Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Orang UMNO sebuk cari penceramah

Hampir setiap kali tiba bulan perayaan Islam , Maulidur Rasul kalangan nazir masjid dan pengerusi surau di negeri Selangor yang dikuasai oleh kalangan orang-orang UMNO akan menjadi ‘ sebuk’ mencari penceramah. Mereka terpaksa mengadakan mesyuarat jawatankuasa berkali-kali bagi menentukan penceramah yang diundang nanti tidak terdiri daripada kalangan ‘ orang pembangkang ‘. Maknanya, kalau terjemput penceramah dari kalangan itu, mereka akan mendapat ‘ kesusahan ‘ dan terpaksa pula memberikan tunjuk sebab kepada pemimpin-pemimpin UMNO peringkat cawangan atau seterusmya hingga peringkat bahagian kalau keadaan tidak boleh diselesaikan.

Kerana terikat dengan ketentuan supaya penceramah mesti terdiri daripada kalangan ‘ orang kerajaan ‘ maka terdapatlah penceramah yang diundang terdiri daripada kalangan guru-guru agama KEMAS sahaja. Seperti kelazimannya, penceramah seperti itu akan ‘ membaca ‘ saja kisah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w seperti terdapat dalam buku teks pelajaran sekolah rendah !. Maka akan diceritakanlah tarikh kelahiran , keadaan ketika lahir, kerja semasa kecil, kerja berniaga ke Syam , mula turun wahyu dan disentuhlah ala kadar sedikit peperangan semasa Nabi Muhammad s.a.w , tetapi tidak berani menyentuh dan menghuraikan perkara atau rahsia dari tindakan yang dilakukan nabi. Lepas itu, merekapun mengadakan makan kenduri dan pulang ke rumah masing-masing tanpa sesuatu perkara perlu direnung atau diambil contoh tauladan……

Malah terdapat juga masjid atau surau yang mengambil cara mudah dengan mengadakan majlis bacaan rawi dan marhaban sahaja,kerana gagal medapatkan penceramah yang ditentukan. Bagi kariah yang tidak mampu mengadakan masjli membaca rawi dan marhaban pula, mereka terus ‘ tutup ‘ majlis ceramah dengan keputusan ‘ tak payah buat ceramah ‘ !. Kalau ada yang rajin, mereka pergi ke kariah-kariah lain berdekatan untuk mendengar ceramah Maulidur Rasul. Tapi kebanyakannya, mereka lebih suka mendengar ‘ ceramah ‘ dari TV yang menghidangkan berbagai acara hiburan pada malam berkenaan..Itulah yang berlaku di kebanyakan kariah waktu kini …..

Keadaan ini berlaku tidak lain dan tidak bukan kerana adanya arahan sekatan/ larangan yang berterusan oleh pihak pemimpin UMNO terhadap penceramah-penceramah agama sejak beberapa tahun kebelakangan , yang amat bimbang dengan kebangkitan parti pembangkang ( BA ). Mereka bukan sahaja membuat sekatan dan arahan secara langsung kepada kalangan pengikut-pengikutnya dalam UMNO malah kepada institusi agama seperti masjid , surau , sekolah-sekolah .termasuk JAIS . Dan kedapatan juga mereka membuat arahan dan tekanan kepada pentadbir / kakitangan Pejabat Agama Islam di daerah-daerah supaya membuat senarai penceramah yang dilabelkan penyokong parti pembangkang untuk diedarkan kepada umum. Keadaan ini menyebabkan pernah berlaku jawatankuasa sebuah surau di kawasan taman perumahan berulang kali menemui Pegawai Agama Islam Daerah ( Kadhi ) untuk menukar nama penceramah, kerana penceramah dicadangkan termasuk dalam senarai hitam pejabat tersebut !.

Dalam keadaan demikian, terdapat juga sebuah kariah dalam DUN Sungai Panjang yang diwakili oleh MB Selangor telah mengadakan dua majlis sambutan Maulidur Rasul pada hari dan waktu yang sama, gara-gara majoriti penduduk mahukan seorang penceramah terdiri daripada wakil rakyat orang PAS yang berkelulusan universiti dan kalangan penyokong kuat UMNO mahukan penceramahnya ‘ orang kerajaan ‘ walaupun hanya berkelulusan sekolah agama Darjah Khas !..

Bagi mereka yang mahu merenung dan berfikir pasti dapat membuat kesimpulan bahawa keadaan di atas berlaku adalah disebabkan tindakan tidak bijak pemimpin UMNO menghalang penceramah agama berwibawa dari memberikan penerangan agama kepada orang ramai sejak beberapa tahun kebelakangan, berikutan mereka dilabelkan sebagai penyokong parti pembangkang. Pada hal kedudukan sebenarnya, penceramah terbabit memberitahu apa yang perlu diberitahu seperti dikehendakki Islam, walaupun ianya tidak secocok dengan ‘ selera ‘ pemimpin UMNO yang masih ketagih mahu melakukan perkara dilarang agama Islam seperti rasuah, judi, membazir dan melakukan kezaliman sesama umat Islam !

Pemimpin-pemimpin UMNO nampaknya tidak dapat menerima seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad s.a.w : Katakanlah perkara kebenaran , sekalipun ianya adalah pahit ( untuk didengar oleh orang yang termakan lada ! ).

NAK DESA DI KOTA.






______________________
Terbitan : 18 Mei 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com