Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

IJABKABUL NURUL IZAH SAYANG SERIBU KALI SAYANG IA TERCEMAR

JAMIL BIN ISMAIL JK
CHERAS KUALA LUMPUR.

ASSALAMUALAIUKUM SDR/SDRI PEMBACA,

Mungkin apa yang saya tulis ini akan membuat beberapa orang ahli , pemimpin atau keluarga dato seri anwar marah, tetapi tidak mengapa .saya lebih sayang dato seri anwar ibrahim dan tidak mahu nama beliau di perbusukan oleh mereka -mereka yang suka mencari kesempatan,hanya kerana beberapa orang kaki ampu , kaki mencari kesempatan , kaki lebih sude dari kuah nama dato seri anwar dan datin seri wan azizah di busukan, sepatutnya majlis perkahwinan anak pertama dato seri anwar disambut meriah oleh ahli keadilan terutamanya kerana dato seri anwar dapat pulang tetapi kerana mereka-mereka ini sungutan yang banyak didengari di luar pagar rumah, sudahlah jurugambat dari perbagai agensi tak kira yang boleh dipercaya atau tidak boleh dipercayai mahu mengambil gambar tidak dibenarkan, ahli sendiri pun tidak dibenarkan, saya faham kalau keluarga tidak membenarkan gambar diambil ketika dato seri sedang makan takut jika jurugambar akhbar atau sb mengambil gambar , gambar itu akan diputarbelitkan, gambar dato seri keluar dari kenderaan pun tak boleh, saya sendiri ambil gambar untuk diri saya bukan untuk dijual , saya sendiri tidak dibenarkan masuk , kenapa ketika angkut meja kerusi dan buat kerja mereka-mereka ini tidak ada,

Pihak keluarga terutamanya PAK LANG atau pemimpin Y.B AZMIN sendiri harus faham kami juga rindukan dato seri anwar, jadi jika dapaty peluang melihat beliau kami pun mahu lihat, dahlah di mahkamah orang tertentu sahaja yang dapat masuk lama-lama , kalau dikatakan hanya keluarga sahaja yang dibenarkan berada didalam kawasan pagar saya ada hampir dua gulung filem gambar orang-orang yang bukan keluarga berada di dalam pagar, gambar muka-muka yang dah lama menghilang pun saya ada. mana mereka ini ketika kita bertembung dengan polis dan ketika kita memerlukan bantuan, kata keluarga hanya melantik seorang fotorgrafer untuk mengambil gambar tetapi kami diluar dapat lihat hampir 7 orang yang memang saya boleh sahkan bukan ahli keluarga mengambil gambar dato seri di dalam, sudahlah kami yang selalu berada di rumah dati seri tidak dibenarkan masuk cara -cara mereka-mereka yang lebih sudu dari kuah ini melayan jurugambar juga dikesali, kena ingat semua yang 90 % yang datang ialah ahli, penyokong ,. tak perlu menghalau orang macam anjing. beberapa orang yang lebih sudu dari kuah ini saya tidak nampak datang ke rumah dato seri anwar setiap malam hari kamis malam jumaat hampir dua tahun, kenapa tiba-tiba ada dan menghalau orang yang selalu berada di rumah tersebut, kalau kata yang berkerja semuanya mempunyai pass , saya boleh tunjuk siapa yang tiada pass berada di dalam. gelagat mereka ini lebih teruk dari polis dan pegawai penjara sendiri.

Ini baru dato seri pulang sekejap, dah tunjuk belang, saya rasa kalau dato seri pulang terus ,saya rasa kami yang selalu berada di rumah tersebut terus tak dapat masuk, pengalaman saya selama 4 tahun dalam keadilan dan reformasi apa yang dapat saya lihat banyak yang suka mengarah dan bercakap dari berkerja, waktu berkerja semuanya hilang, tapi waktu ambil bahagian tiba-tiba muncul, kita selalu berkata orang umno begitu-begini tapi kita sendiri tak berubah buat apa, saya tahu banyak orang marah saya tulis begini tetapi jawapan saya TEPUK DADA TANYA SELERA. memang saya kecil hati tapi sokongan saya tetap pada DATO SERI ANWAR, DAN DATIN SERI WAN AZIZAH. saya tetap akan datang kerumah dato seri selagi tenaga saya diperlukan , apa yang saya buat untuk dato seri anwar sekeluarga.

Kepada beberapa pemimpin atau pak lang sendiri ingatlah jasa-jasa orang bawah atau penyokong, mereka juga mahu melihat daro seri anwar, kami tidak mahu apa-apa imbuhan atau makana. kami hanya mahu melihat dato seri anwar. kalau kita mahu buat peraturan biarlah bertempat, NASIHAT SAYA KALAU KITA MAHU SURUH ORANG BUAT REFORMASI, KITA REFORMASI DIRI KITA DAHULU, kalau nak cari nama dan kedudukan labih baik masuk umno, kami bukan bekas ahli umno kami reformis , kami tidak suka cara begini. ingat kalau mahu kedudukan atau apa sahaja tunggu dato seri anwar bebas dahulu, jaga hati ahli dan penyokong, terutamanya kebanyakan yang datang kelmarin, kebanyakan yang datang adalah hardcore dan mereka-mereka yang berkerja, angaplah tulisan saya sebagai nasihat demi sayangkan DATO SERI ANWAR DAN PARTI KEADILAN NASIONAL.dan ingat6 baik-baik serangkap pantun yang pernah diucapkan oleh dato seri anwar :

AKAR NIBUNG MERESAP
AKAR MATI DALAM PERAHU
TERBAKAR KAMPUNG KELIHATAN ASAP
TERBAKAR HATI SIAPA YANG TAHU

Akhir sekali yang baik dari allah sahaja hendaknya, yang tidak baik mungkin dari saya secara tidak sengaja.

SALAM REFORMASI . LAWAN TETAP LAWAN WALAU DENGAN KAWAN.

SAYA YANG BENAR

JAMIL BIN ISMAIL JK
CHERAS KUALA LUMPUR.






______________________
Terbitan : 10 Mei 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com