang ditubuhkan semuanya melalui perselisihan faham sesama anggotanya. Parti lepas geram pertama ditubuhkan iaitu Parti Negara pimpinan Allahyarham Dato' Onn Jaafar hayat parti tidak panjang dan tidak mendapat sambutan dan sokongan rakyat dan akhirnya mati sendiri. Kemuculan parti NasMa pimpinan Raja Nong Chik tidak mendapat sikingan rakyat akhirnya terkubur. Penubuhan parti S46 pada mulanya mendapat sambutan rakyat sangat mengalakan dan kuat. Dia bergabung dengan PAS [ Perpaduan UMMAH] dan dengan DAP [ Gagasan Rakyat], tetapi pada pilihanraya tahun 1990 dengan salah teknik menampilan Ku Li dengan mengunakan tenggolok meranapka

Saya amat berharap Parti Keadilan jangan turut jadi macam parti S46. Maruah diri perlu dijaga.Jangan cakap tidak serupa bikin memalukan diri sendiri dan generasi akan datang akan menilai kerja buat kita sekarang ini. Tambah-tambah lagi Anwar telah banyak terkorban. Berkorbankan sehingga ke akhir hayat dikandong badan. Generasi akan datang tetap menghormati saudara. Jangan masuk UMNO semula. Jaga maruah diri dan keluarga, pemimpin-pemimpin BA dan para penyokong yang telah banyak membantu dan berkorban untuk melihat Keadilan wujud di Malaysia ini. kalau tidak rakyat tidak akan percaya kepada parti-parti lepas geram yang akan ditubuhkan di kemudian hari nanti. kalau tidak tahan denga sepak terajang politik ala malaysia, sila berundur dan jangan terlibat lagi dalam politik. Pencen.

Jangan jadi seperti Ku Li dan Rais Yatim yang terpaksa mejual maruah dan harga diri demi kepentingan diri bukan untuk kepentingan ideologi perjuangan seperti yang diasakan dalam Parti S46 yang mahu membina negara yang adil, makmur dan tidak menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Ketika memimpim S46, apa yang mereka tidak kata pada UMNO dan Mahathir. Semua tercurah dipentas-pentas ceramah mengutuk Mahathir dengan dasar-dasarnya, menghina dan menkeji dan mengumpat dan sebagainya seolah mereka telah putus arang dengan UMNO sehinggakan Ku Li pernah berkata bahawa " kalau adik kakak semua liha ada seorang yang masih terbongkok-bongkok mengibar bendera S46, maka orang itulah Tengku Razaleing Hamzah [komen beliau apabila beliau mendapat semakin ramai pemimpin dan penyokong S46 menyertai semula UMNO). Dan Rais Yatim lagi hebat dia berkata bahawa beliau telah bakar jambatan. Tiba-tiba mereka berdua [sebenarnya ramai lagi seperti Zainal Abidin Zin, Tengku Azlan dll] masuk UMNO dengan membawa

Disini saya perturunkan kata-kata Rais Yatim ketika beliau merasmikan Mesyuarat Agung Pemuda dan Wanita S46 pada 22.10.1995 di Hotel Federal, Johor Baharu:

i. Memang diakui, rakyat sudah biasa sangat dengantindak tanduk dan muslihat parti memerintah untuk menang dalam pilihanraya. Dari peraturan berat sebelah, politik wang, pemberian serta habuan,gertak serta amaran sampailah kepada penyalahgunaan harta awam termasuk monopoli media massa - semuanya diketahui umum sebagai perencah hidangan pilihanraya.

ii. Kecuali melayu Kelantan, Melayu pantai barat semenanjung boleh dikatakan rata-rata menalan majun yang dijual. Semacam orang melayu sudah sepakat menerima semua dasar dan perlakuan parti pemerintah sebagai jalan selamat bagi diri, keluarga, masyarakat dan bangsanya.

iii. Pengundi melayu menyerah secara murah identiti dan maruah kepada suatu sistem ysang menelan bangsa itu sendiri.

iv. Politik ini bukanlah mementingkan orang melayu tetapi memetingkan orang yang menganggotai UMNO - itu pun mengikut amalan pilih bulu'

v. Pelik, si pembeli membeli juga baraang dan majun yang dijual walaupun tahu ia tidak baik dari segi kepentingan jangka panjang.

v. Unsur pengimbang seperti Raja Melayu sudah hapus dari kuatkuasa Perlembagan Malaysia. Kuasa politik disalahgunakan terhadap Raja-raja Melayu sehingga terhapusnya kedaulatan melayu itu sendiri.

vi. ....masa akan menunujukkan bhawa sesungguhnya perbuatan menumbangkan kedaulatan Raja-raja Melayu itu adalah satu-satunya pengkianatan terhadap bangsa sendiri.

Mungkin Rais Yatim tersilap cakap waktu itu dan atas kesedaran itulah beliau kembali kepada UMNO dan pasti Rais Yatim bukanlah jenis orang yang sanggup menderita ditekan.

Jika diandaikan Ku Li dan Rais yatim tersilap perhitungan dan pertimbangan sewaktu menentang UMNO, lalu membetulkannya melalui memasuki kembali ke dalam UMNO dan menyeru kepada rakyat supaya menolak PAS/BA. Tidak mungkinkah kali ini mereka juga tersilap perhitungan. Perlukah kita mengikuti orang yang sering membuat kesilapan untuk dijadikan pedoman atau mereka sendiri menjual majun untuk kepentingan diri masing-masing.

Sebagai, kesimpulannya parti Keadilan kini berada dalam tekanan yang amat sangat dan lemah untuk mengerakkan operasinya kerana kekurangan pemimpin dan mekanisma jentera mengerakkan parti. Walaupun begitu janganlah menghancurkan harapan generasi muda untuk melihat negara ini diperintah secara adil, aman, tidak berlaku penyalahgunaan kuasa, demokrasi yang bebas dan sistem yang ada berceramuk ini kembali kepada paksi yang sebenar. Jangan bubarkan parti dan kembali kepada UMNO. UMNO banyak membuat kerosakan terhadap nilai-nilai masyarakat.

Sekian, terima kasih. WASSALAM






______________________
Terbitan : 10 Mei 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com