|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
12 Rabi`ul Awwal Bukan Sekadar Kenangan
12 Rabi`ul Awwal
saban tahun kehadiranmu
diwarnai aneka ceramah - tazkirah
dan bacaan berseni manuskrip Riwayat dan Sirah
yang tidak pernah dilunturi zaman
disemarakkan pula dengan laungan Selawat serta Puji-pujian
yang mengiringi perarakan
sebagai pertanda bahawa ummat ini
tidak pernah terlepas kasih dan kerinduan
terhadapMu aduhai Rasul Pilihan
12 Rabi`ul Awwal
untuk apa mereka merangkul dan membelaimu
jika selepas puas berceramah- tazkirah
serak-serak pula suara membaca manuskrip Riwayat dan Sirah
berserta gema Selawat - Puji-pujian
yang menghiasi perarakan penuh megah
ummat ini terus lajak membelakangi as Sunnah
12 Rabi`ul Awwal
sesungguhnya para pemuji yang mengakui cinta padamu
masih berkecamuk diantara ketulenan dan palsu
yang tulen itu tanpa jemu terus menyeru
agar ummat ini kembali kepangkuanmu
dan yang palsu
tak henti-henti mendakyah
supaya umat ini terus mendustai kebenaranmu
kerna pada mereka martabat muliamu itu
sama tarafnya dengan majlis hari lahir
“Happy Birthday To You!”
12 Rabi`ul Awwal
sesungguhnya ingatan sebenar terhadapmu
adalah menjelmakan selawat,berzanji,tazkirah dan perarakan
kepada gelombang gerakan insan
untuk merentap akar umbi
dan meruntuhi singgahsana kejahilan
agar ternobat semula keagungan
Al Qur`an dan as Sunnah Rasul Pilihan.
Inderaloka.
______________________
Terbitan : 19 Mei 2003
Ke atas
Home
Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com
|