Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Teropong Riong: Anak gadis Bush ikut jejak bapa

Oleh MUNSYI

Kaki botol ditambah kegemaran di Yale iaitu menari bogel

PENERBIT majalah Hustler, Amerika Syarikat, Larry Flynt menawarkan ganjaran AS$1 juta (RM3.8 juta) kepada sesiapa yang dapat memberi beliau sebuah pita video menunjukkan anak kembar Presiden George W Bush, Barbara sedang menari bogel, lapor akhbar The New York Post, 29 April.

MUNSYI: Apa nak dikata, di zaman mudanya Bush mengaku menagih dadah dan kaki botol selain pulang lewat malam berdansa di parti. Dia baru saja ‘bertaubat’ dan menganggap dirinya sebagai Kristian baru. Nampaknya bapa borek anak lebih rintik.

Adik kembar Barbara, Jenna pula digelar ‘Gin’ juga kerana kaki botol selain kuat merokok. Selain itu Jenna juga gemar memberi rakannya kuih doughnut (bentuk kuih keria).

Sebelum ini, dua beradik itu pernah ditahan polis kerana cuba membeli arak dengan menggunakan kad pengenalan diragui.

Siasatan Hustler menunjukkan parti bogel satu tradisi di Yale University. Berikut diturunkan satu laporan Yale Daily News: Salah satu kegiatan tahunan paling meriah adalah Naked Parties. Parti bermula di Bilik Persalinan dengan pelajar membuka dan meninggalkan baju-T, seluar dan seluar dalam lalu keluar ke dewan tari dengan beg di belakang dan kasut saja.

Wartawan Hustler sedang menghubungi rakan Barbara, 21, di kampus New Haven, Connecticut berikutan bocornya berita anak Bush itu paling kerap ke parti bogel itu. Ia dipenuhi pelajar Yale yang dikatakan terlalu letih belajar dan berhibur sambil meneguk arak.

Pita video yang dicari Larry dikatakan diambil beberapa bulan lalu dan beberapa pelajar berjanji mahu menyerahkannya kepada majalah itu.

Nampaknya golongan anti-Bush masih tidak senang dengan kemenangan tipis Presiden ke-43 Amerika itu dan tidak putus-putus mempersenda dan mengejek-ejek beliau dan mempersoalkan maruah keluarganya.

Gambar Barbara dan Jenna terlentang sambil menimpa satu sama lain seperti orang terlalu mabuk dengan rokok di tangan masing-masing menghiasi sebuah laman web khas untuk dua anak Bush itu.

Ini disusuli sebuah lagi gambar Barbara dalam keadaan bogel juga asyik menari seperti sudah terlalu mabuk akibat arak. Laman itu turut menceritakan kisah percintaan Barbara dengan teman lelakinya entah yang ke berapa!.

Satu nota disertakan pada kisah parti bogel itu berbunyi: Bush berusaha menyembunyikan berita dia disaman dan dihukum mahkamah kerana memandu dalam keadaan mabuk 25 tahun lalu, sebaik saja berita itu tersebar lima hari sebelum hari pengundian pemilihan presiden pada 2000. Ketika itu dia dikatakan malu anak kembar itu mengetahui kisah silam bapa mereka.

.....................
Tok Penghulu : sila lawat http://www.thefirsttwins.com/




______________________
Terbitan : 6 Mei 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com