SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Kuasa Tuhan: Nak Saman Hj Abd Hadi 1 juta kena saman 3 jutaCuai: Suami isteri saman bekas Ketua Polis RM3j Oleh: KAMARUDIN MAT AKIB KUALA TERENGGANU 18 Mei - Sepasang suami isteri hari ini menyaman bekas Ketua Polis Terengganu, Deputi Komisioner Othman Talib RM3 juta kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa anak mereka. Endut Tahir, 50, dan isterinya Robihah Mat Jusoh, 42, dalam tuntutan saman itu turut menamakan seorang anggota polis yang hanya dikenali sebagai `John Doe' dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua dan ketiga. Kematian anak mereka juga didakwa disebabkan kecuaian, perbuatan menindas, arbitrari dan keterlaluan defendan kedua semasa bertugas. Pasangan suami isteri yang berasal dari Rumah Murah Telaga Daing 11, Seberang Takir itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Aziz & Co. bagi menuntut RM3 juta sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau. Dalam tuntutannya, plaintif antara lain mendakwa Othman selaku Ketua Polis Negeri pada masa kejadian gagal memberi arahan yang jelas kepada anggota bawahannya untuk bertugas dan bertindak menurut undang-undang. Othman didakwa gagal untuk memberi taklimat yang sewajarnya sebelum operasi polis dibuat dan memastikan anggota bawahannya bertindak mengikut lunas undang-undang. Menurut plaintif, pada 21 November lalu, anak pasangan berkenaan, Ahmad Faizal, 19, menunggang motosikal melalui jalan dari arah Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke rumahnya di Seberang Takir. Pada masa itu, seorang anggota polis yang menjalankan tugas mengikut arahan defendan pertama, memukul Ahmad Faizal dengan objek berbahaya dan meletakkan penghadang di atas jalan raya tersebut yang akhirnya menyebabkan kematian mangsa. Plaintif mendakwa, disebabkan kecuaian pihak defendan, mangsa telah mengalami kecederaan dan menderita kesakitan sebelum meninggal dunia. Mangsa meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kota Bharu pada 30 November iaitu kira-kira seminggu dimasukkan ke hospital. Menurut plaintif, mangsa ialah pekerja kontrak dan memberi sumbangan RM200 sebulan kepada mereka. Berikutan kejadian itu juga, plaintif mendakwa mereka telah mengalami kesakitan dan penderitaan yang menyebabkan kedua-duanya terpaksa menjalani perubatan psikiatri di sebuah hospital swasta di Kota Bharu.
Susunan : Ayu
Diterbitkan oleh : |