SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Berita panas… Kem Kamunting cari pasal dengan tapol!Tersebutlah kisah sebuah kem tahanan di utara negara kita tercinta… kem yang terpisah dari marhaen rakyat jelata… Kemta namanya. Setelah kisah ustaz Badrul yang sakit tersiar, ada lagi kisah lain yang memang sah membuktikan kemta sengaja cari pasal dan memprovokasi tapol di sana. Flash back sikit… ustaz Badrul kena darah tinggi lagi minggu lepas (bermula 2/5/03) dan kem nak paksa jugak beliau berjalan jauh untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah di KL. Hasilnya, R.O Azmi dibagi sebijik oleh Lokman Nor Adam hingga berdarah bibir sementara dua staf lagi terkena serpihan bom atom Lokman dan tarik diri jadi escort untuk ke KL. Selepas perbicaraan di KL (5/5/2003), baliklah wira bertiga tu ke Kemta keesokan harinya. Senangnya dalam hati dapat jumpa tilam bantal yang menjadi teman setia selama dua tahun di sana. Namun belum sempat berjumpa tilam bantal tercinta, Hishamudin terperasan kebunnya dah bersih ditebas orang! Musnahlah pokok-pokok sayuran yang selama ini beliau belai dengan kasih sayang. Apa lagi, naik anginlah si kawan. Tubuh yang kecil jangan disangka tak ada tenaga simpanan. Tiang bendera besi dalam blok habis patah dikerjakan… Wow! Ini sudah menyamai Badang pahlawan. Rupanya entah dapat ilham dan wahyu dari mana, pihak kem telah mengarahkan banduan membersihkan kebun Hisham (bukan membersihkan rumput, tapi bersihkan dengan pokak sayurnya sekali!). Saya dengar khabar Hisham memang suka berbudi pada tanah. Dapat benih apa saja, akan ditanam dan menjadi pulak di kebun sekangkang kera yang ada dalam blok – cili, kacang bendi, papaya, ulam-ulaman… Itu jugalah yang mereka tuai dan makan bersama kalau dah jemu dengan sayur layu sajian kemta. Mana tak marah Hisham dibuatnya. Mereka menuntut untuk berjumpa dengan Pegawai Yang Menjaga (PYM) yang dikira boslah di kemta. PYM tak mau datang dan tapol enggan untuk masuk ke dalam blok sebelum beliau tiba. Maka tidurlah Hisham dan Tian Chua di blok pingpong di sebelah. Esok harinya (Rabu, 7/5/03), PYM tak juga menampakkan wajah. Hantar wakil saja khabarnya. Pagi tu pulak, wira reformasi tak dibenarkan bermain badminton bersama kumpulan Al-Maunah seperti mana hari biasa. Ini nak cari pasal lagi… Mana tahan, setiap hari ada peraturan dan arahan baru. Hampir lagi Lokman mengamuk untuk kali kedua. Tapi lepas tu dibenarkan jugak Al-Maunah bermain bersama mereka berlima. Tekanan darah ustaz Badrul pada hari itu dah turun sikit (135/95) dan kem janji (melalui telefon) pada Kak Zumrah yang mereka akan menjaga ustaz. Syukurlah kalau gitu… tapi kata orang cakap tak serupa bikin beb! Pada 8/5/03, lawyer datang berjumpa dengan tapol. Habislah semua kejadian dikisahkan. Petang hari yang sama, tapol mengadap pulak Lembaga Penasihat ISA untuk kesekian kalinya. Seperti yang pernah saya laporkan sebelum ini, harapan tak bolehlah diletak setinggi awan kerana dari pengalaman lepas Lembaga ini nampaknya hanyalah ibarat boneka kerana saranan mereka agar tapol dilepaskan sejak Disember 2002 lagi tak diendahkan oleh KDN. Jadi jumpa Lembaga hanya setakat jumpa… Hari berikutnya, berlaku lagi kekecohan di Blok T2B, tempat tahanan wira berlima. Saya dikhabarkan kaki pukul Kemta telah memukul Tian hingga lebam. Hishamudin cuba menghalang tapi malangnya dia pula ditangkap dan dilokap. Lokman Adam pula mengamok dan pegawai tak berani dekat. Tegang memang tegang… Tekanan darah Ust. Badrul dilaporkan meningkat sekali lagi sehingga 160/100! Kenapa agaknya kem cuba nak buat pasal dengan tapol berlima ni? Saya sendiri dapat merasakan kedua-dua pihak sudah merasa bahang bulan Jun iaitu genap dua tahun tapol ditahan di Kemta. Saya dimaklumkan oleh keluarga ISA bahawa kononnya semua itu adalah arahan pihak atasan. Saya mengagak saja yang kem (mungkin juga KDN) sengaja nak cari pasal dengan tapol supaya keadaan menjadi runcing dan dapatlah mereka melaporkan kepada Pak Lah bahawa tapol-tapol ini masih lagi “berbahaya” dan belum boleh dilepaskan menjelang Jun nanti. Wallahu a’alam. Walau apapun, marilah kita sama-sama berdoa agar mereka dapat dilepaskan dengan segera. Berdoalah agar Allah melembutkan hati “orang-orang atasan” untuk melepaskan mereka. Marilah kita amalkan zikir “Yaa Latiif” yang diajarkan oleh Ust. Badrul Amin dan semoga ada sinar yang terang menunggu kita di penghujung terowong… P/s, khabar terbaru yang saya dengar, lawyer yang nak berjumpa dengan tapol pun hampir dipukul oleh kaki pukul kemta dan panel lawyer berkenaan akan membuat laporan polis berhubung kejadian di kemta.
REFORMASI!
Siti Muslihat
Diterbitkan oleh : |